Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.ti] | واتي

Definisi : ark 1. sl alam, angkasa, langit (dlm kata majmuk); 2. bentuk yg menyatakan perem­puan (spt yg digunakan dlm perkataan peragawati dan seniwati). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata wati


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
assalamualaikum..saya ingin bertanya adakah perkataan seniwati mempunyai imbuhan akhiran. adakah perkataan wati itu sendiri imbuhan akhiran atau bagaimana. terima kasih
Bentuk -wan, -man,-wati dan -nita merupakan akhiran yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 307 untuk maklumat lanjut. 
Tatabahasa05.12.2020
Zainul Ariffin assalamualaikum ada simpanan buku arena wati TuanSila hubungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP di talian 03-21479650/9651/9652.Lain-lain12.06.2014
Saya berminat menganalisa novel Cakra Waruga karya Pak Arena Wati untuk Extended Essay. Topik yang saya ingin bincangkan ialah berkenaan tentang kritikan dan masalah yang dihadapi oleh golongan intelek. Apa perkataan yang saya boleh gunakan untuk menggabungkan kedua-dua ini. Saya bercadang untuk menggunakan perkataan "polemik", adakah ia relevan?

Perkataan polemik lazimnya digunakan bagi tujuan yang melibatkan kegiatan pertukaran, perbantahan atau perdebatan antara dua pihak yang berbeza pandangan mengenai sesuatu isu/masalah.  Jika  saudara melakukan penghujahan dengan menggunakan teknik/kaedah sedemikian dalam esei saudara,  maka saudara bolehlah menggunakan perkataan tersebut bagi tujuan penghujahan subjek yang ingin saudara ajukan.

 Adakah soalan saudara itu juga bertujuan untuk mendapatkan judul esei yang sesuai?  Jika demikian saya mencadangkan judul esei saudara ialah " Analisis kritis permasalahan golongan cendekia dalam Cakra Waruga"atau "Polemik permasalahan golongan cendekiawan dalam Cakra Waruga" dengan memasukkan hujahan sokongan dan sanggahan. 

Salam takzim.

Lain-lain03.08.2010
Mengapakah lekafon dieja dekat? Adakah leka- dianggap awalan sama seperti pra-, pasca- dan swa- atau -fon dianggap sebagai akhiran seperti - wan, -wati.Perkataan leka bukan tergolong dalam kumpulan imbuhan awalan atau dan akhiran.  Perkataan lekafon diambil daripada istilah sumber bahasa Inggeris, iaitu “phubbing”. Kata asal istilah “phubbing” adalah daripada gabungan perkataan “phone” dan “snubbing” (Phone + snubbing). “Phone” bermaksud telefon manakala “snubbing” bermaksud tidak mempedulikan, mengendahkan atau leka. Gabungan perkataan dalam bahasa Melayu membentuk perkataan leka telefon atau akronimnya lekafon.Istilah28.06.2018
Maksud perkataan 'puspawati'. Terima kasih.

Puspa: sl bunga; ~ hati ki kekasih, buah hati; taman ~ (sari) taman bunga, jambangan.

Wati: bentuk yg menyatakan perempuan

Makna14.04.2009
senarai nama sasterawan negara keseluruhanSenarai nama Sasterawan Negara ialah: 1. 1981 - Keris Mas (Kamaludin Muhamad) 2. 1982 - Dato' Shahnon Ahmad 3. 1983 - Dato' (Dr.) Usman Awang 4. 1985 - Datuk (Dr.) A. Samad Said 5. 1987 - Arena Wati (Muhamad Abdul Biang) 6. 1991 - Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh 7. 1993 - Dato' Noordin Hassan 8. 1996 - Dato' Abdullah Hussain 9. 2003 - S. Othman Kelantan (Syed Othman Syed Omar)Lain-lain11.11.2007
Tuan, ada seorang mengatakan bahawa wujudnya bentuk "angkasawati" dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, sedangkan bentuk ini tidak wujud dalam Kamus Dewan, serta Kamus Pelajar. Jadi, saya hendak bertanya, adakah kata "angkasawati" wujud? Adakah "angkawasan" bermaksud lelaki yang terbang ke angkasa, dan "angkasawati" bermaksud wanita yang terbang ke angkasa? Adakah wujudnya perbezaan jantina dalam kata "angkasawan" dan "angkasawati" kerana adanya akhiran-wan dan akhiran-wati?Kamus Inggeris Melayu Dewan menterjemahkan perkataan space woman kepada angkasawati. Perkataan angkasawati juga ditemukan dalam data korpus. Walau bagaiamanapun, tuan juga boleh menggunakan perkataan angkasawan wanita bagi merujuk space woman kerana perkataan ini lebih banyak ditemukan dalam penulisan umum.Tatabahasa14.03.2015
Salam sejahtera. Saya ingin menghantar karya saya ke syarikat penerbitan tetapi saya tidak tahu apakah saya perlu daftarkan dulu hakcipta karya saya atau bagaimana. TQ

Untuk makluman, tidak ada sistem pendaftaran hak cipta di Malaysia. Pemberian hak cipta adalah secara automatik tertakluk pada beberapa syarat. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang hal ini, sila rujuk hlm. 33 buku Hak Cipta dan Hak Berkaitan karya Rohazar Wati Zuallcobley terbitan DBP 2010.

Oleh itu jika anda telah memenuhi syarat tersebut, anda bolehlah menghantar karya itu kepada mana-mana penerbit yang dipilih.

Lain-lain15.10.2010
MAKSUD SASTERAWAN NEGARA DAN CIRI-CIRI SEORANG SASTERAWAN NEGARASasterawan Negara ialah sasterawan yang telah menerima Anugerah Sastera Negara daripada Kerajaan Malaysia. Anugerah ini merupakan penghormatan tertinggi kerajaan terhadap sasterawan yang telah menberikan sumbangan yang besar terhadap perkembangan kesusasteraan kebangsaan. Sehingga kini seramai sembilan orang sasterawan yang telah menerima anugerah tersebut, iaitu Keris Mas, Shahnon Ahmad, Usman Awang, A. Samad Said, Arena Wati, Muhammad Haji Salleh, Noordin Hassan, Abdullah Hussain dan S. Othman Kelantan.Lain-lain26.11.2007
Saya ingin bertanya makna personfikasi, bombastic ,ironi dan sebagainya berkitan dengan linguistikPersonifikasi ialah pemberian (penyerapan) sifat-sifat manusia kepada benda tak bernyawa atau sesuatu yang abstrak dan lain-lain untuk mendapatkan kesan sastera atau seni, 2. pelambangan atau pengemukaan benda tidak bernyawa atau sesuatu yang abstrak sebagai mempunyai sifat-sifat manusia; mempersonifikasikan melambangkan atau mengumpamakan sesuatu benda yang tidak bernyawa (atau abstrak) sebagai manusia atau mempunyai sifat-sifat manusia: dia ~ Kuala Lumpur dengan kata-kata yang terpilih.


Bombastik ialah banyak menggunakan kata yang indah-indah dan luar biasa kelihatannya tanpa membawa pengertian yang bernas atau jelas: Arena Wati menggunakan bahasa yang sederhana dan mudah difahami, pemilihan kata-katanya dibuat begitu teliti dan tidak ~.


Ironi ialah keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya: ~nya jika Dasar Belia Nasional ini mahu diterima, maka dengan sendirinya kita mempersempit ruang lingkup pelaksanaan dasar itu sendiri.
Makna15.07.2013
12

Kembali ke atas