Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[war.na.war.ni] | ورنا-ورني

Definisi : 1. berbagai-bagai warna(nya) (spt biru berserta merah dan warna-warna lain): bangunan yg dihiasi bendera ~; 2. berbagai-bagai ragam atau corak, aneka ragam: ~ dlm puisi Malaysia mutakhir; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[war.na.war.ni] | ورنا-ورني

Definisi : bermacam-macam warna. berwarna-warni mempunyai warna yg bermacam-macam; beraneka warna. mewarna-warnikan menjadikan beraneka warna. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
warna (kata nama)
1. Bersinonim dengan rona: dondon, ragi,

2. Bersinonim dengan ragam: corak, sifat, keadaan,

Kata Terbitan : warna-warni, berwarna-warni, berwarna-warna, mewarnai, mewarnakan, pewarnaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
illuminated initial letterhuruf berhias warna-warniPerpustakaanTiadaTiada
coral bleachingpemutihan karangPerikananTiadaPerubahan warna karang kepada warna putih, disebabkan oleh pelbagai faktor seperti pencemaran air, peningkatan suhu laut, perubahan tahap kemasinan air atau gangguan oleh haiwan laut yang dikenali sebagai tapak sulaiman mahkota berduri. Karang hidup secara simbiosis dengan tumbuhan laut seperti alga zooxantela dan polip karang, yang menjadikan karang berwarna-warni. Alga merupakan sumber utama makanan bagi karang melalui proses fotosintesis, dan perubahan yang berlaku pada air laut menyebabkan karang kehilangan sumber makanannya dan berubah menjadi warna putih.
agate warebarang akikKesenianHiasan DalamanCampuran tanah liat yang membentuk jalur-jalur gelungan berwarna-warni yang menyerupai warna akik, yang dipelopori oleh Josiah Wedgewood (1730 - 1795), seorang pembuat tembikar berbangsa Inggeris.
four-colour processproses empat warnaKesenianTiadaProses menyalinkan kerja mewarna-warni dengan mengasingkan karya tersebut kepada tiga warna utama, iaitu magenta, kuning dan cyan beserta dengan hitam
reproductive colourwarna pembiakanBiologiEkologiWarna yang kelihatan pada bulu burung jantan semasa musim pembiakan, yang bertujuan untuk memikat burung betina. Bulu burung betina pula kurang berwana-warni untuk tujuan perlindungan apabila berada di dalam sarang.
Chinese embroiderysulam CinaKesenianTiadaSeni jarum bercorak rumit yang mempunyai satu permukaan atau luar dalam, disulam dengan benang sama ada satu warna atau berwarna-warni dengan menggunakan jahit sulam di atas fabrik sutera atau baldu.
film-in-colourfilem warnaKomunikasiTiadaFilem yang berwarna-warni.
coral reefterumbu karangPerikananTiadaStruktur batuan sedimen daripada kapur (aragonit) yang terbentuk di dasar lautan. Pada terumbu karang, terdapat organisma dominan yang terdiri daripada filum knidaria (kumpulan haiwan air berbadan lembut seperti ubur-ubur, buran laut, hidra) yang merembeskan bahan kalsium karbonat sebagai pembentuk utama terumbu. Terumbu karang biasanya mempunyai kepelbagaian biologi yang tinggi, menjadi habitat pelbagai spesies ikan karang, krustasia, moluska dan invertebrat. Kawasan terumbu karang menjadi tempat aktiviti rekreasi seperti selam skuba dan selam permukaan kerana rupa bentuk dan warna terumbu karang yang berwarna-warni.

Kembali ke atas