Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
warga (kata nama,)
Bahasa Asal :Jawa
Bersinonim dengan ahli, anggota, peserta, kaum, bani;,
Kata Terbitan : kewargaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
deportationpenghantaran pulangSains PolitikHubungan AntarabangsaTindakan sesebuah negara menghantar pulang warga asing ke negara asalnya. Tindakan ini biasanya dilakukan terhadap warga asing tersebut yang telah melanggar undang-undang sesebuah negara. Walau bagaimanapun, dalam undangundang antarabangsa tidak ada sebarang alasan yang perlu diberikan bagi tindakan pengusiran ini. Contohnya, di United Kingdom, peraturan mengenai warga asing pada tahun 1953 memberi kuasa kepada Setiausaha Dalam Negeri untuk mengusir pihak asing keluar dari United Kingdom. Tindakan ini merupakan peraturan yang tidak boleh dicabar oleh sebarang pihak sekiranya tindakan tersebut dilaksanakan oleh sesebuah negara.
omissionpeninggalanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKelalaian atau kegagalan sesebuah entiti untuk melakukan sesuatu tindakan yang berada di bawah tanggungjawab atau pengawasannya. Peninggalan boleh berlaku dengan disertai oleh niat atau tanpa niat tertentu. Dalam konteks undangundang antarabangsa, peninggalan yang dilakukan oleh badan eksekutif, badan perundangan atau badan kehakiman akan dianggap sebagai keputusan negara berkenaan. Tindakan meninggalkan sesuatu obligasi antarabangsa boleh dianggap sebagai tindakan yang menyalahi peraturan antarabangsa, dan melibatkan tanggungjawab antarabangsa. Contoh peninggalan ialah kegagalan pihak polis untuk menyiasat kejadian serangan yang dilakukan terhadap warga asing, walaupun tugasan menyiasat tersebut sebenarnya berada di bawah pengawasan mereka.
abetmentsekongkolSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan atau perbuatan individu, kelompok atau sesebuah organisasi membantu seseorang atau kelompok tertentu dalam persaingan kuasa politik di sesebuah negara. Tindakan ini bertujuan mencapai sesuatu matlamat bagi pihak yang memberi dan yang menerima bantuan itu. Contohnya, tindakan syarikat gergasi permotoran Amerika Syarikat iaitu Ford Motor bersekongkol dengan calon presiden republik Panama pada tahun 1952. Tindakan Syarikat Ford ini, telah berjaya membantu calon tersebut memenangi perebutan jawatan Presiden Panama. Sebagai balasannya, Syarikat Ford telah diberi hak pemilikan tanah perindustrian. Ini bertentangan dengan perlembagaan dan dasar sebelum tahun 1952 yang tidak membenarkan pemilikan tanah kepada warga asing. Sinonim persubahatan.
ideal type bureaucracybidang kuasa pentadbiranPentadbiranTiadaDasar atau peraturan yang menyentuh hal ehwal penyeberangan sempadan negara yang melibatkan warganegara mahupun bukan warganegara. Dasar ini berkisar persoalan pengeluaran passport, kemasukan orang luar ke dalam negara, menangani masalah pendatang haram, penerimaan pekerja asing dan pengeluaran permit kerja, pengiktirafan suaka politik dan pelarian serta status penduduk tetap dan kewarganegaraan. Dasar yang banyak melibatkan undang-undang ini boleh jadi berbeza antara satu negara dengan yang lain. Dasar yang tertutup atau ketat menyukarkan penerimaan kemasukan warga asing ke dalam negara sama ada sebagai pelarian, pekerja mahupun pemohon penduduk tetap atau kewarganegaraan. Negara ini mungkin memerlukan visa dan pelawat perlu melalui pemeriksaan yang rapi sebelum dibenar masuk. Bagaimanapun bagi dasar imigresen yang longgar atau terbuka ia akan bersifat fleksibel dan boleh menerima pelarian, suaka politik, permohonan penduduk tetap atau warga negara dengan kadar yang lebih segera dan ringkas. Contoh dasar imigresen Malaysia yang berubah-ubah terhadap pendatang asing tanpa izin.
neologismneologismeKesusasteraanPuisiPemilihan dan penggunaan perkataan baharu dalam sesebuah puisi yang dicipta. Pembentukan dan penggunaan kata baharu itu mungkin berasal daripada bahasa penyair sendiri mahupun dipinjam daripada bahasa asing. Penggunaan kata-kata neologisme ini bertujuan untuk menjelaskan lagi sesuatu isu atau pemikiran yang diungkapkan oleh penyairnya dan mungkin juga merupakan suatu stail saja. Contohnya, penggunaan neologisme ini dapat dilihat dalam "Sajak Warga Kata" karya Baha Zain. Antara kata-kata tersebut ialah warga, bankrap, pub, nightclub, combat, piring terbang, jutawan, rutin, burger, instant mee dan kerantung.

Kembali ke atas