Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.wa.san] | واوسن

Definisi : 1. fahaman atau tanggapan bkn sesuatu hal, pandangan, konsepsi: pola penceritaannya lebih kelihatan spt main-main, iaitu tidak didukung oleh kematangan ~; 2. pandangan jauh (terutamanya yg berkaitan dgn perkembangan masa depan) bagi mencapai matlamat penting sesebuah organisasi atau negara, visi: W~ 2020; kita mestilah proaktif dan ada ~ jika ingin berjaya dgn cemerlang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.wa.san] | واوسن

Definisi : pandangan, terutamanya yg berkaitan dgn kemajuan atau perkembangan masa depan (bagi mencapai matlamat penting sesebuah negara, organisasi dsb): Mereka mempunyai ~ utk berjaya dlm hidup. berwawasan mempunyai wawasan: Beliau disanjung dan merupakan pemimpin yg ~ tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
waswas
Kata Terbitan : wawasan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
visionwawasanPentadbiranPentadbiran Awam

Hala tuju sesebuah kerajaan atau organisasi dalam jangka masa panjang berdasarkan perspektif yang lebih luas. Wawasan mengandungi prinsip, orientasi, objektif dan strategi pelaksanaan untuk memudahkan pencapaian sesuatu sasaran yang ditetapkan. Pada asasnya, wawasan digambarkan dalam bentuk jangka masa lebih daripada sepuluh tahun. Contohnya, Wawasan 2020 dirangka dalam jangka masa 20 tahun untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Sinonim visi

strategic visionwawasan strategikPengurusanPerancanganPenyataan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan atasan bagi menggambarkan kedudukan dan hala tuju organisasi untuk tempoh jangka panjang. Tujuan wawasan strategik ditetapkan adalah untuk membina komitmen berterusan dalam kalangan pekerja bagi melaksanakan strategi yang tepat untuk mencapai matlamat organisasi. Penyataan wawasan strategik yang berkesan lazimnya boleh digambarkan secara jelas, boleh dicapai serta mudah diingati.
ideographideografKesusasteraanPuisiGambaran gagasan atau wawasan yang diungkapkan oleh seseorang penyair dalam puisinya. Lazimnya ideogram yang disisipkan dalam puisi adalah gagasan atau wawasan yang menjadi pegangannya. Contohnya, Usman Awang menyisipkan gagasan atau konsep Seni untuk Masyarakat (SUM) dalam puisi yang dihasilkannya pada tahun 1950-an, kerana beliau memang berpegang teguh kepada gagasan itu. Begitu juga dengan penyair yang menyisipkan ideogram Realisme Sosialis dalam puisi mereka sewaktu Lembaga Kebudayaan Rakyat (LEKRA) menguasai perkembangan Kesusasteraan Maden Indonesia (1950-an - 1960-an).
insight therapyterapi wawasanPsikologiPsikologi UmumTerapi yang melibatkan perhubungan secara lisan yang kompleks antara klien dengan ahli terapi. Terapi ini dapat meningkatkan pemahaman diri secara mendalam tentang masalah klien dan cuba mencari penyelesaiannya. Antara terapi wawasan yang paling popular ialah psikoanalisis, terapi pemusatan klien dan terapi kognitif. Dalam pendekatan psikoanalisis, terapi dilakukan dengan menumpukan perhatian kepada konflik tak sedar dan motif yang menggunakan teknik seperti perkaitan bebas dan transferens. Terapi pemusatan klien dilakukan dengan memberi sokongan emosi kepada klien sehingga dapat bertindak menentukan kecepatan dan matlamat terapi. Terapi kognitif pula menekankan kepada usaha mengenal pasti dan mengubah pemikiran atau kepercayaan negatif yang dihadapi oleh klien.
insightwawasanKejuruteraanTiadaTiada
insightwawasanPendidikanTiadaTiada
insightwawasanSosiologiTiadaTiada
insightwawasanPerubatanTiada2. Kesedaran pesakit tentang penyakit dan dirinya sendiri.
insightwawasanPsikologiTiadaTiada
insightwawasanKesusasteraanTiadaTiada
12345

Kembali ke atas