ANGKER | Angker ialah gegelung wayar yang menghasilkan arus elektrik dalam sebuah penjana elektrik. Gegelung yang berputar dalam sebuah motor elektrik juga dinamakan angker | UMUM | |
MIKROFON | Mikrofon ialah sejenis peranti yang menukar bunyi menjadi tenaga elektrik. Tenaga ini bergerak dengan segera melalui wayar atau gelombang radio kepada penerima yang disambungkan kepada satu pembesar suara atau alat lain yang menukarkannya semula kepada bunyi. Mikrofon yang sering kali dikenali sebagai ‘mike’ juga digunakan untuk merakam bunyi. | UMUM | |
OERSTED | Oersted ialah unit yang digunakan terutamanya untuk menyatakan keamatan kekuatan medan magnet yang disebabkan oleh arus elektrik dalam wayar. Satu oersted bersamaan 79.58 ampere permeter (lihat Ampere ). Unit ini mendapat namanya sempena nama Hans Christian Oersted, ahli fizik Denmark yang merintis kajian tentang elektrokemagnetan. Ia tergolong dalam sistem unit Gaussan, tetapi tidak dalam Sistem Antarabangsa yang lebih biasa digunakan. | UMUM | |
MAGNETOMETER | Magnetometer ialah alat yang mengukur kekuatan medan magnet. Magnetometer paling ringkas dapat mengukur medan magnet yang berdekatan dengan motor elektrik atau kutub magnet. Magnetometer begini mempunyai gelungan wayar yang kecil. Apabila gelungan itu digerakkan melalui medannya, maka terhasillah voltan elektrik dalam gelungan itu. Voltan ini menandakan kekuatan medan magnet itu. | UMUM | |
KLAVIKORD | Klavikord ialah alat muzik papan nada yang menjadi perintis kepada piano. Ton klavikord dihasilkan oleh bilah logam yang memukul tali wayar alat apabila mata ditekan. | UMUM | |
OERSTED, HANS CHRISTIAN | Oersted, Hans Christian (1777–1851), ahli fizik dan ahli kimia Denmark, yang meletakkan asas bagi sains elektrokemagnetan (lihat Elektromagnet ). Pada tahun 1820, dia mendapati bahawa jarum kompas bergetar setiap kali dia meletakkannya berdekatan dengan wayar yang membawa arus elektrik. Dia mendapati bahawa setiap pengalir yang membawa arus elektrik dikelilingi oleh medan magnet. Oersted juga dianggap telah menghasilkan aluminium yang pertama, pada tahun 1825 [lihat Aluminium ( Aluminium yang pertama)]. Dia menulis Spirit of Nature (1850). Oersted lahir di Rudk øb ing, Denmark. | UMUM | |
PERKHIDMATAN BERITA | Perkhidmatan berita ialah organisasi yang mengumpulkan dan mengedarkan berita. Kebanyakan akhbar dan stesen radio serta televisyen bergantung pada perkhidmatan berita untuk mendapat berita dalam negara dan antarabangsa. Beberapa buah akhbar dan stesen menghantar wartawannya sendiri untuk memperoleh berita dalam negara dan luar negara. Perkhidmatan berita berkembang dari organisasi yang diwujudkan di Eropah pada tahun 1820-an dan tahun 1830-an untuk membekalkan berita ekonomi kepada klien persendirian. Perkhidmatan berita pada suatu masa dahulu dikenali sebagai perkhidmatan wayar kerana wartawan menghantar laporan mereka melalui wayar ke alat percetakan yang disebut sebagai telemesin taip. | UMUM | |
PAKU | Paku ialah pelekat yang paling meluas digunakan untuk melekatkan sekeping papan dengan papan yang lain. Paku juga boleh digunakan untuk mencantumkan papan dengan bahan-bahan, seperti kain, kepingan logam, dan wayar. Paku batu boleh melekatkan bahan-bahan pada bata dan konkrit. | UMUM | |
TEMBIKAI | Tembikai ialah nama buah daripada beberapa jenis tumbuhan yang tergolong dalam famili labu. Tembikai hanya hidup untuk satu musim. Daun dan batangnya berbulu. Batangnya yang menjalar atau memanjat melekatkan dirinya dengan sulur paut pada benda yang dipanjatnya. Sulur paut ialah daun yang diubahsuai yang kelihatan seperti gelang kecil wayar. Tembikai sebenar adalah bulat atau berbentuk seperti telur. Saiz dan teksturnya sangat berbeza-beza. Lebarnya mungkin 30 sentimeter atau lebih dan beratnya dari 1 hingga 4 kilogram. Warna buahnya berbeza-beza daripada samar kesumba dan kuning hingga kepada hijau muda atau hijau gelap. Isinya berair dan berwarna hijau, putih, kuning, jingga, samar, atau merah. | UMUM | |
TELEGRAF | Telegraf ialah peranti pertama yang menghantar mesej menggunakan elektrik. Pada satu masa dahulu, kebanyakan mesej telegraf dihantar dengan mengetuk kod khas bagi setiap huruf dalam mesej dengan kekunci telegraf. Telegraf mengubah titik dan sempang kod ini, yang dikenali sebagai kod Morse, kepada impuls elektrik dan menghantarnya melalui wayar telegraf. | UMUM | |