Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.lau] | والاو

Definisi : 1. dan sekiranya, dan jika: ~ ke laut sekalipun, adinda akan ikut juga; 2. = walaupun biar(pun), kendati(pun), meski(pun): ~ sudah lewat tengah malam, ia akan pergi juga memanggil doktor; lau I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.lau] | والاو

Definisi : 1 dan sekiranya; dan jika: ~ ke hutan pun, aku sanggup pergi. 2 = walaupun biarpun; meskipun: ~ hari sudah jauh malam, ia belum juga tidur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
walau (kata tugas)
Bersinonim dengan dan sekiranya, dan jika, biar, pun, biarpun, kendati, meski, meskipun.,

Puisi
 

Merabung kita merabung,
     Atas rabung dipulak ambuk;
Walau harum bunga kecubung,
     Kalau termakan memberi mabuk.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Walau disepuh emas lancung,
     kilat tembaga tampak juga.

Bermaksud :

Bagaimana sekalipun diajar orang, yang biadab kelihatan juga perangainya yang kurang baik.

 

Lihat selanjutnya...(21)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
notwithstandingwalau apa punUndang-undangTiadaTiada
phytopatogenfitopatogenBiologiPatologiPatogen yang menyebabkan penyakit pada tumbuhan. Walau bagaimanapun, biasanya istilah ini diringkaskan menjadi patogen sahaja.
disinfectantpenyahjangkitFarmasiFarmakologiAgen yang memusnahkan mikroorganisma penyebab jangkitan. Walau bagaimanapun, agen ini biasanya tidak. berkesan untuk membunuh bakteria penghasil spora. Agen ini selalunya digunakan secara luaran pada objek tidak.hidup kerana kesan iritasinya yang terlalu tinggi terhadap benda hidup. Sinonim disinfektan.
endogonidiumendogonidiumBiologiMikologiGonidium yang terbentuk di dalam pudung atau gonidangium. Walau bagaimanapun, istilah ini tidak digunakan lagi kerana dianggap usang. Istilah ini kadang-kadang dikenal juga sebagai endokonidium.
dysphemismdesfemismeKesusasteraanPuisiGaya pengucapan sesuatu pemikiran dalam nada yang kasar. Walau bagaimanapun ungkapan yang digunakan itu tidaklah sampai menyinggung perasaan pembaca atau khalayak pendengar. Contohnya, puisi "Celana Dal am" dalam antologi Kemala 152 karya Ismail Muhammad. Sinonim ungkapan kasar.
frost pocketlompang ibunGeografiTiadaLekukan topografi yang senang mengalami tindakkan ibun walau pun cerun sekeliling tidak menerima tindakan tersebut.
frost pocketlompang ibunGeologiTiadaLekukan topografi yang senang mengalami tindakkan ibun walau pun cerun sekeliling tidak menerima tindakan tersebut.
fungistaticfungistatikFarmasiFarmakologiAgen yang dapat merencatkan pertumbuhan danpembiakan kulat atau fungus. Walau bagaimanapun, agen initidak dapat menghapuskan atau memusnahkan kulat ataufungus tersebut sepenuhnya.
antecedent riversungai antesedenGeologiTiadaSungai yang masih memelihara arah aliran yang sama walau pun berlaku kenaikan tektonik pada haluannya.
blusherpemerahBiologiMikologiNama am bagi Amanita rubescens, iaitu kulat yang boleh dimakan. Walau bagaimanapun, jika terlalu banyak dimakan, kulat ini dapat menyebabkan warna muka menjadi kemerahan.
12345678910...

Kembali ke atas