Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.ti] | واتي

Definisi : ark 1. sl alam, angkasa, langit (dlm kata majmuk); 2. bentuk yg menyatakan perem­puan (spt yg digunakan dlm perkataan peragawati dan seniwati). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata wati


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARENA WATI

Arena Wati (1925– ), Sasterawan Negara

Malaysia yang kelima (1987). Selain Arena Wati,

nama penanya yang lain ialah Duta Muda, Partia dan

Haji. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Abdul

Biang atau Andi Muhammad Dahlan bin Andi

Buyung.

UMUM 
BARA BATUBARA BATU, kumpulan cerpen Arena Wati yang memuatkan 30 buah cerpennya yang pernah tersiar dalam beberapa akhbar dan majalah tempatan sejak tahun 1969 hingga tahun 1979.  SASTERAKonsep
KEJATUHAN MELAKA

KEJATUHAN MELAKA, peristiwa kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511. Terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang membawa kepada berlakunya peristiwa ini. Faktor dalaman dirangsang oleh sebab peribadi yang timbul akibat pergeseran berterusan antara dua golongan pembesar Melaka yang terdiri daripada pembesar Melayu dan pembesar Melayu Tamil-Islam. Kemunculan pembesar Melayu yang mewarisi  darah Tamil-Islam bermula apabila Mani Purindan diambil sebagai menantu oleh Seri Nara Diraja pada masa pemerintahan Sultan Muhammad Syah. Mani Purindan memperoleh dua orang anak iaitu Tun Ali dan Tun Wati. Tun Ali kemudiannya mewarisi gelaran Seri Nara Diraja, manakala Tun Wati diperisterikan oleh Sultan Muhammad Syah. Perkahwinan antara Sultan Muhammad Syah dengan Tun Wati melahirkan Raja Kassim yang kemudian menjadi Sultan Melaka bergelar Sultan Muzaffar Syah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
SULTAN ABU SHAHID

SULTAN ABU SHAHID ( ? - 1446), Sultan Melaka yang keempat (1444 – 1446).  Nama sebenar baginda ialah Raja Ibrahim.  Mengikut sumber Portugis dan China, nama baginda disebut juga sebagai Parameswara Dewa Syah.  Baginda adalah putera Sultan Muhammad Syah dan bondanya puteri Raja Rokan, Sumatera.  Ayahanda baginda juga mempunyai seorang lagi isteri bernama Tun Wati binti Mani Purindan, adik kepada Tun Ali yang kemudiannya memegang gelaran Seri Nara Diraja.  Perkahwinan ayahanda baginda dengan Tun Wati melahirkan Raja Kassim (Sultan Muzaffar Syah).  Ini bererti Raja Ibrahim dan Raja Kassim bersaudara tiri.  Walaupun dikatakan berpangkat adik dengan Raja Kassim, tetapi akibat pengaruh bondanya yang pada ketika itu menjadi Raja Perempuan Melaka dan baginda anak gahara, maka Raja Ibrahim ditabalkan sebagai Sultan Melaka setelah kemangkatan Sultan Muhammad Syah.  Baginda memakai gelaran Sultan Abu Shahid.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SANDERASANDERA, novel karya Sasterawan Negara Arena Wati.  Novel ini telah memenangi hadiah ketiga Sayembara Mengarang Novel sempena 10 tahun menyambut kemerdekaan Malaysia.  Pada tahun 1971, novel ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.  Mulai tahun 1977 hingga tahun 1989, novel ini digunakan sebagai teks Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).SASTERAKarya
LINGKARAN

LINGKARAN, novel karya Arena Wati. Novel ini diterbitkan pada tahun 1965 oleh Pustaka Antara, Kuala Lumpur. Naskhah asalnya berjudul “Tumbangnya Pokok Tak Berlangit” yang ditulis pada tahun 1962 untuk peraduan mengarang novel anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dan telah mendapat hadiah penghormatan. Novel yang dicetak setebal 264 halaman ini mengandungi  18 bab.

SASTERAPenerbitan

Kembali ke atas