Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : adv & n (naut) menyongsong angin: we sailed ~, kami belayar menyongsong angin; they steered a course to ~, mereka menukar haluan ke arah menyongsong angin. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj 1. facing the wind, hadap angin: the ~ side of the mountain, bahagian hadap angin gunung itu; 2. (naut) menyongsong angin: the boat sailed to ~ when the wind abated, kapal itu belayar menyongsong angin apabila angin reda; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata windward


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEPULAUAN WINDWARD UMUM 
SAINT MARTIN

Saint Martin juga dikenali sebagai Sint Maarten

dalam bahasa Belanda, ialah pulau di Laut

Caribbean yang terletak di bahagian paling hujung

Kepulauan Windward (lihat Kepulauan Windward ).

Luas pulau ini lebih kurang 34 kilometer persegi.

Bahagian utaranya, yang luasnya lebih daripada

dua per tiga seluruh pulau ini, dikuasai oleh

Perancis. Bahagian ini membentuk sebahagian

daripada jabatan seberang laut Guadeloupe

Perancis (lihat Guadeloupe ). Ibu wilayahnya ialah

Marigot. Bahagian selatannya dikuasai oleh

Belanda dan merupakan sebahagian kumpulan

utara Antilles Belanda bahagian Kepulauan

Windward (lihat Antilles Belanda; Kepulauan

Windward ). Ibu wilayahnya ialah Philipsburg.

UMUM 
DOMINICA

Dominica ialah negara pulau yang merdeka

di Laut Caribbean. Dominica terdiri daripada

sebuah pulau yang terletak 515 kilometer ke

utara Venezuela. Dominica ialah pulau yang

paling ke utara dalam Kepulauan Windward, satu

kumpulan pulau dalam rangkaian Lesser Antilles

(lihat Kepulauan Windward).

UMUM 
SAINT EUSTATIUS

Saint Eustatius (pend. 1781), juga dikenali

sebagai Statia atau dalam bahasa Belanda Saint

Eustatius, ialah sebuah pulau di Laut Caribbean.

Ia terletak di bahagian utara Kepulauan Windward

dalam kumpulan Antilles Belanda dan sebahagian

daripada kerajaan Belanda (lihat Antilles Belanda;

Kepulauan Windward ). Luas pulau ini ialah 21

kilometer persegi. Penduduk yang bertutur dalam

bahasa Inggeris bertumpu di ibu negara

Oranjestad, di pantai barat daya pulau tersebut.

UMUM 
SAINT LUCIA

Saint Lucia ialah negara pulau yang merdeka di

sebelah timur Laut Caribbean. Ia terletak di antara

Martinique dengan Saint Vincent, lebih kurang 386

kilometer ke utara Venezuela. Saint Lucia ialah salah

sebuah pulau di Kepulauan Windward, iaitu

serangkaian pulau dalam gugusan pulau yang lebih

besar dalam Antilles Kecil di Hindia Barat. Ibu

negaranya, Castries, terletak di pinggir laut barat

laut (lihat Castries ; Kepulauan Windward ). Pulau ini

ialah tempat lahir dua orang penerima Hadiah

Nobel dari Hindia Barat. Sir Arthur Lewis menerima

Hadiah Nobel bagi bidang ekonomi pada tahun

1979 dan Derek Walcott menerima Hadiah Nobel

bagi bidang kesusasteraan pada tahun 1992.

UMUM 
SAINT GEORGE'S

Saint George’s (pend. 7500) ialah ibu negara

dan pelabuhan utama Grenada – negara pulau di

Hindia Barat. Bandar ini terletak di barat daya

pantai Grenada, di sebuah pulau di Kepulauan

Windward. Untuk lokasi, lihat Grenada (peta).

UMUM 
ORANG ASLI AMERIKA CARIB

Orang Asli Amerika Carib ialah kumpulan

suku kaum Orang Asli Amerika di Amerika Selatan

yang suka berperang. Kaum ini kebanyakannya

tinggal di Lembah Sungai Amazon dan di kawasan

tanah pamah Guiana. Perkataan Inggeris cannibal

berasal daripada nama Sepanyol. Cannibal merujuk

kepada suku kaum ini yang memakan tawanan

perang mereka. Lebih kurang pada tahun 1300,

kaum Orang Asli Amerika Carib berpindah dari

Amerika Selatan ke kepulauan di Laut Caribbean

yang kini dikenali sebagai Kepulauan Windward.

Mereka menawan kepulauan ini daripada kaum

Orang Asli Amerika suku Arawak (lihat Orang Asli

Amerika ).

UMUM 

Kembali ke atas