Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : wang yg dihantarkan oleh pihak pengantin lelaki kpd pihak pengantin perempuan (dlm perkahwinan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : wang yg dihantar oleh pihak lelaki kpd bakal mentua utk perbelanjaan perkahwinan, belan­ja hangus; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : wang yg dihantar oleh pihak pengantin lelaki kpd pihak pengantin perempuan. 3 barang-barang spt pa­kaian, makanan yg berupa hadiah yg dibawa bersama wang hantaran oleh pihak pengantin lelaki utk pengantin perempuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : wang yg dihantar oleh pihak lelaki kpd pihak perempuan (dlm perkahwinan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wang (kata nama)
1. Bersinonim dengan duit: fulus, pitis, dukat, tikal,

2. Bersinonim dengan gaji: upah, pendapatan, elaun,

Kata Terbitan : berwang, mengewangi,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah padanan bahasa inggeris yang sesuai bagi menerjemah ayat/istilah ini: 1. Hantaran Kahwin 2. Mas Kahwin 3. Belanja Kahwin 5. Berbalas Hantaran 6. Wang Hantaran 7. Akad Nikah 8. Nafkah 9. Nafkah Zahir dan Batin 10.Duduk bersimpuh 11. Pernikahan Kali ke? 12. Isteri ke? tema istilah, perkahwinan dan pernikah sekian terima kasih.Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.Penyemakan dan penterjemahan28.03.2022
Salam Saudara/Saudari, 1) Mohon tunjuk ajar cara pengunaan ke dan kepada. (Mohon tunjukkan contoh sekali) 2) Apakah sinonim yang profesional bagi "dihantar"? 2) Adakah yang berikut betul? "Harap maklum bahawa permohonan anda telah dihantar kepada Jabatan X" atau "Harap maklum bahawa permohonan anda telah dihantar ke Jabatan X"1. Kata sendi nama "ke" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju dan digunakan juga di hadapan kata nama yang menunjukkan waktu atau masa. Contoh:
i. Mereka akan ke Kuantan esok
ii. Mereka mengadakan pemeriksaan dari semasa ke semasa. 

Kata sendi nama "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Contoh:
i. Sila kembalikan borang ini kepada kerani pejabat itu
ii. Peserta bengkel dibahagikan kepada dua kumpulan
iii. Keadaan ekonomi berubah kepada tahap yang lebih baik.

3. Apa yang dimaksudkan sinonim yang professional bagi "dihantar", tidak jelas. Berikut makna bahgi "hantar"
1 menemani, mengawani, mengiringi orang berjalan: Dia ~ neneknya pulang ke Ipoh.
2 membawa; mengirim: Posmen ~ surat ke rumah Ali.
3 memasukkan ke (sekolah dsb); membiayai pelajaran dll: Banyak ibu bapa yg ~ anak mereka belajar di sekolah itu. Setiap tahun, kerajaan ~ para pelajar ke luar negara utk melanjutkan pelajaran.
4 mengirim (membawa) ke sesuatu tempat utk sesuatu tujuan: Negara kita telah ~ dua orang peserta dlm perlumbaan itu. ~ manusia ke bulan; ~ pasukan tentera ke perbatasan.
5 memberikan (menendang, memukul dsb) bola, bulu tangkis dll: Bulu tangkis itu dihantar betul-betul atas garisan tepi gelanggang. menghantari menghantar sesuatu kpd; mengirimi: Dia dihantari sejambak bunga. hantaran 1 sesuatu yg dihantar; kiriman. 2 = wang ~ wang yg dihantar oleh pihak pengantin lelaki kpd pihak pengantin perempuan. 3 barang-barang spt pa­kaian, makanan yg berupa hadiah yg dibawa bersama wang hantaran oleh pihak pengantin lelaki utk pengantin perempuan. penghantaran perbuatan atau proses menghantar: Saraf tunjang mempunyai tugas yg berkaitan dgn ~ rangsang ke otak. penghantar 1 orang yg menghantar: ~ surat khabar. 2 alat utk menghantar.

3. Ayat yang betul, "Harap maklum bahawa permohonan anda telah dihantar ke Jabatan X"

Tatabahasa19.08.2015

Kembali ke atas