Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.ri.san] | واريثن

Definisi : Jk selalu bernasib baik (dlm perniagaan dll), beruntung, mujur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.ri.san] | واريثن

Definisi : 1. harta peninggalan, harta pusaka: Mimi pergi ke Bandung utk suatu urusan ~; 2. sesuatu yg diwarisi, sesuatu yg turun­temurun, peninggalan: kata jongos merupakan kata ~ kolonial; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.ri.san] | واريثن

Definisi : harta pusaka, harta peninggalan: anak cucu akan menerima ~ ayah bondanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.ri.san] | واريثن

Definisi : 1 harta peninggalan; harta pusaka. 2 sesuatu yg diwarisi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
waris (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
1. Bersinonim dengan penama: penerima harta, penerima pusaka, anggota keluarga, darah daging, adik-beradik, sanak saudara, kemanakan,

2. Bersinonim dengan penjaga: pengasuh, penyelenggara, pemelihara,

Kata Terbitan : mewarisi, mewariskan, warisan, pewaris,

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sarat penumpang atau sarat dengan penumpang, kaya warisan atau kata dengan warisan? Mohon penjelasan.Jawapan yang betul ialah sarat dengan penumpang dan kaya dengan warisan. Kedua-dua ungkapan ini lebih gramatis kerana ungkapan sarat penumpang dan kaya warisan tidak membawa apa-apa makna.Tatabahasa26.05.2007
maksud warisan tradisional? faktor yang menyebabkan warisan tradisional semakin merosot?Warisan tradisional ialah bahan-bahan sama ada benda atau bukan benda seperti rumah Melayu lama (benda) dan pantun (bukan benda) yang menjadi lambang atau identiti sesebuah bangsa atau suku kaum. Untuk menyatakan bahawa warisan tradisional semakin merosot pada hari ini adalah sesuatu yang subjektif.Lain-lain12.02.2008
Saya Khomsah Che-ni, belajar di Universiti Fatoni kelas dasar, ingin bertanya DBP, perkataan "Warisan" berasal dari bahasa apa? dan apakah maknanya? serta contoh dalam ayat"Warisan", kata akar daripada "Waris" yang berasal daripada bahasa Arab. Warisan membawa maksud: 1. harta peninggalan, harta pusaka: Mimi pergi ke Bandung untuk suatu urusan warisan; 2. sesuatu yang diwarisi, sesuatu yang turun-temurun, peninggalan: kata jongos merupakan kata warisan kolonial.Makna22.09.2014
Adakah perkataan mengimarahkan relevan dengan ayat seperti yang berikut: "Memperkasa dan memupuk kecintaan khazanah warisan 1Malaysia melalui pelaksanaan Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) dan mengimarahkan warisan negara sehingga terserlah di persada dunia." Persoalan ini saya ajukan kerana di dalam ruangan carian, takrif yang ada hanya merujuk kepada amalan di masjid atau surau sahaja. Mohon penjelasan lebih lanjut.Mengimarahkan bermaksud menggerakkan atau menghidupkan suasana di masjid atau surau dengan pelbagai kegiatan berfaedah, dan kebiasanya berbentuk keagamaan. Sehingga kini belum ada lagi peluasan makna untuk perkataan imarah/mengimarahkan yang merujuk kegiatan bukan berbentuk keagamaan. Oleh itu, perkataan mengimarahkan tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut.Tatabahasa13.12.2009
Sharmin Sivaraman RAB 2.52 PTG Selamat sejahtera, saya merupakan mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan yang hendak menjalankan latihan industri pada semester hadapan bermula februari nanti, saya ingin memohon di dbp Bidang pengajian:Ijazah sarjana muda pengajian warisan (kesusasteraan warisan) Mohon pencerahan bagaimana untuk buat permohonan yaa Terima kasihSalam. Bagi mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan latihan industri di DBP, untuk keterangan lanjut, pihak tuan boleh menghubungi terus ke Bahagian Akademi DBP, Aras 7 di nombor telefon 21471048/9000/9001/9616.Lain-lain28.06.2017
Assalamualaikum.. Bagaimana ejaan "warisan" dalam jawi? Terima kasih.Ejaan  WARISAN dalam tulisan Jawi ialah واريثنEjaan14.07.2020
Salam sejahtera tuan, berikut ialah soalan saya. 1) mengambil keputusan betul atau membuat keputusan betul? 2) Adakah ayat Baju-baju itu mahal belaka betul? Jika terdapat kata ganda yang membawa maksud adjektif, tidak boleh muncul dalam satu ayat yang sama? 3) Ali tertarik dengan keindahan di Pulau Sipadan atau Ali tertarik oleh keindahan di Pulau Sipadan? Terdapat jawaban dari khidmat nasihat pada tahun-tahun yang lepas yang menyatakan bahawa kedua-dua tertarik oleh / tertarik dengan adalah betul. 4) Pekerja itu ditegur oleh majikan kerana berpakaian compang-camping. Adakah compang-camping perlu ditukarkan kepada mencolok mata? 5) Rakyat Malaysia perlu menghargai budaya warisan kita. Adakah budaya warisan betul? Apakah perbezaan antara budaya warisan dengan warisan budaya?1. Membuat keputusan atau mengambil keputusan, kedua-duanya adalah betul.

2. Ayat Baju-baju itu mahal belaka adalah betul.

3. Ayat yang betul ialah Ali tertarik dengan keindahan di Pulau Sipadan.

4. Ayat Pekerja itu ditegur oleh majikan kerana berpakaian compang-camping adalah betul. Compang-camping dan mencolok mata mempunyai maksud yang berbeza.

5. Ayat budaya warisan adalah betul. Perbezaan budaya warisan dan warisan budaya adalah seperti yang berikut:

   Warisan Budaya ialah artifak, sesuatu yang turun-temurun, peninggalan daripada generasi terdahulu, dikekalkan pada masa kini serta dipelihara untuk generasi akan datang. Manakala Budaya Warisan ialah tamadun, peradaban yang diwarisi oleh sesuatu kaum/etnik terdahulu, dikekalkan pada masa kini serta dipelihara untuk generasi akan datang.

Tatabahasa02.08.2021
Adakah pihak DBP terlibat secara langsung dalam memelihara Sumber Sejarah dan Kebudayaan Negara

DBP terlibat secara langsung dalam memelihara sumber sejarah dan budaya negara khasnya warisan ketara dan tak ketara. Bagi warisan tak ketara, DBP memelihara dan mengembangkan bahasa Melayu, bahasa kebangsaan, yang juga matlamat utama penubuhan DBP. Pelbagai program juga dilaksanakan untuk memelihara dan mengembangkan penulisan dan sastera Melayu khasnya pantun, syair, gurindam melalui festival, seminar dan bengkel dari peringkat kanak-kanak, dewasa,pelajar dan kakitangan awam serta swasta.

Bagi warisan tak ketara, koleksi manuskrip Melayu tulisan tangan jawi telah tersenarai dalam "Memory of the World Register" pada tahun 2001 sebagai salah satu dokumentari warisan dunia. Sila lawati laman Unesco di http://portal.unesco.org/ci/en/ev.php-URL_ID=23078&URL_DO=DO_TOPIC&URL_SECTION=201.html

Lain-lain29.07.2008
sejak awal tahun 1980-an burger sudah menjadi sebahagian dari warisan cita rasa Melayu yang sebenarsejak awal tahun 1980-an burger sudah menjadi sebahagian daripada warisan cita rasa Melayu yang sebenarTatabahasa14.10.2008
Terima kasih di atas response yang begitu cepat dari pihak tuan. Tema Hari Kastam Sedunia adalah " Kastam Dan Alam Sekitar : Melindungi Warisan Semula Jadi " Sekiranya pihak kami ingin mengunakan huruf besar di setiap awalan perkataan iaitu " Kastam Dan Alam Sekitar : Melindungi Warisan Semula Jadi" di mana pihak tuan menyarankan " semula jadi " dieja sebagai dua perkataan. Adakah ejaan dan penggunaan huruf besar seperti yang di nyatakan di sini adalah betul. Mohon pandangan dan ulasan pihak tuan.Terima kasih.Tema  tersebut ditulis seperti yang berkut : Kastam dan Alam Sekitar : Melindungi Warisan Semula Jadi. Tatabahasa03.12.2008
12345678910

Kembali ke atas