Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[was.pa.da] | وسڤادا

Definisi : = berwaspada tidak cuai, berawas­awas, berhati-hati, berjaga-jaga, beringat­ingat: dia selalu ~ dan berhati-hati benar; kewaspadaan perihal atau keadaan waspada: ~ tentera kita diperhebat lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[was.pa.da] | وسڤادا

Definisi : tidak cuai atau tidak lalai; hati-hati. berwaspada berhati-hati; beringat-ingat: Kita harus ~ terhadap tipu dayanya yg licin itu. kewaspadaan sifat atau keadaan waspada. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
waspada (adjektif)
Bersinonim dengan awas, berjaga-jaga, berhati-hati, beringat-ingat, bersiap-siap, bersedia, bersiap sedia, wineka, waskita;,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Soalan: Mohon untuk semak adakah perkataan berikut merupakan singkatan: 1. AWAS = "Anda Waspada Anda Selamat" 2. TUMIS = "Tuang Minyak Sedikit" 3. SPENDER/SPENDA/SEPENDA = "Seluar Pendek Dalam" Info Tambahan: Baru-baru ini saya ada melihat beberapa video dari socmed (instagram ig:nadeemode & ig:addinsan) tentang perkataan gabungan .. dan dinyatakan AWAS & TUMIS ini juga merupakan singkatan. Terima kasihMengikut pangkalan data perkamusan DBP, kata awas, tumis dan spender/spenda/sependa bukanlah akronim atau singkatan. Namun, tidak dinafikan terdapat kata yang benar-benar dibentuk daripada gabungan kata seperti kugiran, pawagam, laser, MARA dan sebagainya. Kekreatifan masyarakat membolehkan semua kata diberikan padanan atau rangkaian kata yang membawa makna tertentu. Makna18.07.2023
Sila merujuk kepada lampiran. Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), hlmn. 158, salah satu makna perkataan “awas” ialah waspada dan berhati-hati semasa melakukan sesuatu.  Tiada tercatat dalam kamus ini akronim bagi perkataan “awas” seperti yang dinyatakan. Oleh yang demikian, perkataan “awas” bukan merupakan akronim bagi "anda waspada anda selamat".Tatabahasa27.01.2024
Ungkapan bahasa melayu yang sepadan dengan 'lower your guard/ let your guard down'.Untuk makluman tuan, tiada ungkapan khusus yang boleh digunakan dalam ungkapan tersebut. Berdasarkan carian kami, ungkapan tersebut bermaksud berhenti berhati-hati/waspada dalam sesuatu hal.Penyemakan dan penterjemahan21.09.2018
Jawapan yang manakah Betul untuk soalan yang berikutnya: - 1) Lalu lintas di situ kembali ________ setelah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu dialih ke tepi a) tegang b) pantas c) surut d) pulih 2) Dia tidak dapat melupakan peristiwa yang lucu itu (Perkataan seerti dengan peristiwa) a) suasana b) kejadian c) cerita d) kisah 3) Puan Aida bimbang akan keselamatan anaknya yang tinggal bersendirian di rumah. a) khuatir b) yakin c) tenang d) waspada 4) Adakah struktur ayat ini betul ? Harga sekilo ikan ini berapa ? Sekian, Terima Kasih Ivy

1) Lalu lintas di situ kembali pulih setelah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu dialih ke tepi 

2) Dia tidak dapat melupakan peristiwa yang lucu itu - Perkataan seerti dengan peristiwa ialah kejadian

3) Puan Aida bimbang akan keselamatan anaknya yang tinggal bersendirian di rumah. a) khuatir b) yakin c) tenang d) waspada - soalan tidak jelas.

4) Harga sekilo ikan ini berapa? - struktur ayat ini betul.

Tatabahasa19.10.2010

Kembali ke atas