Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.ri.san] | واريثن

Definisi : Jk selalu bernasib baik (dlm perniagaan dll), beruntung, mujur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.ri.san] | واريثن

Definisi : 1. harta peninggalan, harta pusaka: Mimi pergi ke Bandung utk suatu urusan ~; 2. sesuatu yg diwarisi, sesuatu yg turun­temurun, peninggalan: kata jongos merupakan kata ~ kolonial; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.ri.san] | واريثن

Definisi : harta pusaka, harta peninggalan: anak cucu akan menerima ~ ayah bondanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.ri.san] | واريثن

Definisi : 1 harta peninggalan; harta pusaka. 2 sesuatu yg diwarisi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
waris (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
1. Bersinonim dengan penama: penerima harta, penerima pusaka, anggota keluarga, darah daging, adik-beradik, sanak saudara, kemanakan,

2. Bersinonim dengan penjaga: pengasuh, penyelenggara, pemelihara,

Kata Terbitan : mewarisi, mewariskan, warisan, pewaris,

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
architecture heritagewarisan seni binaArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKemajuan teknologi, ketinggian nilai seni dan corak budaya kehidupan yang berasaskan kepada tinggalan seni bina. Warisan seni bina antaranya berperanan sebagai tempat peribadatan, pemerintahan, istana dan kota pertahanan. Contohnya, Candi Lembah Bujang dan Kota Kuala Kedah di Kedah. Pembangunan dan ketamadunan sesebuah negara perlu berpandukan warisan silam bagi menjamin kesinambungan budaya diwarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya.
heritage tourismpelancongan warisanPelanconganTiadaAktiviti lawatan ke tempat peninggalan warisan, seperti tempat bersejarah A� Famosa, Kota Lukut dan Taman Negara.
inherintace taxcukai warisanEkonomiTiadaCukai terhadap individu yang menerima harta pusaka. Kadar cukai warisan secara am adalah progresif dan kadar ini juga bertambah apabila pertalian antara waris-waris yang berhak dengan simati semakin jauh. Selalunya pengecualian yang munasabah kepada cukai ini juga diberi kerana alasan utama cukai ini digunakan ialah berdasarkan prinsip kemampuan membayar.
inheritancewarisanTeknologi MaklumatPerisianKonsep pengaturcaraan berorientasikan objek yang membolehkan sesuatu kelas mewarisi sebahagian atau kesemua kaedah kelas dan sifat kelas yang lain. Warisan ini membenarkan satu kelas mempunyai tingkah laku yang sama dengan kelas yang lain dan melanjutkan tingkah laku tersebut bagi menyediakan satu tindakan untuk keperluan tertentu. Konsep ini merupakan salah satu konsep asas pengaturcaraan berorientasikan objek.
heritage parktaman warisanPelanconganTiadaTempat yang mempunyai daya tarikan pelancong, yang terdiri daripada peninggalan runtuhan sejarah atau binaan baharu yang melambangkan warisan tempatan.
International Comission for the Preservation of Islamic Cultural Heritage (ICPICH)Suruhanjaya Pemeliharaan Warisan Kebudayaan Islam Antarabangsa (ICPICH)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaOrganisasi subsidiari Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang bertanggungjawab mengutip dana dan mengagihkannya kepada negara anggota bagi memelihara dan membaik pulih warisan kebudayaan Islam seperti bandar, monumen, perpustakaan dan manuskrip.
ascriptionwarisan berianPendidikanTiadaTiada
heritagewarisanEkonomiTiadaTiada
inheritancewarisan; pewarisanPertanianTiadaTiada
inheritancewarisan; pewarisanPerhutananTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas