Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : I 1. orang (bapa, datuk, abang, bapa saudara, sepupu laki-laki) yg boleh menikah­kan pengantin perempuan: Cik Rabiah masih mempunyai ~ ikrabnya yg kuat, iaitu bapanya sendiri; 2. orang yg diberi kuasa (dlm Islam) utk mengurus anak yatim dan hartanya sehingga ia dewasa; 3. = ~ Allah = waliullah orang yg dipilih oleh Allah SWT utk men­dapat pertolongan-Nya dgn dirapatkannya pd kehadiran-Nya: saya ini bukannya keramat atau ~ Allah; 4. orang yg memerintah sesebuah daerah (negeri dll); ~ akrab, ~ ikrab a) orang yg layak menjadi wali yg sangat rapat hubungannya dgn pengantin perempuan (iaitu ayah, abang yg sulung, atau ayah saudara; b) ayah atau ibu kpd anak yatim yg layak mengurus harta si anak sehingga ia dewasa; ~ kota Id datuk bandar; ~ negara Id ketua negara bahagian (pd zaman penjajahan Belanda dan zaman Republik Indonesia Serikat); ~ negeri Id a) ketua negeri; b) Gabenor Jeneral; ~ rumah mamak yg berkuasa dlm rumah adat, tungganai; berwalikan mempunyai seseorang sbg wali; mewalikan bertindak sbg wali, menjadi wali utk; memperwalikan menjadikan seseorang (sbg) wali, menunjuk seseorang sbg wali; kewalian darjat sbg seorang wali: sesiapa yg menafikan ~nya dituduh jahil; perwalian 1. perihal wali; 2. pengasuhan anak yatim serta penjagaan hartanya; 3. pengasuh negara yg belum boleh berkuasa sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sl sj kain kuning yg disampaikan di bahu pegawai istana yg membawa alat kerajaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : = pisau ~ sj pisau kecil utk mengukir (kayu dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : I 1 orang lelaki yg berkuasa menikahkan pengantin perempuan: Kerana ayahnya sudah meninggal, abangnya diminta menjadi ~ utk menikahkan Zainab. 2 orang yg diberi kuasa utk mengurus anak yatim dan hartanya sehingga ia dewasa. 3 = ~ Allah orang yg suci serta taat mengerjakan perintah Allah. ~ hakim orang yg bukan waris (spt raja, kadi) yg boleh menikahkan pengantin perempuan jika walinya tiada. ~ kota datuk bandar. mewalikan menjadi wali kpd. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : , = pisau ~ pisau kecil yg digunakan utk mengukir kayu dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata wali

Puisi
 

Limau manis masak di kuala,
     Pisau wali tajam dikikir;
Hitam manis bangun segera,
     Esok pagi abang nak hilir.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
WALIjawatan/gelaranAGAMAJawatan/Gelaran
WALI SONGO

WALI SONGO, sembilan orang wali penyebar agama Islam di Pulau Jawa dari abad ke-14 hingga abad ke-16, sebelum dan sesudah jatuhnya kerajaan Majapahit.  Perkataan wali dalam bahasa Arab bererti ‘orang suci atau kudus dan dekat dengan Tuhan’.  Manakala songo dalam bahasa Jawa bererti ‘sembilan’.  Jadi wali songo bererti ‘wali sembilan’.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
SURAH AL-QASAS

Surah al-Qasas ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-28 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 88 ayat.

Surah ini dinamakan al-Qasas (kisah-kisah) kerana

Allah S.W.T. menyebut di dalamnya kisah Nabi

Musa a.s. secara terperinci dan jelas dari mula

kelahirannya sehinggalah waktu pelantikannya

sebagai rasul. Di dalam surah ini juga terdapat

peristiwa-peristiwa pelik dan ajaib yang

menggambarkan dengan jelas pemeliharaan dan

pembelaan Allah S.W.T. terhadap wali-wali-Nya

(kekasih-Nya) dan mengecewakan musuh-musuh-

Nya.

UMUM 
MALIK IBRAHIM

MALIK IBRAHIM (? – 1419), penyebar Islam di Jawa, Indonesia. Dia juga dikenal dengan nama Maulana Malik Ibrahim. Beberapa versi daripada tradisi Jawa menyebut Malik Ibrahim sebagai Wali Songo (Wali Sembilan) yang tertua.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TAREKAT QADIRIYAH

TAREKAT QADIRIYAH, tarekat yang diasaskan oleh Syeikh Abdul Qadir al-Jilani (m. 1166 M.) di Baghdad.  Beliau lahir dan dibesarkan di kota Gilan, sebuah bandar di Iran.  Syeikh Abdul Qadir al-Jilani dikatakan berketurunan Ali bin Abi Talib.  Bapanya, Abu Saleh bin Abdullah daripada keturunan Hassan bin Ali, manakala ibunya, Fatimah binti Sayyid Abdullah daripada keturunan Husin bin Ali.  Ibu bapa serta nenek moyangnya ialah pengamal tasawuf.  Syeikh Abdul Qadir al-Jilani juga pakar dalam bidang fiqah.  Beliau seorang faqih dalam mazhab Hambali.  Bagaimanapun, ketokohannya lebih menonjol dalam bidang tasawuf.  Beliau dianggap Syeikhul Aulia’ (ketua para wali) dan wali Qutub pada zamannya.  Para pengikutnya mempercayai beliau ialah seorang yang `keramat’.  Semasa hidupnya lagi, beliau telah dikunjungi oleh umat Islam untuk mendapatkan barakah (berkat).  Kini, orang ramai berkunjung ke makamnya di Baghdad untuk mendapatkan berkat.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
UNDANG-UNDANG PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN

UNDANG-UNDANG PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN, peralatan yang dipakai dan dikuatkuasakan bagi orang Islam di Malaysia.  Undang-undang perkahwinan dan perceraian yang melibatkan orang Melayu pada peringkat awal hanya diketahui melalui adat istiadat serta kelaziman yang diterima pakai pada masa dan ketika itu.  Undang-undang yang terpakai atau yang digunakan secara asasnya ialah undang-undang Islam, memandangkan orang Melayu beragama Islam.  Ini merangkumi hal-hal yang berkaitan dengan syarat-syarat sah perkahwinan seperti agama, umur, wali dan sebagainya.  Di samping itu juga ia disulam dengan undang-undang adat seperti adat temenggung dan adat perpatih yang menjadi amalan sesetengah masyarakat pada suatu ketika dahulu, yang juga dikatakan bersumberkan hukum syarak.  Selain itu terdapat juga unsur-unsur lain yang diserapkan dalam upacara perkahwinan tersebut.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
CIREBON

CIREBON, pusat pemerintahan, yang pada asalnya adalah sebahagian daripada kerajaan Hindu Pajajaran. Selepas tahun 1552, Kesultanan Islam telah ditubuhkan oleh Falatehan atau Fatahillah, yang juga telah menubuhkan kerajaan Banten. Falatehan, anak kepada Maulana Machdar Ibrahim, dipercayai telah meninggalkan kampungnya di Pasai apabila Pasai ditakluk oleh Portugis. Dia tiba di Sunda selepas menunaikan haji di Makkah. Sesetengah pihak mempercayai bahawa Falatehan dan Sunan Gunung Jati adalah orang yang sama. Purwaka Caruban Nagari membezakan kedua-dua tokoh ini. Teks itu mengaitkan Sunan Gunung Jati adalah anak Syarif Hidayatullah, hasil perkahwinan antara Syarif Abdullah, anak Raja Mesir dengan Rara Santang, seorang puteri Pajajaran, yang menunaikan haji bersama-sama abangnya atas nasihat guru agama mereka, Syeh Datu Kahfi. Selepas menamatkan pengajian agama dan kembali daripada perantauan, Syarif Hidayatullah dikatakan menetap berhampiran Gunung Jati di Cirebon dan menjadi salah seorang daripada wali sembilan.

        

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas