Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.ras] | وارس

Definisi : 1. sihat, sembuh (jasmani): dia tidak hendak masuk bekerja kerana kurang ~ rasa badannya; 2. sihat rohani (mental, ingatan); kurang (tidak) ~ akalnya (ingatannya, otaknya, fikirannya) bp gila; fikiran yg ~ fikiran yg sihat dan sempurna (dapat berfikir dgn baik); 3. berdasarkan taakulan (bkn pertimbangan, keputusan dsb), menurut pertimbangan atau fikiran yg wajar, rasional: keputusan itu dibuat mengikut pertimbangan yg saksama dan ~;mewaraskan mewajarkan tindakan, emosi dsb dgn memberikan penjelasan, fakta dsb yg logik atau dapat diterima akal, merasionalkan: sambil menghirup kopi, dia mencari-cari alasan bagi ~ tindakannya tidak pulang ke kampung selama itu; dia hanya diminta ~ fakta atau pandangan yg dikemukakan dlm rencananya; kewarasan perihal waras, keadaan sihat (tubuh), keupayaan berfikir (bkn otak atau fikiran); ketidakwarasan perihal atau keadaan tidak waras (tubuh, otak). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.ras] | وارس

Definisi : tidak sakit (bkn fikiran); dpt menggunakan akal fikiran: kurang ~ (akalnya, otaknya) gila; fikiran yg ~ fikiran yg sihat dan sempurna. kewarasan hal atau keadaan waras. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
waras (adjektif)
Bersinonim dengan sihat, sembuh, pulih, betah, baik, sempurna.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
reasonable manorang warasUndang-undangTiadaTiada
sane nodenod warasTeknologi MaklumatTiadaNod yang gagal hanya dalam keadaan yang dijangka dan dimaklumkan.
rational prescribingpreskripsi warasSains KesihatanTiadaPesanan resepi ubat yang lazim berdasarkan garis panduan dan matlamat rawatan.
non valid pawnbrokinggadaian tak sahEkonomiEkonomi IslamGadaian yang tidak memenuhi salah satu syarat yang diperlukan seperti syarat orang yang berakad, syarat sighah, syarat barang dan syarat hutang yang berkaitan. Contohnya, syarat orang yang berakad mestilah waras. Oleh itu, gadaian yang dibuat oleh orang yang tidak waras menyebabkan gadaian berkenaan menjadi tidak sah. Gadaian ini juga dikenali sebagai gadaian batil atau gadaian fasid.
mushtaripembeliPerniagaan IslamTiadaPihak yang membeli barangan dengan membayar harga. Pembeli mestilah sempurna akal fikiran, baligh, waras, tidak disekat daripada menguruskan muamalat dan tidak dipaksa menjalankan akad.
ahliyyah ada’ kamilahkelayakan melaksana sempurnaPerniagaan IslamTiadaSifat kelayakan melaksana oleh individu setelah mencapai umur baligh, berakal, waras dan tidak muflis. Individu yang berkelayakan bebas menguruskan dan melaksanakan urusan yang berkaitan dengan hartanya mengikut hukum syarak serta sedar bahawa tindakannya itu mendatangkan kebaikan kepada dirinya.
ba’i‘penjualPerniagaan IslamTiadaPihak yang memiliki atau mempunyai kuasa menyerahkan stok dalam urusan jual beli. Penjual mestilah sempurna akal, matang, waras, tidak disekat daripada menguruskan muamalat dan tidak dipaksa menjalankan akad.
pawner term/pawner conditionsyarat penggadaiEkonomiEkonomi IslamSyarat yang perlu dipenuhi oleh seseorang penggadai bagi melayakkannya melakukan gadaian. Antara syarat yang perlu dipenuhi ialah warganegara, waras, berumur lebih 18 tahun dan tidak muflis. Namun begitu, terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan mazhab terhadap syarat ini. Contohnya, mazhab Hanafi tidak mensyaratkan penggadai mencapai umur baligh bagi membolehkannya melakukan gadaian.
tasarruf maliytasaruf harta/pengurusan hartaPerniagaan IslamTiadaTindakan individu menguruskan harta miliknya mengikut syarat tertentu. Pengurusan harta dibenarkan bagi individu yang mempunyai keupayaan atau kelayakan, iaitu dewasa, waras dan tidak muflis.
schizophreniaskizofreniaPsikologiPsikologi UmumSatu bentuk psikopatologi yang menyebabkan keutuhan personaliti, emosi dan kognitif individu tergugat dengan teruk. Istilah yang sering dikaitkan dengan kecelaruan ini ialah psikosis, gila atau tidak waras. Tanda-tanda kebiasaan yang terdapat kepada pesakit ini ialah delusi, halusinasi, apati, pemikiran abnormal dan perceraian antara emosi dengan pemikiran. Emosi pesakit ini biasanya bercelaru. Contohnya, apabila diberitahu ibunya meninggal dunia, individu skizofrenia hanya akan ketawa berdekah-dekah atau tidak menunjukkan apa-apa perasaan. Pesakit ini juga boleh menarik diri daripada orang ramai, hilang minat terhadap aktiviti luaran dan gagal mengawal tabiat atau aktiviti harian. Sekurang-kurang terdapat empat jenis skizofrenia, iaitu tidak terurus, katatonik, paranoid dan tanpa pembezaan.
12

Kembali ke atas