Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wap] | واڤ

Definisi : gas yg terjadi drpd air (cecair) yg dipanas­kan; berwap mengeluarkan wap: menghirup teh yg ~; mengewap menjadi wap, meruap: air dlm belanga sedang ~; mengewapi mengasapi dgn wap, mengukus; mengewapkan 1. memanaskan (memasuk­kan) dgn wap air panas, mengukus: segala pakaian orang itu hendaklah direbus atau diwapkan supaya mati segala hama; 2. menjadikan berwap, mengeluarkan wap: ~ sesuatu bererti menukarkan bentuknya drpd cecair menjadi gas; pengewapan proses mengewap (mengewapi, mengewapkan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wap] | واڤ

Definisi : akronim bagi Wireless Application Protocol (Protokol Aplikasi Tanpa Wayar, iaitu suatu sistem yg membolehkan pengguna mengakses internet dgn menggunakan telefon bimbit). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wap] | واڤ

Definisi : gas yg terjadi drpd air atau cecair yg dipanaskan. berwap ada wapnya. mengewap mengeluarkan wap; meruap. mengewapi memanaskan (memasak) sesuatu dgn wap; mengukus: Kuih pau yg sejuk itu lebih enak kalau diwapi sebelum dimakan. mengewapkan menjadikan mengewap; menukarkan menjadi wap: Larutan itu diwapkan utk mendapatkan bahan yg terkandung di dlmnya. pengewapan perbuatan (proses dll) mengewap, mengewapi atau mengewapkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata wap


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
panaih meruap[pA.nAC m«.Òu.wAp] berkenaan dengan badan yang panas disebabkan oleh cuaca, sakit dan lain-lain.Dua tiga hari ni tak ujan, badan naek panaih meruap.[du.wA ti.gA hA.Òi ni tA u.dZAn bA.dAn nAe pA.nAC m«.Òu.wAp]Dua tiga hari ini tidak hujan, badan terasa panas.
   2. marahi seseorang.Aku tutoh dia cukop-cukop sampai dia tak tejawap.[A.ku tu.toh di.jA tSu.kop.tSu.kop sAm.pAj di.jA tA t«.dZA.wAp]Saya marahinya sehingga dia tidak terjawab.
sakai[sA.kAj]kata kerjamengetuk bahagian atas kepala seseorang dengan menggunakan kelima-lima buku jari; sekehPasai dia tak buleh jawap, cekgu bahasa Inggeris sakai kepala dia.[pA.sAj di.jA tA bu.leh dZA.wAp tSE.gu bA.hA.sA iN.g«.ris sA.kAj k«.pA.lA di.jA]Dia tidak boleh menjawab, guru bahasa Inggeris sakai kepalanya.
ngong[NN]kata adjektiftersangat bodohAwat yang ngong sangat hang ni, soalan senang lagu ni pon tak buleh jawap.[A.wAt jAN NN sA.NAt hAN ni s.A.lAn jAN s«.nAN mA.tSAm ni pon tA bu.leh dZA.wAp]Mengapa awak terlalu bodoh, soalan senang seperti ini pun tidak boleh jawab.

Kembali ke atas