Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.ni.ta] | وانيتا

Definisi : bh orang perempuan, lwn lelaki: fikirannya tertumpu kpd ~-~ genit sahaja; kaum ~ kaum ibu, kaum puteri; kewanitaan perihal wanita, sifat-sifat wanita, keputerian: Rohaya mempunyai sifat ~ yg cukup lemah-lembut serta paras yg cantik; pewanitaan (Bio) 1. perkembangan ciri-ciri kewanitaan; 2. pencetusan atau perkembang­an ciri-ciri seks sekunder wanita pd lelaki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.ni.ta] | وانيتا

Definisi : orang perempuan (lebih halus); lw lelaki: kaum ~ golongan orang perempuan. kewanitaan sifat-sifat wanita; perihal wanita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wanita (kata nama)
Bersinonim dengan perempuan, wadun, betina, kaum Hawa, kaum ibu;,
Kata Terbitan : kewanitaan,

Peribahasa

Mabuk kerana beruk berayun.

Bermaksud :

Gilakan wanita cantik yang tak mungkin didapat; asyik melihat sesuatu yang tidak berguna. (Bandingkan dengan: Dilengah [= dimabuk] beruk berayun).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
matriarchymatriarkiSains PolitikPolitik PerbandinganSistem sosial atau sesuatu organisasi yang berpegang kepada jalur keturunan dan pembahagian kuasa, penentuan keputusan, pewarisan pusaka dan pemilihan pemimpin yang berasaskan wanita. Wanita memiliki kuasa penentu dan mempunyai kelebihan dalam semua aspek. Lazimnya faktor keturunan memainkan peranan penting dalam sistem matriarki ini. Seorang pemimpin akan mewariskan kedudukannya kepada anak perempuan yang tua untuk menjadi ketua dan demikian seterusnya. Golongan lelaki dalam sistem ini akur kepada peraturan atau adat yang sudah diterima. Sistem kuasa ibu ini tidak lagi diamalkan sepenuhnya dalam dunia moden ini. Contohnya, sistem kekeluargaan dan perwarisan masyarakat Melayu Negeri Sembilan masih memiliki ciri-ciri matriarki. Sinonim sistem kuasa ibu.
gynocriticismginokritisismeKesusasteraanTiadaAnalisis penulisan wanita oleh pengkritik wanita. Ginokritisisme mengkaji semula penulisan pengarang wanita yang pencapaiannya sudah dilupai, dan meneroka isu yang lebih luas seperti keupayaan bertindak bagi penulis wanita melalui perundangan dan soal memperkasakan bahasa wanita. Ginokritisisme diperkenalkan oleh Elaine Showalter pada tahun 1979. Karya Elaine yang memperkatakan wanita ialah The Female Malady, Inventing Herself dan Sexual Anarchy. Penulisan Virginia Woolf juga mempunyai pengaruh penting bagi kritikan feminis ini, terutamanya melalui karyanya bertajuk Mrs. Dalloway dan A Room of One�s Own. Lihat juga genderlect.
female murderpembunuhan wanitaKriminologiKeadilan JenayahPembunuhan yang pada lazimnya dilakukan oleh lelaki dengan menyasarkan wanita sebagai mangsa kerana mangsa ialah wanita. Contohnya, pembunuhan wanita yang dilakukan oleh lelaki kerana perasaan kecewa terhadap wanita tersebut. Contoh lain ialah pembunuhan bayi oleh ahli keluarga kerana bayi itu perempuan.
gynocriticismginokritikKesusasteraanTiadaTeori kritikan untuk menganalisis karya tentang wanita yang ditulis oleh wanita dari perspektif wanita.
lesbianlesbianPerubatanTiada1. Berkaitan dengan homoseksual antara wanita.,2. Wanita yang homoseksual.
sex discriminationdiskriminasi jantinaEkonomiTiadaLayanan kurang baik terhadap pekerja wanita berbanding dengan pekerja lelaki. Misalnya, pembayaran gai dan upah yang rendah diberi kepada pekerja wanita berbanding dengan pekerja lelaki kerana prasangka terhadap kebolehan , kemahiran, dan kekuatan tenaga fizikal kaum wanita, serta ketiadaan kesatuan sekerja wanita. Sinonim diskriminasi wanita.
frigiditykedinginanHerbaFitoterapiKekurangan nafsu seks terutamanya pada wanita yang menyebabkan wanita tersebut berlaku dingin terhadap pasangan.
womens filmfilem wanitaKomunikasiTiadaFilem yang diterbitkan atau diarahkan oleh golongan wanita dan membincangkan isu-isu tentang wanita.
female criminalitykejenayahan wanitaKriminologiKeadilan JenayahJenayah yang dilakukan oleh wanita berdasarkan perspektif gender dengan tujuan utama untuk mengkaji punca jenayah tersebut dilakukan dan mencari jalan untuk membendungnya. Contohnya, wanita yang terlibat dalam pelacuran atau ibu yang membunuh bayinya yang baru lahir.
genderiectgenderiectKesusasteraanTiadaVariasi percakapan yang membezakan ujaran lelaki dengan ujaran wanita. Kajian genderlect dirangsang oleh feminisme dan pencarian identiti wanita. Perbezaan dalam ujaran dijadikan sebahagian daripada stereotaip seksual tanpa mengira kebenaran dan realitinya. Dalam sesetengah masyarakat, sifat suka membebel dikaitkan dengan wanita secara stereotaip dan kaitan ini dikekalkan dalam peribahasa, jenaka, dan karya kesusasteraan. Feminisme melatar depankan genderlect demi membantah stereotaip ini. Bagi para feminis, perbezaan dalam ujaran wanita boleh diterokai secara positif dari sudut pandangan wanita tentang realiti. Contohnya, genderlect dalam tulisan H�l�ne Cixous dan Luce Irigaray. Ahli antropologi sedar tentang perbezaan ini, namun dalam bidang sosiolinguistik minat mereka terhadap perkara ini bertambah sejak tahun 1970-an. Lihat juga ginokritisisme.
12345678910...

Kembali ke atas