Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.yang] | وايڠ

Definisi : 1. patung dll yg dibuat drpd kulit dll utk mempertunjukkan sesuatu cerita: kita adalah ~ di tangan dalang; 2. pertunjukan pentas (sandiwara, bangsawan, dll); anak ~ orang yg berlakon dlm pertunjukan pentas (sbg profesion); 3. = ~ gambar = ~ gelap pertunjukan gambar hidup yg berupa cerita dsb (yg ditayangkan pd layar putih): budakbudak di situ dapat menonton ~ gambar di sebuah panggung tempatan; panggung ~ tempat wayang gambar diper­tunjukkan (ditayangkan); ~ bangsawan sj pertunjukan pentas (sandiwara dan nyanyi­nyanyian); ~ Cina = ~ potehi sj permainan pentas orang Cina; ~ golek = ~ kelitik = ~ kerucil = ~ patung = ~ tongkol wayang yg dibuat drpd kayu (berupa anak-anakan dll); ~ kulit = ~ purwa wayang drpd patung-patung yg diperbuat drpd kulit; ~ orang sj sandiwara Jawa dgn tarian yg diiringi oleh gamelan (melakonkan cerita-cerita yg berasal drpd kitab Mahabharata); ~ suluh Id wayang kulit yg dimainkan dlm bahasa Indonesia; mewayangkan memainkan wayang, menjadi­kan lakonan wayang, melakonkan, mendalang­kan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.yang] | وايڠ

Definisi : 1 gambar atau patung yg dibuat drpd kulit, kayu dll utk mempertunjukkan sesuatu cerita. 2 = ~ gambar (gelap) pertunjukan gambar hidup: Saya suka menonton ~ cerita perang. panggung ~ panggung tempat wayang gambar dipertunjukkan. 3 pertunjukan pentas, spt bangsawan, sandiwara: anak ~ orang yg berlakon dlm sesuatu pertunjukan pentas. ~ golek (patung) wayang yg dibuat drpd kayu (berupa anak-anakan dll). ~ kulit (purwa) wayang drpd patung-patung yg dibuat drpd kulit. ~ orang sandiwara Jawa yg melakonkan cerita-cerita yg berasal dr kitab Mahabharata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wayang (kata nama)
1. Bersinonim dengan pertunjukan: persembahan, filem, tayangan, pementasan, permainan, setambul, tonil, rakat, hidangan,

2. Bersinonim dengan patung: kudu, arca, boneka, anak-anakan, ungti, orang-orangan, gambar golek,

Kata Terbitan : mewayangkan,

Puisi
 

Main wayang dua tiga panggung,
     Cubalah tilik hikayat Jawa;
Badan mana saya nak tanggung,
     Gajah seekor dua gembala.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kepala rebah mata melayang,
     bantal bangkit main wayang.

Bermaksud :

Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mata kejam, bantal membuat ragam, b. Mata tidur, bantal berjaga).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
flick2n (colloq); the ~s, cinema, panggung (wayang), wayang (gambar): he’s gone to the ~s, dia pergi tengok wayang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
movien (mainly US) wayang (gambar); (attrib) wayang: I’m going to a ~, saya mahu pergi tengok wayang; ~ ticket, tiket wayang; ~ house, panggung wayang; ~ star, bintang filem; be made into a ~, difilemkan,Kamus Inggeris-Melayu Dewan
filmn 1. a. movie, filem; (colloq) wayang; (dated) wayang gambar, gambar hidup; b. documentary, filem (rencana, dokumentari); 2. light-sensitive material, filem: a roll of ~, segulung filem; 3. art, business of film-making, perfileman: the ~ industry, industri perfileman; the age of ~, zaman perfileman; ~ world, dunia perfileman; (work) in ~s, (bekerja) dlm /dunia, industri/ perfileman; 4. thin layer, saput, lapisan; (of tears) genangan: a ~ of oil on the water, lapisan minyak di permukaan air; the first thing she noticed was the ~ of dust on the furniture, yg mula-mula dilihatnya ialah saput habuk pd perabot;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cineman 1. (theatr) panggung wayang (gambar), pawagam; ~ - goer, kaki wayang; 2. cinematography, seni /perfileman, wayang/: his main interest is the ~, minatnya yg utama ialah dlm seni perfileman.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
-goercomb. form orang yg sering /ke-, approp v/: a regular church~, orang yg sering ke gereja; cinema~s, orang yg sering menonton wayang or ke panggung wayang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shadow playn wayang kulit.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cinematographyn seni /perfileman, wayang/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
talkien (US), (colloq) wayang gambar, filem bersuaraKamus Inggeris-Melayu Dewan
film buffn peminat filem; (colloq) kaki wayang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
theatre7. (US & Austral) cinema, panggung wayang, pawagam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas