Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
warga (kata nama,)
Bahasa Asal :Jawa
Bersinonim dengan ahli, anggota, peserta, kaum, bani;,
Kata Terbitan : kewargaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"warga asing" kata majmuk?Warga asing merupakan kata majmuk.Tatabahasa01.04.2013
kemasukan warga asing "ke" negara ini atau kemasukan warga asing "di" negara ini ? Apakah perbezaan antaranya?

Kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat.

Kata sendi nama "ke" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju.

Dalam ayat di atas, kata sendi nama "ke" lebih tepat digunakan kerana perkataan "kemasukan" membawa maksud perihal masuk, dan "negara ini" membawa maksud tempat atau arah yang dituju.

Tatabahasa09.01.2021
"Cik Ruhila tergamam mendengar kata-kata itu datang dari seorang warga asing berkulit putih". Adakah ayat ini betul dari segi tatabahasa?Ayat yang betul ialah "Cik Ruhila tergamam apabila mendengar kata-kata itu daripada seorang warga asing yang berkulit putih".Tatabahasa09.12.2019
salam, saya ingin bertanya. yang manakah ayat yang betul? Justeru itu, pihak kerajaan perlu menyatakan prosedur-prosedur untuk diikuti bagi mendaftarkan kewarganegaraan bagi pihak wanita yang berkahwin dengan warga asing, setelah itu pihak Jawatankuasa Antarabangsa akan menghormati peruntukan tersebut maka reservasi boleh ditarik balik atau Justeru itu, pihak kerajaan perlulah menyatakan prosedur-prosedur untuk diikuti bagi mendaftarkan kewarganegaraan bagi pihak wanita yang berkahwin dengan warga asing, kemudian pihak Jawatankuasa Antarabangsa akan menghormati peruntukan tersebut maka reservasi boleh ditarik balik

Justeru, pihak kerajaan perlu menyatakan prosedur-prosedur yang harus diikuti untuk pendaftaran kewarganegaraan bagi wanita yang mahu berkahwin dengan warga asing. Jika/sekiranya pihak Jawatankuasa Antarabangsa tidak menghormati peruntukan tersebut maka reservasi boleh ditarik balik.

Ejaan03.04.2019
Salam sejahtera. Tuan/Puan, jika seorang warga asing bercakap dengan Yang Di-Pertuan Agong Malaysia (YDPA) menggunakan bahasa Melayu, apakah gelaran yang patut digunakannya untuk menggelar YDPA? Terima kasih.Salam sejahtera,

Untuk makluman, beliau perlu menggunakan gelaran seperti masyarakat tempatan iaitu tuanku bagi Yang Di-Pertuan Agong Malaysia (YDPA).
Lain-lain13.08.2015
1- Adakah bahasa melayu dan bahasa indonesia disifatkan merupakan bahasa yang sama di peringkat antarabangsa? 2- Bagaimanakah cara terselamat untuk bertutur bahasa melayu/indonesia tanpa menyisihkan warga asing yang hanya belajar antara bahasa melayu atau bahasa indonesia sahaja? 3-Bolehkah kita bertukar-tukar istilah antara bahasa melayu dan bahasa indonesia selagi istilah tersebut mempunyai rekod didalam kamu dbp? Kerana, industri yang menekankan pasaran seperti muzik telah menerima pakai perkataan indonesia seperti coba, meski, ujung, dll. Terima kasih.

1. Bahasa Melayu dan bahasa Indonesia termasuk dalam kumpulan bahasa Nusantara.

2. Tidak timbul isu menyisihkan warga asing yang hanya belajar dalam bahasa Melayu atau bahasa Indonesia kerana kedua-duanya serumpun.

3. Dalam pembentukan istilah, telah ditubuhkan  Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) menjadi tapak langsung kerjasama kebahasaan pada peringkat ASEAN, khasnya dalam bidang penyelarasan peristilahan antara ketiga-tiga negara. Tidak ada konsep ‘bertukar-tukar istilah’ sebaliknya penyelarasan istilah diputuskan oleh MABBIM ini.


Penyelidikan26.02.2017
Kalau saya nak buat iklan di hoarding banner, perlu ke bahasa yang digunakan mesti dalam BM? Sebab target customer saya kebanyakan MNC dan warga asing, kebanyakan mereka fasih dalam english saja.Untuk makluman tuan, paparan di tempat awam termasuklah iklan hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan. Jika bahasa Inggeris hendak dikekalkan, mesti ada padanan dalam bahasa kebangsaan, iaitu sediakan dalam dwibahasa (Melayu dan Inggeris).Lain-lain28.09.2017
Yang manakah lebih sesuai/betul bagi ayat-ayat di bawah? (Lihat lampiran) Saya mabuk pada malam itu. Saya mabuk malam itu. Awak ketawa pada saya? Awak ketawakan saya? Awak tertawakan saya? Apa patut saya lakukan? Apa saya patut lakukan? Saya tak boleh hilang muka di sini! Saya tak boleh jatuh air muka (di sini)! Jangan buatkan warga asing pandang rendah pada kita! Jangan biar warga asing pandang rendah terhadap kita! Berikan saya masa. Beri saya masa. Saya perlukan rehat. Saya berehat sekejap. (I need a break) Saya bencikan dia. Saya benci dia. Saya sangat kesunyian Saya amat sunyi. Bolehkah perkataan 'ke' digunakan seperti di bawah dalam penulisan tak rasmi? Seronok ke? Adakah sesuai untuk menggunakan perkataan 'tu' 'ni' 'dah' untuk sari kata di televisyen? Saya sering nampak perkataan-perkataan ini digunakan. Terima kasih.Ayat yang betul:

1. Saya mabuk pada malam itu
2. Apa patut saya lakukan?
3. Ayat ini kedua-duanya salah
4. Jangan biarkan warga asing memandang rendah terhadap kita!
5. Berikan saya masa
6. Saya memerlukan rehat
7. Saya benci akan dia
8. Saya sangat kesunyian
9. Untuk penulisan tidak rasmi, terpulang kepada penulis. Sungguhpun begitu, kami menggalakan penggunaan perkataan dan ayat yang tepat dari segi tatabahasa.
10. Untuk penggunaan kata di televisyen, ejaan perkataan yang penuh mesti digunakan. 
Tatabahasa30.08.2017
Ramzi Ahmad SEL 5.12 PTG Assalamualaikum Saya agak keliru & tertanya-tanya akan iklan ini kerana menggunakan bahasa rojak Setahu saya DPB pernah melarang penggunaan bahasa rojak pada satu ketika dalam apa-apa medium. Apakah larangan itu sudah tidak di guna pakai lagi?Mohon penjelasan. Iklan sebegini telah mencemarkan bahasa rasmi & boleh mengelirukan warga tempatan & warga asing. Bagi mereka yang memahami bahasa enggeris sudah pasti hanya perkataan "COVER" sahaja yg mereka akan faham. Tapi bagi warga Malaysia mereka akan terfikir apakah perkataan " Cover" dalam Bahasa Melayu. @ Apakah perkataan ini telah diiktiraf sebagai perkataan sah dalam Bahasa Melayu? Mohon penjelasan......Untuk makluman tuan, DBP hanya mengesahkan iklan yang mempunyai penggunaan bahasa Melayu yang betul. Penggunaan bahasa Inggeris dalam iklan hendaklah mempunyai padanannya dalam bahasa Melayu, kecuali perkataan atau ayat yang didaftar sebagai Cap Dagang bagi syarikat tersebut. DBP tidak akan mengesahkan penggunaan bahasa rojak dalam iklan dan paparan di tempat awam. Keprihatinan tuan dalam hal ini amatlah kami hargai dan diucapkan terima kasih.Lain-lain17.05.2017
1) Mengikut DBP, siapakah pengguna khusus Kamus Dewan? Penutur b.Melayu atau mereka yang ingin belajar b.Melayu (contoh: pelajar asing, warga bukan Malaysia, dsb.)? 2) Ketua Pengarah DBP mengatakan Kamus Dewan adalah sebuah kamus umum (4.7.2011, Berita Harian). Apakah saya benar jika saya simpulkan label 'kamus umum' di sini bererti Kamus Dewan dianggap tidak akan diguna oleh mereka yang tidak mempunyai b.Melayu sebagai bahasa ibunda (first language/L1); dan 'umum' di sini bererti umum kepada mereka yang mempunyai b.Melayu sebagai bahasa ibunda? Mohon penjelasan. Terima kasih.Kamus Dewan merupakan sebuah kamus umum bahasa Melayu yang paling autentik yang menjadi rujukan utama pengguna bahasa Melayu di Malaysia, dan juga di negara lain yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama negara masing-masing, seperti negara Brunei Darussalam dan Indonesia, dan juga negara yang sebahagian penuturnya merupakan penutur asli bahasa Melayu, seperti Singapura dan Thailand. Di samping itu, Kamus Dewan juga menjadi rujukan penting para pengkaji bahasa Melayu di seluruh dunia, terutama di negara yang ada pengajian Melayu, seperti China, England, Korea dan beberapa buah negara di Eropah. Oleh itu, Kamus Dewan digunakan oleh penutur asli dan bukan penutur asli bahasa Melayu dan umum di sini bermaksud menyeluruh, iaitu penyusunan Kamus Dewan bukan untuk kelompok tertentu sahaja, malah untuk seluruh pengguna bahasa Melayu termasuklah penutur asli dan pengkaji bahasa Melayu di seluruh dunia.Lain-lain19.08.2011

Kembali ke atas