Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.yang] | وايڠ

Definisi : 1. patung dll yg dibuat drpd kulit dll utk mempertunjukkan sesuatu cerita: kita adalah ~ di tangan dalang; 2. pertunjukan pentas (sandiwara, bangsawan, dll); anak ~ orang yg berlakon dlm pertunjukan pentas (sbg profesion); 3. = ~ gambar = ~ gelap pertunjukan gambar hidup yg berupa cerita dsb (yg ditayangkan pd layar putih): budakbudak di situ dapat menonton ~ gambar di sebuah panggung tempatan; panggung ~ tempat wayang gambar diper­tunjukkan (ditayangkan); ~ bangsawan sj pertunjukan pentas (sandiwara dan nyanyi­nyanyian); ~ Cina = ~ potehi sj permainan pentas orang Cina; ~ golek = ~ kelitik = ~ kerucil = ~ patung = ~ tongkol wayang yg dibuat drpd kayu (berupa anak-anakan dll); ~ kulit = ~ purwa wayang drpd patung-patung yg diperbuat drpd kulit; ~ orang sj sandiwara Jawa dgn tarian yg diiringi oleh gamelan (melakonkan cerita-cerita yg berasal drpd kitab Mahabharata); ~ suluh Id wayang kulit yg dimainkan dlm bahasa Indonesia; mewayangkan memainkan wayang, menjadi­kan lakonan wayang, melakonkan, mendalang­kan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.yang] | وايڠ

Definisi : 1 gambar atau patung yg dibuat drpd kulit, kayu dll utk mempertunjukkan sesuatu cerita. 2 = ~ gambar (gelap) pertunjukan gambar hidup: Saya suka menonton ~ cerita perang. panggung ~ panggung tempat wayang gambar dipertunjukkan. 3 pertunjukan pentas, spt bangsawan, sandiwara: anak ~ orang yg berlakon dlm sesuatu pertunjukan pentas. ~ golek (patung) wayang yg dibuat drpd kayu (berupa anak-anakan dll). ~ kulit (purwa) wayang drpd patung-patung yg dibuat drpd kulit. ~ orang sandiwara Jawa yg melakonkan cerita-cerita yg berasal dr kitab Mahabharata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wayang (kata nama)
1. Bersinonim dengan pertunjukan: persembahan, filem, tayangan, pementasan, permainan, setambul, tonil, rakat, hidangan,

2. Bersinonim dengan patung: kudu, arca, boneka, anak-anakan, ungti, orang-orangan, gambar golek,

Kata Terbitan : mewayangkan,

Puisi
 

Main wayang dua tiga panggung,
     Cubalah tilik hikayat Jawa;
Badan mana saya nak tanggung,
     Gajah seekor dua gembala.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kepala rebah mata melayang,
     bantal bangkit main wayang.

Bermaksud :

Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mata kejam, bantal membuat ragam, b. Mata tidur, bantal berjaga).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kelitikJw; wayang ~ wayang yg menggunakan patung kayu.Kamus Dewan Edisi Keempat
golek II(golék) Jw patung (drpd kayu dll); wayang ~ wayang yg dimainkan dgn golek; ~ jonggol (jenggel) patung yg boleh duduk (tetapi tidak boleh berbaring).Kamus Dewan Edisi Keempat
Makaunama sebuah pulau di selatan negeri China; benang ~ benang emas atau perak; sambal ~ Kd sambal yg dimakan dgn timun; wayang ~ wayang Cina.Kamus Dewan Edisi Keempat
filem bicarawayang bersuara (wayang gambar yg pelakon-pelakonnya berkata-kata);Kamus Dewan Edisi Keempat
filem1. benda tipis drpd seluloid yg dimasukkan ke dlm kamera utk membuat gambar (negatif); 2. gambar bergerak yg ditayangkan pd layar, biasanya di pawagam, wayang gambar: mereka selalu berbicara tentang cerita ~;~ bicara wayang bersuara (wayang gambar yg pelakon-pelakonnya berkata-kata); ~ berwarna wayang gambar dlm warna-warni; ~ bisu wayang gambar yg pelakon-pelakonnya tidak berkata-kata tetapi hanya beraksi; ~ dokumentari filem yg memaparkan kisah sebenar tentang sesuatu perkara (peristiwa, aktiviti dsb) tertentu; ~ lucah filem yg banyak menayangkan adegan seks; memfilemkan menjadikan filem, membuat cerita dlm bentuk filem: syarikat perfileman itu akan ~ kisah hidup P. Ramlee; perfileman (segala hal) mengenai filem (wayang gambar): perusahaan ~ itu dibiayai oleh orang Jepun; masalah ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
layar perak (putih)kain tempat menayangkan wayang gambar (wayang kulit dll): bintang-bintang lawak di ~ perak cuma berada di bibir mulut peminat-peminat filem selagi mereka ber­lakon;Kamus Dewan Edisi Keempat
layar perak (putih)kain dsb tempat menayangkan wayang gambar (wayang kulit).Kamus Pelajar Edisi Kedua
wayang purwawayang drpd patung-patung yg diperbuat drpd kulit;Kamus Dewan Edisi Keempat
wayang kulitwayang drpd patung-patung yg diperbuat drpd kulit;Kamus Dewan Edisi Keempat
wayang tongkolwayang yg dibuat drpd kayu (berupa anak-anakan dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas