Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.wa.san] | واوسن

Definisi : 1. fahaman atau tanggapan bkn sesuatu hal, pandangan, konsepsi: pola penceritaannya lebih kelihatan spt main-main, iaitu tidak didukung oleh kematangan ~; 2. pandangan jauh (terutamanya yg berkaitan dgn perkembangan masa depan) bagi mencapai matlamat penting sesebuah organisasi atau negara, visi: W~ 2020; kita mestilah proaktif dan ada ~ jika ingin berjaya dgn cemerlang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.wa.san] | واوسن

Definisi : pandangan, terutamanya yg berkaitan dgn kemajuan atau perkembangan masa depan (bagi mencapai matlamat penting sesebuah negara, organisasi dsb): Mereka mempunyai ~ utk berjaya dlm hidup. berwawasan mempunyai wawasan: Beliau disanjung dan merupakan pemimpin yg ~ tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
waswas
Kata Terbitan : wawasan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat berikut betul; 1. Taman Wawasan sedang mengadakan Hari Keluarga di Padang Sri Wawasan. 2. Hari Keluarga telah diadakan oleh Taman Wawasan di Padang Sri Wawasan. Dalam ayat itu , perlukah perkataan padang - " P " huruf besar???? 3. SJK ( C ) Tai Thung telah mengadakan Hari Sukan.

Saudara Peter,

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

Ayat yang dikemukakan betul. Perkataan 'padang' dieja dengan huruf besar kerana Frasa 'Padang Sri Wawasan' ialah nama khas.

Tatabahasa21.07.2009
APAKAH DEFINISI SEKOLAH WAWASAN DALAM KONTEK HUBUNGAN ETNIK DARI SEGI BAHASA DAN ISTILAH.Wawasan bermaksud pandangan jauh (terutamanya yg berkaitan dgn perkembangan masa depan) bagi mencapai matlamat penting sesebuah organisasi atau negara. Diharap tuan/puan merujuk Kementerian Pendidikan Malaysia untuk bertanyakan Sekolah Wawasan kerana kementerian tersebut mempunyai kertas/panduan tentang sekolah tersebut.Lain-lain24.01.2007
Ayat manakah yang betul? (1) Kesimpulannya,kita haruslah.......agar Wawasan 2020 yang sering dilaung-laungkan tidak ditinggalkan semata-mata laungan kosong. (2).....agar Wawasan 2020yang sering dilaung-laungkan tidak ditinggalkan laungan kosong semata-mata .kedua-dua ayat tersebutadalah kurang tepat, ayat tersebut sepatutnya berbunyi - ... agar Wawasan 2020 yang sering dilaung-laungkan tidak tinggal laungan kosong semata-mata .Tatabahasa11.09.2008
Saya ingin mendapatkan nama yang sesuai untuk menggantikan nama Bilik Jamuan VIP, Bilik Makan Guru, Bilik Gerakan dan Bilik Wawasan. Bilik Gerakan dan Bilik Wawasan di sekolah saya digunakan untuk mengadakan mesyuarat. Jika ada nama yang seerti atau klasik saya berharap mendapat respons daripada DBP.Terima kasih.Cadangan kami bagi bilik jamuan atau bilik makan guru, boleh digunakan bilik rehat sahaja atau sudut selera. Bagi bilik gerakan dan bilik wawasan boleh digunakan bilik kegiatan, bilik sumbang saran, bilik perbincangan, atau bilik gagasan. Bilik gerakan dan bilik wawasan juga boleh dinamakan sempena nama tokoh terkenal dalam organisasi saudara.Lain-lain08.01.2009
APAKAH DEFINISI SEKOLAH WAWASAN DARI SEGI BAHASA DAN ISTILAH?Sekolah wawasan dari segi bahasa dan istilah menunjukkan konsep yang berpandangan jauh untuk mencapai objektif tertentu.Makna24.01.2007
maksud perkataan 'beriltizam', 'menggapai', 'wawasan'Beriltizam bermaksud keterlibatan secara bersungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu atau komitmen. Menggapai bermaksud menghulurkan tangan hendak mencapai atau memegang sesuatu manakala wawasan bermaksud fahaman atau tanggapan berkenaan sesuatu hal atau pandangan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut.Makna22.10.2009
Kaitkan peranan Bahasa Melayu dengan jatidiri dan wawasan negara.Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan Persekutuan, Setiap rakyat harus mematuhi peruntukan ini. Kita perlu memelihara dan mendaulatkan bahasa kebangsaan kita dan mempunyai rasa bangga dan megah diri terhadap bahasa kita. Untuk mencapai wawasan negara bM berperanan sebagai bahasa perpaduan, bahasa ilmu dan bahasa perhubungan.Lain-lain15.11.2007
Saya ingin mengesahkan penggunaan perkataan apa yang sesuai dalam konteks ayat ini sama ada 'di' atau ' dalam': KEPERCAYAAN DAN AMALAN PENGAJARAN GURU 'DI'/'DALAM' PROGRAM SEKOLAH WAWASAN TERHADAP PENYEPADUAN NILAI TEKNOLOGI sebelum ini saya menggunakan perkataan di bagi menunjukkan program sekolah wawasan tu sebagai tempat...sekiranya saya menggunkan 'di' adakah betul dri segi tatabahasa? Terima kasih

Penggunaan kata dalam menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam

 kehidupan. Manakala penggunaan kata sendi nama di - digunakan khusus di

 hadapan kata nama atau frasa nama  yang menunjukkan tempat. Maka ayat yang betul ialah

KEPERCAYAAN DAN AMALAN PENGAJARAN GURU DALAM PROGRAM SEKOLAH WAWASAN TERHADAP PENYEPADUAN NILAI TEKNOLOGI

 

Tatabahasa13.03.2020
Antara gagasan dan wawasan yang mana lebih utama@lebih hebatWawasam membawa maksud: 1. fahaman atau tanggapan berkenaan sesuatu hal, pandangan, konsepsi 2. pandangan jauh (terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan masa depan) bagi mencapai matlamat penting sesebuah organisasi atau negara, visi. Manakala, gagasan membawa maksud buah fikiran yg dijadikan saranan, idea. Jika melihat dari segi makna, wawasan ialah pandangan yang jauh.Makna19.03.2015
selamat sejahtera tuan.apakah perbezaan antara visi dan misi??Visi bermaksud wawasan, manakala misi bermaksud tugas khusus yang dipertanggungjawabkan kepada atau yang akan dilakukan oleh seseorang atau sesuatu kumpulan.Makna11.07.2012
12345

Kembali ke atas