Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[war.ta.wan] | ورتاون

Definisi : orang yg menulis berita atau rencana utk surat khabar atau majalah; ~ bebas wartawan yg bebas menulis utk sebarang akhbar (majalah); kewartawanan yg berkaitan dgn bidang tugas (kegiatan dll) wartawan, segala yg berkaitan dgn hal penerbitan dan penulisan surat khabar atau majalah: saya memilih jurusan ~; serentak dgn perkembangan pesat media elektronik, timbul pula tuntutan supaya wartawan generasi sekarang tidak semata-mata terlatih dlm bidang komunikasi biasa tetapi perlu juga dilatih dlm disiplin ~ penyiaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[war.ta.wan] | ورتاون

Definisi : orang yg kerjanya menulis rencana atau berita utk surat khabar dll: ~ bebas wartawan yg bebas menulis utk sebarang akhbar atau majalah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata wartawan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chief reporterketua pemberitaKomunikasiTiadaOrang yang bertanggungjawab mengetuai dan menyelaras wartawan-wartawan yang berada di bawah penyeliaannya.
broadcast journalistwartawan siaranKomunikasiTiadaWartawan yang bertanggungjawab merancang, menulis dan melaporkan berita untuk siaran radio dan televisyen.
independent journalistwartawan bebasKomunikasiTiadaWartawan yang bebas menulis untuk sebarang akhbar.
special correspondentwartawan khasKomunikasiKorporatPetugas khas yang dihantar oleh organisasi media untuk membuat laporan di sesuatu tempat dalam keadaan yang dilihat penting oleh pihak organisasi tersebut. petugas ini juga merupakan kakitangan yang memegang sesuatu jawatan dalam organisasi media berkenaan. pemilihan petugas berdasarkan kepakaran dalam sesuatu bidang atau subjek dan mempunyai kemahiran pelaporan yang tertentu. jawatan ini tidak wujud dalam hierarki organisasi tetapi hanya merupakan satu fungsi khusus yang diwujudkan bagi memenuhi keadaan atau keperluan pemberitaan organisasi media. petugas biasanya daripada kalangan wartawan kanan dalam organisasi media. sebagai wartawan khas, petugas boleh melakukan semua tugas, seperti mengesan, mendapatkan, memproses, dan menghantar berita kepada media. wartawan khas berkuasa penuh dan bertanggungjawab dalam menentukan ketepatan dan ketulenan berita. sinonim pewarta khas.
news deskmeja beritaKomunikasiTiadaRuang yang disediakan untuk memudahkan pihak wartawan membuat liputan mengenai acara tertentu. Pelbagai kemudahan asas untuk wartawan juga disediakan di ruang ini. kaunter akhbar.
state correspondentwartawan negeriKomunikasiKorporatIndividu yang memegang jawatan yang wujud dalam hierarki sesuatu organisasi media. jawatan ini menghendaki individu yang dilantik bertugas di wilayah atau negeri bagi mewakili organisasi media berkenaan. beliau bertanggungjawab terhadap pengurusan organisasi di peringkat wilayah atau negeri, termasuklah kerja mengesan, mendapatkan, memproses, dan menghantar berita dari sesuatu wilayah atau negeri kepada organisasi media induk. wartawan negeri di kawasan tersebut berkuasa penuh dan bertanggungjawab dalam menentukan ketepatan dan ketulenan berita kerana beliau berada di kawasan sumber berita. sinonim pewarta negeri.
journalistwartawanKomunikasiTiadaTiada
journalistwartawanKomunikasiTiadaTiada
journalistwartawanPerpustakaanTiadaTiada
photojournalistwartawan fotoKomunikasi MassaTiadaIndividu yang mengumpul, menilai, menghasilkan dan menyampaikan berita serta maklumat dengan menggunakan gambaran secara visual untuk menyampaikan mesej secara efektif kepada khalayak.
12345

Kembali ke atas