Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[we.we.nang] | وونڠ

Definisi : Jw hak dan kekuasaan (utk berbuat sesuatu): eh, kalau aku punya ~, aku juga ingin punya duit banyak-banyak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[we.we.nang] | وونڠ

Definisi : hak dan kekuasaan utk berbuat sesuatu atau utk mengeluarkan perintah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata wewenang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah perkataan "authority" dipadankan dengan "wenang" jika ia hadir bersama perkataan "power" sebagai contoh "power and authority" yang dipadankan dengan "kuasa dan wenang".

Wenang atau wewenang berasal daripada perkataan Jawa yang bermaksud mempunyai hak untuk berbuat sesuatu. Walau bagaimanapun, dalam konteks penggunaan perkataan yang diberikan, perkataan tersebut tidak digunakan sebagai padanan bagi authority dalam bahasa Melayu, sebaliknya digunakan perkataan autoriti yang bermaksud kuasa atau hak.  Padanan istilah yang betul bagi power and authority ialah kuasa dan kuat kuasa atau hak kuasa dan kuat kuasa.

Istilah24.08.2021
Abdul Hakam SAB 11.30 PTG Salam. Mohon pihak DBP memberi respon/maklum balas mengenai hal ini. Saya harap agar bahasa kebangsaan tidak dipandang remeh oleh masyarakat. Sila klik url ini untuk mengetahuinya https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10155842096574343&id=650109342Kami akan berbincang hal ini dengan pihak yang wewenang untuk mencari penyelesaian terbaik bagi hal ini. Terima kasih atas keprihatinan tuan.Lain-lain14.10.2017
Salam, tuan/puan. Saya ingin dapatkan pengesahan daripada pihak PRPM mengenai hal berikut. Sila rujuk kepada tangkapan skrin yang disertakan. Menurut jawapan pihak PRPM, baginda hanya boleh digunakan untuk raja. Namun, menurut laman web berikut https://www.jpm.gov.my/ms/kategori/10-/1566-istiadat-mengucap-selamat-berangkat-sempena-lawatan-rasmi-kdymm-seri-paduka-baginda-yang-di-pertuan-agong-dan-kdymm-seri-paduka-baginda-raja-permaisuri-agong-ke-republik-t%C3%BCrkiye KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri. Adakah penggunaan ini boleh diterima dan dianggap betul? Selain itu, menurut laman web berikut https://www.sinarharian.com.my/article/282334/berita/nasional/tembakan-di-bangkok-tmj-selamat-kongsi-detik-cemas Tunku Mahkota Johor, DYAM Tunku Ismail Ibrahim digelar sebagai baginda juga, namun pada masa itu baginda belum dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor. Adakah penggunaan ini betul? Seterusnya, sila rujuk kepada laman web ini https://ejournal.um.edu.my/index.php/SEJARAH/article/view/27522/13170. Dalam ejournal ini, "baginda" digunakan untuk menggelar maharani. Adakah ia bermakna "baginda" boleh digunakan untuk Raja Permaisuri & Putera-puteri & Maharani? Harap pihak PRPM boleh terangkan penggunaan ini dengan lebih jelas. Sekian, terima kasih.Untuk menjawab soalah tuan, saya merujuk Kamus Dewan Perdana dan Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2014: Panggilan Hormat dan Kaedah Penggunaannya. Panggilan Hormat Diraja dalam Surat Pekeliling berkenaan hanya menyenaraikan gelaran dan panggilan hormat bagi sultan/raja. Oleh itu, kami beranggapan dalam hal penggunaan kata ganti nama diri sultan/raja panduan yang jelas ada dalam Kamus Dewan Perdana. Walau bagaimanapun, sekiranya ada garis panduan/pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak yang wewenang dalam hal ini seperti Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja hal tersebut boleh diperakukan. Dalam Kamus Dewan Perdana, kata ganti nama "baginda" digunakan untuk raja, khalifah dan nabi. Dalam konteks negara kita baginda hanya digunakan untuk sultan atau raja yang memerintah negeri. Lain-lain04.02.2024

Kembali ke atas