Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[war.na] | ورنا

Definisi : 1. kesan yg didapati oleh mata drpd cahaya yg dipantulkan oleh benda-benda (dgn gelombang yg berbeza-beza) yg dilihatnya, rona: ~ merah; ~ hijau: ~ cempaka; ~ tua; ~ muda; 2. bermacam-macam, berbagai-bagai (dlm kata majmuk): ~ sari; 3. ragam atau corak (keadaan atau sifat sesuatu): pekerjaan saya banyak memerlukan pengetahuan tentang bentuk dan ~ negara lain; 4. ark kasta atau golongan (dlm masyarakat): masyarakat Hindu mempunyai empat ~; ~ biji remia Kd warna ungu; ~ dasar (utama) warna iaitu merah, biru dan kuning, yg menjadi dasar utk memperoleh warna lain; ~ karat warna coklat gelap dgn campuran warna merah atau kekuningan; ~ primer warna dasar (utama); ~ sekunder warna yg terhasil drpd dua warna primer; berwarna 1. mempunyai warna (spt merah, hijau, dll), ada warnanya: kain tabir ~ biru tua; bangsa (kulit) ~ bangsa yg kulitnya hitam (coklat dll), bukan bangsa kulit putih; 2. menarik, istimewa, berlainan drpd sesuatu yg biasa: pelbagai kaum mempunyai cara hidup, kepercayaan, dan sifat semula jadi sendiri dan ini menjadikan suasana di sini lebih ~ dan unik; berwarna-warna = berwarna-warni; mewarnai 1. = mewarnakan memberikan berwarna (bercorak), menyapu dgn warna: kanak-kanak hendaklah disuruh mencuba ~ lukisan mereka; 2. ki meragamkan, men­corakkan, memberikan corak (yg tertentu) kpd: kedua-dua ciri inilah yg ~ sesuatu budaya; pewarnaan perihal atau proses mewarnakan (mewarnai): mulakan dgn ~ pipi; pewarna bahan utk mewarnakan (me­warnai). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[war.na] | ورنا

Definisi : corak rupa spt merah, hijau, biru: Cantik ~ bunga ini. ~ bajunya merah. ~ dasar warna (merah, biru, kuning) yg menjadi dasar utk memperoleh warna-warna lain. ~ primer warna dasar. ~ sekunder warna yg terhasil drpd campuran dua warna primer. berwarna mempunyai warna: Kain langsir rumahnya ~ kuning. berwarna-warna mempunyai bermacam-macam warna. mewarna mengenakan warna; membubuh warna: peraduan ~. mewarnai menyapu dgn warna; memberi berwarna: Ia ~ lukisannya dgn cat air. pewarnaan perbuatan, hal dsb mewarna atau mewarnai. pewarna bahan utk mewarnai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
warna (kata nama)
1. Bersinonim dengan rona: dondon, ragi,

2. Bersinonim dengan ragam: corak, sifat, keadaan,

Kata Terbitan : warna-warni, berwarna-warni, berwarna-warna, mewarnai, mewarnakan, pewarnaan,

Puisi
 

Tenun kain dengannya kapas,
     Warna corak bermacam ragi;
Perahu lilin layar kertas,
     Cuba melanggar lautan api.


Lihat selanjutnya...(7)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
OPAL

Opal ialah batu permata yang mengandungi

warna-warna pelangi. Ia terdiri daripada silikon

dan oksigen, iaitu unsur yang ditemui dalam pasir

biasa. Warna latar opal mungkin hitam, biru,

coklat, kelabu, atau putih. Opal mempamerkan

warna yang berkilauan apabila terkena cahaya

yang terang.

UMUM 
WARNAWARNA, sesuatu yang mencerminkan struktur sosial secara simbolis dan mempunyai pengertian tertentu dari segi magis dan perubatan. Dalam budaya Melayu, warna sangat rapat dengan alam persekitaran semula jadi. Selain warna-warna dasar seperti putih, hitam, merah, biru atau kuning, terdapat beberapa cahaya warna yang menghampiri warna-warna dasar itu. Biasanya istilah cahaya adalah mengikut kepekatan dan kecairan warna itu, iaitu sama ada tua atau muda, maka terdapatlah warna seperti merah tua atau merah muda, dan kuning tua atau kuning muda.  Di samping itu, terdapat cahaya warna yang diistilahkan mengikut apa yang dilihat pada alam semula jadi, terutamanya tumbuh-tumbuhan seperti merah pulasan daripada warna buah pulasan, kuning kunyit, daripada warna kunyit dan hijau pucuk pisang, cahaya yang menyerupai warna pucuk pisang.  Lembayung, pinang masak, biji remia, biji asam, bunga keduduk dan kulit manggis adalah istilah bagi warna tertentu daripada tumbuh-tumbuhan.  Unsur –unsur lain daripada alam semesta adalah seperti tanah liat (kuning), laut (biru), batu (merah), darah-darah ikan (merah) atau asap (kelabu).  Semua istilah ini mencerminkan pandangan hidup orang Melayu.BUDAYAKonsep
TIGA WARNA

Tiga warna ialah bendera kebangsaan Perancis.

Ia mempunyai warna merah, putih dan biru

dengan jalur menegak. Ketiga-tiga warna itu

digunakan sebagai lambang Perancis pada 17 Julai

1789 semasa Revolusi Perancis. Raja Louis XVI tiba

ke Perancis selepas kejatuhan Bastille. Dia

meletakkan simpulan reben tiga warna di topinya

sebagai melambangkan sifat patriotiknya. Merah

dan biru ialah warna rasmi Paris dan putih adalah

warna keluarga diraja. Selepas keluarga diraja

berkuasa semula pada tahun 1814, ia menolak tiga

warna. Tetapi tiga warna sekali lagi menjadi

bendera kebangsaan Perancis pada tahun 1830.

UMUM 
BUTA WARNA

Buta warna yang kadangkala dikenali

dengan istilah daltonisme  ialah ketakbolehan

membezakan kesemua warna. Kebolehan untuk

melihat warna berpunca daripada sel penglihatan

khusus, yang dinamakan kon, yang terdapat pada

retina mata. Seseorang yang normal penglihatan

warnanya mempunyai tiga jenis kon, dan setiap

jenis kon itu peka terhadap warna yang berbeza.

Orang yang buta warna tidak mempunyai satu, atau

dua, atau kesemua jenis kon ini.

UMUM 
ÅNGSTRÖM, ANDERS JONAS

Ångström, Anders Jonas (1817–1874), ahli

fizik dan ahli falak Sweden dan merupakan salah

seorang pelopor sains spektroskopi . Sains ini

melibatkan pengkajian tentang cahaya dengan

menyebarkannya ke dalam spektrumnya (warna-warna

unsur).

UMUM 
WARNA SUASANAWARNA SUASANA, kumpulan puisi karya Masuri S.N. Kumpulan puisi yang mengandungi 91 buah puisi ini diterbitkan pada tahun 1962 oleh Oxford University Press, Kuala Lumpur.  Melalui Warna Suasana, Masuri S.N. memberikan kesan seorang penyair yang gelisah dan kurang gembira, keluhannya terhadap kesementaraan dan kepalsuan hidup, dan keharuannya terhadap penderitaan manusia. Di samping itu terlihat juga kesedarannya yang kuat tentang tugas dirinya sebagai seorang penyair di mana dia harus ‘berwatak jelas’ dan ‘berotak waras, dan untuk menyampaikan amanatnya dia harus menerima apa sahaja penghinaan yang datang.  Ini dapat dilihat dalam puisi “Sebagai Penyair”.SASTERAKonsep
TERRACOTTA

Terracotta ialah sejenis barang tembikar yang

keras dan tahan lama. Seperti barang tembikar

yang lain, terracotta dibuat daripada sejenis tanah

liat yang dibakar. Warnanya berbagai-bagai, iaitu

daripada warna kuning pucat dan warna coklat

hinggalah kepada berbagai-bagai warna merah.

Terracotta biasanya tidak diglis. Terracotta

digunakan dengan meluas untuk membuat pasu

bunga, air pancut, jubin, hiasan seni bina, dan arca

hiasan taman. Oleh sebab terracotta mudah

dibentuk, ramai pengarca menggunakannya untuk

membuat model awal. Terracotta berkembang

pada zaman prasejarah. Orang Yunani dan Rom

purba menggunakan bahan ini untuk membuat

objek hiasan, di samping talang, paip, dan bahan

binaan lain. Perkataan terracotta berasal daripada

perkataan Itali yang bermaksud “tanah masak”.

UMUM 
ANEKA WARNA

ANEKA WARNA, majalah pengetahuan am yang diterbitkan pada bulan Oktober 1954 oleh Qalam Press Limited, Singapura.  Pengarangnya ialah Syed Abdullah bin Abdul Hamid al-Edrus (Ahmad Lufti).  Majalah bulanan ini diterbitkan dalam tulisan Jawi dengan berukuran 17 cm x 12 cm.  Keluaran pertamanya mengandungi 66 halaman, kemudian ditambah menjadi 90 halaman.

SASTERAKonsep
SALPIGLOSIS

Salpiglosis ialah tumbuhan dalam famili

kentang. Ditanam sebagai tumbuhan laman, ia

berkaitan dengan petunia. Seperti petunia,

salpiglosis mempunyai bunga berbentuk trompet,

tetapi berwarna lebih menarik lagi. Warnanya

berbagai-bagai, termasuk merah tua, samar, ungu,

jingga keperangan, jingga kesumba, kuning dan

putih. Kelopaknya mempunyai kilauan yang

kebalduan dan biasanya berjalur-jalur kuning atau

warna-warna lain. Salpiglosis adalah tumbuhan

tahunan. Ia tumbuh setinggi lebih kurang 46

sentimeter dan mempunyai beberapa bunga dekat

bahagian atas setiap ranting.

Pengelasan saintifk. Salpiglosis tergolong dalam

famili nightshade, Salonaceae. Ia adalah Salpiglossis

sinuata .

UMUM 
MERAH SENDUDUK

Merah senduduk ialah warna ungu pucat atau

pewarna ungu yang lembut warnanya. Pada tahun

1856, W.H. Perkin, ahli kimia Inggeris menemui

bahawa pengoksidaan anilina dan kalium dikromat

menghasilkan pewarna merah senduduk (lihat

Pengoksidaan). Warna merah senduduk ialah

campuran bahan yang diterbitkan daripada

fenazina. Ini merupakan warna sintetik yang

pertama yang diperoleh daripada tar batu arang.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas