Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.na.ra] | ونارا

Definisi : (Sanskrit) sl kera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata wanara


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
CIUNG WANARA

CIUNG WANARA, salah satu cerita pantun yang dianggap keramat oleh masyarakat Sunda, terutama daerah Galuh-Ciamis, di samping Lutung Kasarung dan Mundinglaya di Kusumah. Tidak ada seorang pun jurupantun yang berani mengisahkannya, kecuali mereka sudah ‘membersihkan diri’ dan memohon perkenan daripada nenek moyang mereka. Cerita pantun Ciung Wanara telah disusun kembali oleh Ajip Rosidi dan diterbitkan pada tahun 1972 oleh Pustaka Jaya, Indonesia.

        

SASTERADrama/Filem/Teater/Persembahan
LUTUNG KASARUNG

LUTUNG KASARUNG, cerita rakyat Sunda. Dalam khazanah sastera Sunda, Lutung Kasarung dianggap sebagai salah satu cerita pantun yang keramat di samping Ciung Wanara, Nyi Sumur Bandung, dan Mundinglaya di Kusumah. Sebagai sebuah cerita yang terkenal, di beberapa daerah tertentu dikenal dengan versi yang agak berbeza. Versi Bogor, misalnya, dikenal dengan nama Lutung Leutik.

SASTERAKarya

Kembali ke atas