Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.ta/] | واتق

Definisi : 1. sifat (seseorang) yg zahir dan batin (merangkumi budi pekerti dan tabiatnya, tingkah lakunya, jiwanya, pemikirannya, dsb): kesopanan dan ketenangan mereka menggambarkan ~ orang yg berpendidikan; 2. tokoh atau pelaku dlm karya sastera atau seni (spt novel, cerpen dan drama, dsb): penulis itu memberikan personaliti kpd tiaptiap ~nya; berwatak mempunyai watak, berbudi pekerti, berkeperibadian: dia sendiri memang sudah ~ seniman; berwatakkan mempunyai atau mengguna­kan sesuatu sbg watak: nama Parameswara tidak pernah disebut dlm Sejarah Melayu, tetapi yg disebut ialah Raja Iskandar Syah yg tentunya ~ Islam; memperwatakkan membentuk watak (sese­orang pelaku dlm cerita), menggambarkan (memaparkan dsb) watak: ketaralah bahawa kejadian-kejadian dlm drama “Tamu di Bukit Kenny” tertumpu kpd fikiran, kelakuan, dan tindakan Si Pegawai yg diperwatakkan sbg manusia yg agak baik; perwatakan 1. watak (seseorang) keseluruhan­nya, keseluruhan watak: ~ Panji Semirang pd keseluruhannya tidak lari drpd sifat asasinya sbg seorang perempuan; 2. pembentuk­an watak, penggambaran (pemaparan dsb) watak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.ta/] | واتق

Definisi : 1 sifat batin seseorang yg mempengaruhi tingkah lakunya atau fikirannya. 2 tokoh dlm sesuatu cerita atau novel. berwatak berbudi pekerti; mempunyai sifat keperibadian. berwatakkan mempunyai sesuatu watak: Lakonannya yg ~ pendakwah sungguh berkesan. perwatakan perihal watak seseorang atau watak dlm sesuatu cerita: ~ Hang Jebat telah banyak dibincangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
watak (kata nama)
1. Bersinonim dengan sifat: perangai, kelakuan, tingkah laku, budi pekerti, moral, akhlak, tabiat, khalikah, pembawaan, tanjak,

2. Bersinonim dengan tokoh: pelaku

Kata Terbitan : perwatakan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Watak-watak 'Merahnya Merah' hanya impian pengarangRadzuan Mohd. YusofBerita Harian22.01.1975
Watak-watak yang terdapat di dalam Hikayat Hang TuahAbu Hassan ShamBerita Minggu29.07.1973
Watak-watak dalam skrip tidak dapat dihayati para pelakonJahara AliasMingguan Wanita22.03.1985
Watak-watak dari buku sejarah Melayu Melaka dipentaskanTiadaUtusan Zaman06.01.1980
Watak-Watak Dua PuluhJDINMedia Permata20.10.1994
Watak-watak 'Titik-titik Perjuangan'Kamaruzaman AbdullahBerita Harian02.08.2001
Kelemahan watak-watak dalam drama MelayuMelayu BerwawasanUtusan Malaysia05.07.1995
Pemilihan watak-watakYahya SamahBacaria04.09.1984
Tonjol watak-watak utama yang boleh dikira bertentangan dengankebiasaan manusia warasSahlan Mohd. SamanUtusan Zaman18.03.1984
Pergolakan antara watak-watak lebih memberi kesan kepada pembacaTiadaUtusan Zaman20.10.1985
12345678910...

Kembali ke atas