Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wap] | واڤ

Definisi : gas yg terjadi drpd air (cecair) yg dipanas­kan; berwap mengeluarkan wap: menghirup teh yg ~; mengewap menjadi wap, meruap: air dlm belanga sedang ~; mengewapi mengasapi dgn wap, mengukus; mengewapkan 1. memanaskan (memasuk­kan) dgn wap air panas, mengukus: segala pakaian orang itu hendaklah direbus atau diwapkan supaya mati segala hama; 2. menjadikan berwap, mengeluarkan wap: ~ sesuatu bererti menukarkan bentuknya drpd cecair menjadi gas; pengewapan proses mengewap (mengewapi, mengewapkan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wap] | واڤ

Definisi : akronim bagi Wireless Application Protocol (Protokol Aplikasi Tanpa Wayar, iaitu suatu sistem yg membolehkan pengguna mengakses internet dgn menggunakan telefon bimbit). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wap] | واڤ

Definisi : gas yg terjadi drpd air atau cecair yg dipanaskan. berwap ada wapnya. mengewap mengeluarkan wap; meruap. mengewapi memanaskan (memasak) sesuatu dgn wap; mengukus: Kuih pau yg sejuk itu lebih enak kalau diwapi sebelum dimakan. mengewapkan menjadikan mengewap; menukarkan menjadi wap: Larutan itu diwapkan utk mendapatkan bahan yg terkandung di dlmnya. pengewapan perbuatan (proses dll) mengewap, mengewapi atau mengewapkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata wap


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
vapour pressuretekanan wapSainsHidrometeorologiTekanan yang dikenakan oleh molekul wap. Bagi wap yang tertekan dan tulen, tekanan wap ialah tekanan pada dinding bejana yang mengandunginya. Bagi wap yang bercampur dengan gas atau wap lain, tekanan wap ialah sumbangan wap kepada jumlah tekanan (iaitu, ia merupakan tekana separa). Dalam meteorologi, tekanan wap digunakan hanya untuk tekanan separa wap air dalam atmosfera.
boiling water reactorreaktor air didihFizikAtom dan NuklearReaktor nuklear yang menggunakan air sebagai bahan penyejuk. Tekanan air ini dikekalkan supaya air berada dalam keadaan mendidih dan membentuk wap. Wap daripada reaktor ini digunakan terus dalam sistem kitaran tenaga.
relative humiditykelembapan relatifKejuruteraanKejuruteraan KimiaNisbah tekanan wap terhadap tekanan wap tepu pada keadaan suhu gas yang dijelaskan sebagai HR = kelembapan relatif, = tekanan wap purata, PA = tekanan wap tepu.
WAPWAPTeknologi MaklumatTiadaLihat: Wireless Application Protocol
WAPWAPTeknologi MaklumatPerisianLihat protokol aplikasi wayarles.
vapour degreasingpenyahgrisan wap; menyahgris wapKejuruteraanTiadaTiada
vapour densityketumpatan wapKimiaTiadaNisbah jisim wap terhadap jisim hidrogen, dengan isi padu, suhu, dan tekanan wap dan hidrogen yang sama, Ketumpatan wap adalah bersamaan dengan setengah jisim molekul relatif wap tersebut.
trunnionperiuk wapPentadbiran PerniagaanTiadaPeriuk yang lebih kecil daripada kawah wap yang dipanaskan dengan wap dan boleh dicondongkan setelah selesai dimasak.
vapour return linetalian balikan wapKejuruteraan AutomotifEnjinTalian tiub yang mengalirkan gas atau wap yang bermula dari pam bahan api hingga ke tangki bahan api. Talian ini mem- benarkan wap bahan api yang terbentuk dalam pam untuk dikembalikan ke tangki bahan api. Proses pengembalian wap bahan api ini boleh mengelakkan berlakunya keadaan kunci wap. Sinonim talian wap.
small tilt trunnionperiuk wapPentadbiran PerniagaanTiadaPeriuk yang lebih kecil daripada kawah wap yang dipanaskan dengan wap dan boleh dicondongkan setelah selesai dimasak.
12345678910...

Kembali ke atas