Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata wap air


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
humiditykelembapanKimiaTiadaudara kering dalam campuran udara-wap air.,Kaitan peratus di antara amaun sebenar wap air dalam isi padu tertentu udara pada suhu tertentu dan amaun maksimum wap air dalam isi padu tersebut sekiranya udara ditepukan dengan wap air pada suhu tersebut.
water vapour transmission ratekadar pemindahan wap airMakanan dan PemakananTeknologi MakananKadar penyerapan wap air daripada atmosfera oleh makanan yang dibungkus, atau kehilangan air daripada makanan tersebut ke atmosfera. Kadar pemindahan wap air sering dinyatakan dalam bentuk gram bagi setiap 100 inci persegi filem pembungkus, 0.001 inci tebal, pada suhu, kelembapan dan tekanan atmosfera tertentu, setiap 24 jam.
humidity mixing rationisbah campuran kelembapanSainsHidrometeorologiNisbah, jisim wap air, terhadap jisim udara kering, yang dengannya wap air dikaitkan, iaitu Jika ialah tekanan wap, tekanan jumlah dan nisbah ketumpatan wap air dan udara kering maka Oleh sebab adalah kecil berbanding dengan maka bernilai kecil, kira-kira 0.01 kg/kg. Oleh itu, secara mudah selalunya dihuraikan dalam g/kg.
water - vapour laserlaser wap-airFizikOptikLaser yang bahan aktifnya adalah wap air dan memancarkan sinaran inframerah pada jarak gelombang 27.97, 47.7, 78.46 dan 118.6 x 10-6m.
water vapour absorptionpenyerapan wap airSainsHidrometeorologiPenyerapan kepanjangan gelombang sinaran inframerah tertentu oleh wap air atmosfera. Proses ini penting dalam anggaran tenaga atmosfera bumi.
water vapour spectroscopespektroskop wap airSainsHidrometeorologiAlat untuk mengukur keamatan sinaran yang dicerap dalam spektrum penyerapan wap air.
relative humiditykelembapan relatifGeografiTiadaTekanan wap air yang wujud bagi atmosfera, diungkapkan sebagai peratusan tekanan wap air tertepu pada suhu yang sama.
relative humiditykelembapan relatifGeologiTiadaTekanan wap air yang wujud bagi atmosfera, diungkapkan sebagai peratusan tekanan wap air tertepu pada suhu yang sama.
relative humiditykelembapan relatifKejuruteraanTiadaTekanan wap air yang wujud bagi atmosfera, diungkapkan sebagai peratusan tekanan wap air tertepu pada suhu yang sama.
specific humiditykelembapan spesifikSainsHidrometeorologiNisbah jisim wap air terhadap jisim udara lembap yang di dalamnya terkandung wap air.
12345678910...

Kembali ke atas