Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.yar] | واير

Definisi : dawai, kawat: ~ elektrik; ~ telefon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.yar] | واير

Definisi : dawai; kawat: ~ elektrik; ~ telefon. ~ bumi wayar yg menghubungkan litar elektrik dgn bumi (utk tujuan keselamatan). ~ hidup wayar yg disambungkan kpd punca kuasa elektrik utk mengalirkan tenaga elektrik. ~ neutral wayar yg tidak mempunyai sebarang cas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata wayar


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
quantum wirewayar kuantumFizikNanoteknologiSatu wayar pengalir arus elektrik yang sifat pengangkutan elektriknya dipengaruhi oleh kesan kuantum. Wayar ini mempunyai diameter kurang daripada 100 nm yang menyebabkan elektron konduksi dalam arah melintang wayar terkurung dan tenaganya terkuantum. Kerintangan elektrik dalam wayar ini juga terkuantum dan tidak dapat dikira menggunakan rumus kerintangan elektrik klasik. Kekonduksian elektrik wayar kuantum dapat mencapai 10 kali kekonduksian tembaga. Contoh wayar kuantum ialah nanotiub karbon.
STP (shielded twisted pair)STP (pasangan terpiuh bertebat)Teknologi MaklumatTiadaPasangan wayar yang setiap satunya bertebat dan dipintal untuk meminimumkan gangguan elektromagnetik pasangan wayar terpiuh daripada pasangan wayar lain. Pasangan wayar ini dibalut dengan satu penebat. Banding UTP (unshielded twisted pair)
UTP (unshielded twisted pair)UTP (pasangan terpiuh tak bertebat)Teknologi MaklumatTiadaPasangan wayar yang setiap satunya bertebat, yang dipintal untuk meminimumkan gangguan elektromagnetik. Pasangan wayar terpiuh ini daripada pasangan wayar lain. Pasangan wayar ini tidak ditebat. Banding STP (shielded twisted pair)
span wirewayar rentangSosiologiTiadaWayar yang tergantung di antara dua tempat.
wire stripperpelucut wayarKejuruteraanTiadaAlat yang digunakan untuk memisahkan penebat daripada wayar.
hot wire surveysurvei wayar panasKejuruteraanPetroleumSejenis ujian yang dilakukan terhadap telaga yang sedang digerudi yang mengalami kehilangan edaran. Tujuan survei ini adalah untuk mengetahui letak kedalaman tempat berlakunya kehilangan edaran tersebut. Survei dijalankan dengan cara menurunkan sejenis wayar yang telah ditentukan keberintangan, dan keberintangan wayar ini peka terhadap suhu. Kemudian lumpur dipamkan ke dalam telaga. Jika alat ini berada di atas dari zon kehilangan edaran, alatan akan mengalami perubahan keberintangan. Jika keberintangan tidak berubah bererti alat berada di bawah titik kehilangan edaran.
hard drawnhelaan kerasKejuruteraanTiadaBajaan tiub dan wayar yang dihasilkan dengan menarik tiub atau wayar tersebut secara berlebihan.
kinkpintal/pundingKejuruteraanTiada1. Gelung terketat pada tali wayar yang menyebabkan perubahbentukan kekal dan kerosakan pada wayar.,2. Lengkok atau sudut tajam yang dihasilkan pada logam, biasanya dawai, disebabkan pukulan atau terikan.
nanowirenanowayarFizikNanoteknologiStruktur berbentuk seperti wayar, berdiameter 1 nm - 100 nm. Nanowayar memberikan kesan mekanik kuantum berdimensi satu dan dikenali juga sebagai wayar kuantum. Terdapat pelbagai jenis nanowayar, termasuk daripada bahan logam (seperti Ni, Pt, Au), semikonduktor (seperti Si, InP, GaN) dan penebat (seperti SiO2, TiO2). Nanowayar dapat digunakan untuk menyambung komponen halus kepada litar yang amat kecil.
braided loop connectorpenghubung gelung beranyamPerikananTiadaTali penghubung yang dibentuk daripada wayar logam, yang hujungnya dianyam pada badan wayar untuk membentuk satu gelung. Tali penghubung ini digunakan untuk menyambung tali utama dengan tali perambut kail.
12345678910...

Kembali ke atas