Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.yang] | وايڠ

Definisi : 1. patung dll yg dibuat drpd kulit dll utk mempertunjukkan sesuatu cerita: kita adalah ~ di tangan dalang; 2. pertunjukan pentas (sandiwara, bangsawan, dll); anak ~ orang yg berlakon dlm pertunjukan pentas (sbg profesion); 3. = ~ gambar = ~ gelap pertunjukan gambar hidup yg berupa cerita dsb (yg ditayangkan pd layar putih): budakbudak di situ dapat menonton ~ gambar di sebuah panggung tempatan; panggung ~ tempat wayang gambar diper­tunjukkan (ditayangkan); ~ bangsawan sj pertunjukan pentas (sandiwara dan nyanyi­nyanyian); ~ Cina = ~ potehi sj permainan pentas orang Cina; ~ golek = ~ kelitik = ~ kerucil = ~ patung = ~ tongkol wayang yg dibuat drpd kayu (berupa anak-anakan dll); ~ kulit = ~ purwa wayang drpd patung-patung yg diperbuat drpd kulit; ~ orang sj sandiwara Jawa dgn tarian yg diiringi oleh gamelan (melakonkan cerita-cerita yg berasal drpd kitab Mahabharata); ~ suluh Id wayang kulit yg dimainkan dlm bahasa Indonesia; mewayangkan memainkan wayang, menjadi­kan lakonan wayang, melakonkan, mendalang­kan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.yang] | وايڠ

Definisi : 1 gambar atau patung yg dibuat drpd kulit, kayu dll utk mempertunjukkan sesuatu cerita. 2 = ~ gambar (gelap) pertunjukan gambar hidup: Saya suka menonton ~ cerita perang. panggung ~ panggung tempat wayang gambar dipertunjukkan. 3 pertunjukan pentas, spt bangsawan, sandiwara: anak ~ orang yg berlakon dlm sesuatu pertunjukan pentas. ~ golek (patung) wayang yg dibuat drpd kayu (berupa anak-anakan dll). ~ kulit (purwa) wayang drpd patung-patung yg dibuat drpd kulit. ~ orang sandiwara Jawa yg melakonkan cerita-cerita yg berasal dr kitab Mahabharata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wayang (kata nama)
1. Bersinonim dengan pertunjukan: persembahan, filem, tayangan, pementasan, permainan, setambul, tonil, rakat, hidangan,

2. Bersinonim dengan patung: kudu, arca, boneka, anak-anakan, ungti, orang-orangan, gambar golek,

Kata Terbitan : mewayangkan,

Puisi
 

Main wayang dua tiga panggung,
     Cubalah tilik hikayat Jawa;
Badan mana saya nak tanggung,
     Gajah seekor dua gembala.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kepala rebah mata melayang,
     bantal bangkit main wayang.

Bermaksud :

Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mata kejam, bantal membuat ragam, b. Mata tidur, bantal berjaga).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
WAYANG WONGKesenian di IndonesiaKESENIANDrama/Filem/Teater/Persembahan
WAYANG TOKOLKesenian di IndonesiaKESENIANDrama/Filem/Teater/Persembahan
WAYANG PURWA KHONKesenian di ThailandKESENIANDrama/Filem/Teater/Persembahan
WAYANG BALIKesenian di IndonesiaKESENIANDrama/Filem/Teater/Persembahan
WAYANG GOLEKKesenian di IndonesiaKESENIANDrama/Filem/Teater/Persembahan
CERITA WAYANG

CERITA WAYANG, cerita yang dipersembahkan dalam pertunjukan wayang kulit yang dikenal juga sebagai lakon wayang. Cerita wayang bersumberkan cerita pahlawan yang terkenal di India, Ramayana dan Mahabharata.

           

SASTERAKonsep
WAYANG KULIT

WAYANG KULIT, seni lakon yang menggunakan watak-watak patung yang digerak-gerakkan.  Asal usul wayang kulit tidak diketahui dengan jelas.  Mengikut Oto Spies, Sabri East Siya Siyavusyil dan William Ridgewary, wayang kulit berasal dari India.  Berhold Lauter mencatatkan bahawa negara China merupakan tempat asal wayang kulit.  Hazeu pula menjelaskan bahawa wayang kulit berasal dari Jawa kerana terdapat perkataan Jawa kuno dalam wayang kulit Purwa.  Ada juga pendapat yang menjelaskan bahawa wayang kulit berasal dari India kerana wayang kulit di Asia Tenggara menceritakan tentang epik Hindu, iaitu Mahabrata dan Ramayana.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
KEKAWIN

KEKAWIN, cerita berirama. Kekawin juga dikenal sebagai kakawin (Jawa-kuno) atau kakawen dan kakawian (Sunda). Kekawin selain disenandungkan, biasa pula ditembangkan oleh dalang sewaktu memainkan wayang golek dan wayang kulit atau jenis wayang lainnya di panggung. Jadi cerita ini bertembang yang juga disebut tembang gede (nyanyian, senandung besar). Tembang gede itu dalam kitab-kitab kuno masih menurut syarat-syarat Hindu, dengan jalan irama yang tetap dan tidak boleh berubah sedikit pun.

SASTERADrama/Filem/Teater/Persembahan
TOK PERAK

TOK PERAK, drama karya Syed Alwi. Tok Perak diterbitkan pada tahun 1974 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Drama ini telah memenangi Hadiah Sastera Malaysia tahun 1974 bagi kategori drama. Drama ini mula dipentaskan pada tahun 1975. Tok Perak menggabungkan pelbagai elemen seni iaitu tarian, wayang kulit, wayang gambar dan slaid.

 

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
GEDOMBAK

GEDOMBAK, gendang kecil satu muka dan berbentuk labu air. Gedombak digunakan dalam persembahan wayang kulit Siam, mak yong dan menora di Kedah, Kelantan dan selatan Thailand.

BUDAYAAlat/Alatan
12

Kembali ke atas