Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[war.na.war.ni] | ورنا-ورني

Definisi : 1. berbagai-bagai warna(nya) (spt biru berserta merah dan warna-warna lain): bangunan yg dihiasi bendera ~; 2. berbagai-bagai ragam atau corak, aneka ragam: ~ dlm puisi Malaysia mutakhir; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[war.na.war.ni] | ورنا-ورني

Definisi : bermacam-macam warna. berwarna-warni mempunyai warna yg bermacam-macam; beraneka warna. mewarna-warnikan menjadikan beraneka warna. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
warna (kata nama)
1. Bersinonim dengan rona: dondon, ragi,

2. Bersinonim dengan ragam: corak, sifat, keadaan,

Kata Terbitan : warna-warni, berwarna-warni, berwarna-warna, mewarnai, mewarnakan, pewarnaan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SARKAS

Sarkas ialah pertunjukan aneka ragam yang

menonjolkan aksi berani dan menawan oleh artis

trapez, akrobatik, penunggang kuda, pelatih

haiwan, dan penghibur lain. Haiwan terlatih

memainkan peranan penting dalam kebanyakan

sarkas. Badut yang memakai pakaian lucu

menyediakan komedi untuk mengisi pertunjukan

sementara kumpulan pancaragam dan penghibur

dengan pakaian bergemerlapan menambahkan lagi

warna-warni dan keseronokan.

UMUM 
KAIN PELANGI

KAIN PELANGI, kain yang ragam hiasnya dibuat dengan teknik ikat celup. Perkataan ‘pelangi’ merujuk teknik menghias permukaan kain berwarna natar. Kain yang sesuai digunakan untuk membuat kain pelangi ialah sutera creape dan kapas. Teknik ini dikatakan berasal dari India, China, Jepun, Jawa dan Bali walaupun cebisan kain pelangi terawal telah dijumpai di Peru. Teknik resis digunakan untuk membentuk ragam hias warna-warni seperti pelangi.

BUDAYAKraf Tangan
TECHNICOLOR

Technicolor ialah proses berpaten untuk

membuat filem berwarna-warni. Proses ini

melibatkan pengeluaran tiga negatif hitam-putih

yang berasingan untuk satu babak. Setiap negatif

didedahkan kepada satu warna primer – merah,

biru, atau hijau – dari babak tadi.

UMUM 
TARBUS

Tarbus ialah topi merah yang tinggi tanpa tepi

dengan rambu-rambu berwarna-warni daripada

sutera atau wul. Tarbus dipakai di Mesir dan di

Afrika Utara. Dahulunya, semua tarbus diwarnakan

dengan pewarna yang dibuat daripada jus beri

merah yang hanya terdapat di Maghribi. Kini,

warna ini dapat dihasilkan daripada bahan

pewarna kimia. Tarbus mula-mula dibuat di Fez,

Maghribi.

UMUM 
PARRISH, MAXFIELD

Parrish, Maxfield (1870–1966) merupakan

pelukis dan pengilustrasi Amerika, yang telah

menggambarkan dunia dengan penuh warna-

warni dan khayalan yang puitis.

UMUM 
TIEPOLO, GIOVANNI BATTISTA

Tiepolo, Giovanni Battista (1696–1770) ialah

pelukis terkenal Itali yang terakhir daripada

kumpulan Venitian. Dia pada mulanya meminati

Paolo Veronese. Kemudian dia mencipta satu gaya

mural berwarna-warni yang hebat yang

kemudiannya amat digemari di Eropah pada tahun

1770-an. Banyak lukisan muralnya menggambarkan

peristiwa bersejarah dan alegori yang hebat. Ia

memaparkan watak aktif yang dilukis

menggunakan warna pastel yang ceria.

Tiepolo lahir di Venice, Itali. Selepas tahun 1750,

dia banyak berkarya di Jerman dan Sepanyol.

Karyanya termasuk hiasan untuk istana ketua

biskop di Würzburg, Jerman dan di Istana Diraja di

Madrid . Beberapa lukisan minyak kecil Tiepolo

untuk mural besarnya dipamerkan di Muzium Seni

Metropolitan, New York City.

Lihat juga Seni lukis (Hiasan).

UMUM 
PUKUL EMPAT

Pukul empat juga dikenali sebagai keajaiban

Peru , ialah tumbuhan saka yang menarik

(tumbuhan yang hidup lebih daripada satu tahun)

yang berasal dari kawasan tropika Amerika. Ia

mudah tumbuh, dan sering ditanam sebagai

tumbuhan tahunan (tumbuhan yang hidup hanya

satu tahun). Pukul empat tumbuh daripada kira-kira

60 hingga 120 sentimeter tingginya. Bunganya yang

harum berwarna putih, samar, merah, kuning, atau

campuran beberapa warna ini. Apa yang kelihatan

sebagai bunga adalah sebenarnya involukre

(braktea yang diubahsuai) yang berwarna-warni

yang mengelilingi bunga sebenar yang halus. Pukul

empat mendapat namanya kerana bunganya

kembang pada lewat petang dan kuncup pada

waktu pagi.

UMUM 

Kembali ke atas