Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : I 1. orang (bapa, datuk, abang, bapa saudara, sepupu laki-laki) yg boleh menikah­kan pengantin perempuan: Cik Rabiah masih mempunyai ~ ikrabnya yg kuat, iaitu bapanya sendiri; 2. orang yg diberi kuasa (dlm Islam) utk mengurus anak yatim dan hartanya sehingga ia dewasa; 3. = ~ Allah = waliullah orang yg dipilih oleh Allah SWT utk men­dapat pertolongan-Nya dgn dirapatkannya pd kehadiran-Nya: saya ini bukannya keramat atau ~ Allah; 4. orang yg memerintah sesebuah daerah (negeri dll); ~ akrab, ~ ikrab a) orang yg layak menjadi wali yg sangat rapat hubungannya dgn pengantin perempuan (iaitu ayah, abang yg sulung, atau ayah saudara; b) ayah atau ibu kpd anak yatim yg layak mengurus harta si anak sehingga ia dewasa; ~ kota Id datuk bandar; ~ negara Id ketua negara bahagian (pd zaman penjajahan Belanda dan zaman Republik Indonesia Serikat); ~ negeri Id a) ketua negeri; b) Gabenor Jeneral; ~ rumah mamak yg berkuasa dlm rumah adat, tungganai; berwalikan mempunyai seseorang sbg wali; mewalikan bertindak sbg wali, menjadi wali utk; memperwalikan menjadikan seseorang (sbg) wali, menunjuk seseorang sbg wali; kewalian darjat sbg seorang wali: sesiapa yg menafikan ~nya dituduh jahil; perwalian 1. perihal wali; 2. pengasuhan anak yatim serta penjagaan hartanya; 3. pengasuh negara yg belum boleh berkuasa sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sl sj kain kuning yg disampaikan di bahu pegawai istana yg membawa alat kerajaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : = pisau ~ sj pisau kecil utk mengukir (kayu dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : I 1 orang lelaki yg berkuasa menikahkan pengantin perempuan: Kerana ayahnya sudah meninggal, abangnya diminta menjadi ~ utk menikahkan Zainab. 2 orang yg diberi kuasa utk mengurus anak yatim dan hartanya sehingga ia dewasa. 3 = ~ Allah orang yg suci serta taat mengerjakan perintah Allah. ~ hakim orang yg bukan waris (spt raja, kadi) yg boleh menikahkan pengantin perempuan jika walinya tiada. ~ kota datuk bandar. mewalikan menjadi wali kpd. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : , = pisau ~ pisau kecil yg digunakan utk mengukir kayu dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata wali

Puisi
 

Limau manis masak di kuala,
     Pisau wali tajam dikikir;
Hitam manis bangun segera,
     Esok pagi abang nak hilir.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pisau walipisau waliKesenianTiadaPisau ukir yang bermata besi berukuran 10 hingga 16 cm, berhulu kayu, digunakan untuk menyilat, melembutkan silat dan corak. Sinonim: pisau raut, lungga, pisau ukir, obpit, pais
عضل الولىwali engganAgama IslamFiqhWali yang enggan mewalikan perempuan yang berada di bawah kuasanya.
عدالة الولىkeadilan waliAgama IslamFiqhWali yang mempunyai syarat-syarat adil.
ملك النكاحhak nikah (wali)Agama IslamFiqhKuasa yang dimiliki oleh wali bagi mengahwinkan anaknya.
عضلkeengganan (wali)Agama IslamFiqhKeengganan mewalikan perempuan yang berada di bawah kuasanya.
alat ukiralat ukirKesenianTiadaAlat yang digunakan untuk mengukir seperti pisau wali, pahat, gergaji sengat pari, cetar, ketam kayu dan sebagainya.
miracle playdrama mirakelKesusasteraanTiadaDrama yang bersifat keagamaan dan mengisahkan para wali Kristian dan Virgin Mary tetapi tidak bersumberkan kitab Bible. Bentuk persembahan drama ini tidak wujud di England akibat peristiwa pembakaran buku agama oleh golongan reformasi. Walau bagaimanapun, sejumlah 42 buah drama mirakel masih wujud di Perancis, dan dikenali sebagai Miracles de Notre-Dame.
دية المسلمdiaṯ muslimAgama IslamFiqhGanti rugi yang dikenakan ke atas penjenayah/wali kerana pembunuhan seseorang Islam.
mengurutmengurutKesenianTiadaProses melembut corak atau motif selepas membalok pada bahagian tertentu dengan diraut menggunakan pisau wali atau pahat. Sinonim: mengurut, urut.
uruturutKesenianTiadaProses melembut corak atau motif selepas membalok pada bahagian tertentu dengan diraut menggunakan pisau wali atau pahat. mengurut, urut.
123

Kembali ke atas