Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.yang] | وايڠ

Definisi : 1. patung dll yg dibuat drpd kulit dll utk mempertunjukkan sesuatu cerita: kita adalah ~ di tangan dalang; 2. pertunjukan pentas (sandiwara, bangsawan, dll); anak ~ orang yg berlakon dlm pertunjukan pentas (sbg profesion); 3. = ~ gambar = ~ gelap pertunjukan gambar hidup yg berupa cerita dsb (yg ditayangkan pd layar putih): budakbudak di situ dapat menonton ~ gambar di sebuah panggung tempatan; panggung ~ tempat wayang gambar diper­tunjukkan (ditayangkan); ~ bangsawan sj pertunjukan pentas (sandiwara dan nyanyi­nyanyian); ~ Cina = ~ potehi sj permainan pentas orang Cina; ~ golek = ~ kelitik = ~ kerucil = ~ patung = ~ tongkol wayang yg dibuat drpd kayu (berupa anak-anakan dll); ~ kulit = ~ purwa wayang drpd patung-patung yg diperbuat drpd kulit; ~ orang sj sandiwara Jawa dgn tarian yg diiringi oleh gamelan (melakonkan cerita-cerita yg berasal drpd kitab Mahabharata); ~ suluh Id wayang kulit yg dimainkan dlm bahasa Indonesia; mewayangkan memainkan wayang, menjadi­kan lakonan wayang, melakonkan, mendalang­kan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.yang] | وايڠ

Definisi : 1 gambar atau patung yg dibuat drpd kulit, kayu dll utk mempertunjukkan sesuatu cerita. 2 = ~ gambar (gelap) pertunjukan gambar hidup: Saya suka menonton ~ cerita perang. panggung ~ panggung tempat wayang gambar dipertunjukkan. 3 pertunjukan pentas, spt bangsawan, sandiwara: anak ~ orang yg berlakon dlm sesuatu pertunjukan pentas. ~ golek (patung) wayang yg dibuat drpd kayu (berupa anak-anakan dll). ~ kulit (purwa) wayang drpd patung-patung yg dibuat drpd kulit. ~ orang sandiwara Jawa yg melakonkan cerita-cerita yg berasal dr kitab Mahabharata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wayang (kata nama)
1. Bersinonim dengan pertunjukan: persembahan, filem, tayangan, pementasan, permainan, setambul, tonil, rakat, hidangan,

2. Bersinonim dengan patung: kudu, arca, boneka, anak-anakan, ungti, orang-orangan, gambar golek,

Kata Terbitan : mewayangkan,

Puisi
 

Main wayang dua tiga panggung,
     Cubalah tilik hikayat Jawa;
Badan mana saya nak tanggung,
     Gajah seekor dua gembala.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kepala rebah mata melayang,
     bantal bangkit main wayang.

Bermaksud :

Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mata kejam, bantal membuat ragam, b. Mata tidur, bantal berjaga).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Lebih wayang dari wayangAlias IsmailPentas Dunia08.08.1993
Wayang KulitDihsarludbaHarian Ekspress22.06.2008
Wayang pacak luahkan kreativiti beliaAfdah Mujab dan Mohd Azraie Md YusofSinar Harian17.04.2008
Wayang wakili Malaysia ke KLIFF 2008Serimah Mohd SallehuddinBerita Harian21.11.2008
Wayang wakil tunggal negaraNor Fadzilah BaharudinUtusan Malaysia25.11.2008
Wayang ingin ke Pantai TimurAbd. Aziz ItarUtusan Malaysia04.11.2008
Wayang antara Sita dan RamaKu Seman Ku HussinMingguan Malaysia23.11.2008
Wayang wakili negara: menggantung harapan di KLIFF 2008Tengku Suzana Raja MahatKosmo26.11.2008
Wayang wakil negaraElrafaei SapiHarian Metro21.11.2008
Wayang cari pengaruh antarabangsaZul Husni Abdul HamidBerita Harian05.11.2008
12345678910...

Kembali ke atas