Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata wap air


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kelembapanhumidityKuantiti wap air yang terkandung di dalam udara. Semakin banyak wap air dalam udara semakin tinggi kelembapannya.Menengah Rendah
kelembapan relatifrelative humidityKelembapan akibat tekanan wap air yang wujud pada atmosfera, diungkapkan sebagai peratusan tekanan wap air tertepu pada suhu yang sama.Menengah Atas
pendidihanboilingPerubahan keadaan bahan daripada cecair kepada wap air pada suhu 100°C.Sekolah Rendah
kalsium klorida kontanganhydrous calcium chlorideSerbuk berwarna putih yang menyerap wap air. Lihat RajahSekolah Rendah
penyerapanabsorptionProses sesuatu bahan masuk ke dalam struktur bahan yang lain. Contohnya, penyerapan wap air oleh kalsium klorida kontang.Menengah Rendah
wap airwater vapourAir yang terkandung di atmosfera dan berada di bawah takat suhu didih.Sekolah Rendah
kalsium klorida kontanganhydrous calcium chlorideBahan berbentuk hablur berwarna putih yang digunakan untuk menyerap wap air. Formula CaCl2.Menengah Rendah
stomastomaLiang-liang halus yang terdapat pada permukaan daun yang digunakan untuk pertukaran gas dan peresapan wap air.Menengah Rendah
penyejatanevaporationPerubahan keadaan bahan daripada cecair kepada wap air yang berlaku pada permukaan air pada sebarang suhu.Sekolah Rendah
kadar transpirasirate of transpirationKadar kehilangan air melalui penyejatan pada permukaan tumbuhan dalam bentuk wap air ke persekitaran.Menengah Atas
12

Kembali ke atas