Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata wantan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, saya ingin tahu adakah istilah berikut betul dalam Bahasa Malaysia: "Hor Fun" = Hor Fun "Fried Wantan" = Wantan Goreng Terima kasihPadanan bahasa Melayu bagi hor fun ialah kuetiau dan perkataan wantan goreng adalah betul.Tatabahasa12.01.2017
Baru-Baru ini, saya ingin membuat artikel mengenai makanan. Makanan ini dipanggil [Won Ton] dalam English. Dalam Kamus BI-BM Dewan, istilah BM [wantan] dipakai. Tapi saya tidak dapat jumpa istilah wantan dalam Kamus Dewan 4. Istilah yang hampir ialah [Pangsit] sj makan cina. Setakat Yang saya tahu [Pangsit] itu istilah wantan dalam Indonesia. Dalam Kamus Pro 8 [pangsit] pula diberi masuk [Boraks]. Adakah [Pangsit] juga memberi makna [boraks]? Boraks itu bahan kimia yang tidak boleh dimakan. Apakah istilah perlu saya gunakan? Sekian terima kasih.Wantan boleh dilihat dalam Kamus Inggeris - Melayu Dewan dan istilah pentadbiran perniagaan, lihat wantan&d=1">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=wantan&d=1 untuk maklumat lanjut. Tidak ada maklumat lain tentang pangsit, selain sejenis makanan orang Cina.Istilah01.07.2015
adakah nama sajian seperti nasi goreng paprik, mi wantan dan sebagainya kata nama khas dan perlu dihurufbesarkan? Sekhas mana sesuatu untuk layak digolongkan kepada kata nama khas?Nasi Goreng Paprik da Mi Wantan ialah kata nama khas dan dieja dengan huruf besar.Tatabahasa21.07.2012
Tuan, pertanyaan saya adalah seperti berikut: 1. Ayat seperti "Saya suka makan mi ikan:, adakah ayat ini boleh digunakan? kerana murid tahun 1 yang membina ayat tersebut. 2. Adakah perkataan-perkataan seperti mi ikan, mi wantan, mi udang boleh digunakan dalam pembinaan ayat tahun 1? Sila membalas secepat mungkin, sekian terima kasih.Ayat saya suka makan mi ikan betul dan boleh digunakan. Lazimnya untuk tahap awal murid diajar membina ayat yang mudah berkemungkinan ayat contoh yang diberikan merupakan ayat mudah dalam konteks murid masa kini.Tatabahasa07.08.2012

Kembali ke atas