Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[war.ta.wan] | ورتاون

Definisi : orang yg menulis berita atau rencana utk surat khabar atau majalah; ~ bebas wartawan yg bebas menulis utk sebarang akhbar (majalah); kewartawanan yg berkaitan dgn bidang tugas (kegiatan dll) wartawan, segala yg berkaitan dgn hal penerbitan dan penulisan surat khabar atau majalah: saya memilih jurusan ~; serentak dgn perkembangan pesat media elektronik, timbul pula tuntutan supaya wartawan generasi sekarang tidak semata-mata terlatih dlm bidang komunikasi biasa tetapi perlu juga dilatih dlm disiplin ~ penyiaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[war.ta.wan] | ورتاون

Definisi : orang yg kerjanya menulis rencana atau berita utk surat khabar dll: ~ bebas wartawan yg bebas menulis utk sebarang akhbar atau majalah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata wartawan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dia mengusir wartawan itu keluar atau dia mengusir keluar wartawan itu? Adakah 'mengusir' kata kerja transitif?
Menurut data kami, rangkai kata yang betul ialah dia mengusir wartawan itu keluar. Perkataan 'mengusir' merupakan kata kerja transitif.
Tatabahasa19.04.2019
"Saya wartawan dari Syarikat Rakaman TV10 dan ini jurukamera kami." Dalam penggunaan ayat di atas, kata sendi manakah yang paling tepat? "dari" atau "daripada"Jika Syarikat Rakaman TV10 dianggap sebagai tempat, kata sendi yang seduai ialah "dari"Tatabahasa29.03.2017
Ramai wartawan atau pengguna bahasa Melayu sudah terbiasa dengan penggunaan perkataan TERLANTAR yang acap digunakan untuk merujuk kepada orang yang sakit. Contoh ayat : 1. Datin Orkid Abdullah kini TERLANTAR sakit ketumbuhan. 2. Ibu Halimah TERLANTAR sakit di hospital. Jika dilihat dari konteks makna, maksud perkataan TERLANTAR ialah terbiar tanpa penjagaan dalam tempoh yang lama.

Antara maksud terlantar termasuklah dalam keadaan yang tidak dijaga atau dipelihara, tetapi saudara juga perlu merujuk makna terlantar yang pertama, iaitu terletak atau terbaring (di). Berdasrkan makna yang tersebut penggunaan kata terlantar adalah betul tetapi ayat itu perlu diperbetulkan menjadi "Datin Orkid Abdullah kini terlantar di rumahnya kerana sakit ketumbuhan".

Tatabahasa02.05.2011
Saya mengaturkan wartawan datang ke sini. Adakah ayat ni betul? Saya keliru dengan penggunaan perkataan "mengatur" dan "mengaturkan"."Saya mengaturkan wartawan datang ke sini" betul. Lain-lain19.10.2017
Tidak ada seorang wartawan pun yang tahu akan nama artis itu yang sebenar. munsyi, apakah kesalahan ayat ini? TQYat "Tidak ada seorang wartawan pun yang tahu akan nama artis itu yang sebenar." adalah betul.Tatabahasa16.02.2012
kebanyakan penulis atau wartawan menggunakan penggunaan kata hubung sepelas noktah contohnyadan,tetapi,lalu dan sebagainya.Adakah penggunaan kata hubung selepas noktah betul penggunaannya.

Mengikut hukum tatabahasa, penggunaan kata hubung selepas noktah adalah salah. Penulis atau wartawan selalu menggunakan kata hubung selepas noktah kerana ingin menjimatkan ruang dan melanggar hukum tatabahasa. Untuk itu, sebarang permasalahan tentang tatabahasa, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu dan tidak menjadikan akhbar sebagai rujukan utama dalam konteks tatabahasa.

Tatabahasa06.10.2008
minta tolong cemak sistem bahasa ini. 1 "Kita tidak dapat berbuat apa-apa kerana api marak terlalu cepat," kata ketua kampung kepada wartawan itu. 2. Kemerosotan akhlak di kalangan remaja berpunca daripada sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak mereka.1. " Kita tidak dapat berbuat apa-apa kerana api marak terlalu cepat," kata ketua kampung kepada wartawan itu. - ayat ini boleh digunakan dan tiada masalah kerana bahasa percakapan dalam dialog.

2. Ayat yang betul ialah Kemerosotan akhlak dalam kalangan remaja berpunca daripada sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak mereka.
Tatabahasa16.03.2018
apakah definisi wawancara,wawancara berita dan wawancara rencana?apakah format wawancara berita dan wawancara rencana? apakah perbezaan di antara wawancara berita dan wawancara rencana?Wawancara ialah temu bual antara wartawan dengan orang yang terkenal berkenaan sesuatu perkara. Wawancara berita atau rencana bermaksud baha yang disiarkan adalan dalam bentuk temu bual antara wartawan dengan seseorang tokoh. Beza antara wawancara berita dengan wawancara rencana ialah dalam berita disiarkan secara langsung atau tertunda melalui media elektronik, manakala dalam wawancara rencana disiarkan dalam media cetak. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku-buk bidang kewartawanan.Makna25.02.2007
Hai saya rani pelakar phd dari ukm.saya sedang mencari perkataan bahasa melayu yg sesuai untuk netizen.di malaysia banyak gelaran yg diberikan untuk netizen termasuk warga maya, komuniti maya,warga siber dan komuniti internet.soalan saya gelaran mana yang diiktiraf oleh pihak DBP. Soalan kedua saya ialah megenai gelaran untuk citizen journalism.adakah mereka harus digelar sebagai wartawan warga atau wartawan warganegara.sekian.terima kasih atas bantuan anda.Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "netizen" ialah netizen. Istilah "citizen journalism"  belum ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, berdasarkan perkataan yang diberikan, bentuk yang betul ialah wartawan warganegara.Istilah15.03.2013
Apakah perbezaan antara tersebut dan terbabit? Selalunya wartawan akan menggunakan perkataan terbabit, sedangkan saya rasa perkataan tersebut lagi halus/lembut.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud terbabit ialah:
terlibat, tersangkut (dlm sesuatu perkara), terseret: apabila Britain berperang dengan Jerman, negara-negara lain pun terbabit sama; Terbabit dalam persengketaan orang lain;

Tersebut:
1. telah disebut (diceritakan dll), pernah disebut: maka saya pun terimalah rial yg ~ itu dgn beribu-ribu terima kasih; 2. terkatakan, terperikan: maka segala perahu itu pun berlabuh di Tanjung Kerawang itu, maka tiadalah ~ lagi; 3. = kesebutan ark terkenal atau termasyhur (bkn orang dll); ~lah perkataan sl akan diriwayatkan (dikisahkan, diceritakan) halnya;

Makna19.05.2014
12345

Kembali ke atas