Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wu.jud] | وجود

Definisi : 1. ada (sesuatu), sedia ada; 2. sesuatu yg ada bentuknya (dapat dilihat, dipegang, dll); 3. benda yg nyata (bukan roh dll), rupa dll yg dapat dilihat; berwujud 1. memang ada (boleh dipandang, dipegang, dll), berupa benda yg nyata; 2. konkrit, maujud, nyata; mewujudkan 1. menjadikan berwujud (berbentuk, berupa, dll), mengadakan: kadang kadang amanah diwujudkan melalui perjanjian secara lisan di kalangan keluarga; 2. melaksanakan (cita-cita dll); 3. menerangkan (memperlihatkan) dgn benda yg nyata; terwujud sudah diwujudkan (dilaksanakan): ada suatu waktu ketika alam belum lagi ~; kewujudan perihal wujud (sesuatu), adanya (sesuatu); perwujudan 1. bentuk atau rupa (yg benar­benar dapat dilihat dll); 2. sesuatu yg berwujud (kelihatan dlm mimpi dll); 3. sesuatu yg konkrit (maujud, nyata); 4. pelaksanaan (cita-cita dll); pewujudan perbuatan atau proses mewujudkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wu.jud] | وجود

Definisi : 1 adanya (sesuatu); sedia ada. 2 sesuatu yg berupa dan dpt dilihat, diraba dll. 3 benda yg nyata (bukan roh dll). berwujud 1 memang ada dan dpt dipegang atau dpt dipandang; berupa benda yg nyata. 2 konkrit; nyata. mewujud muncul; timbul. mewujudkan 1 menjadikan benar-benar ada. 2 melaksanakan cita-cita dll. 3 menerangkan atau memperlihatkan dgn benda yg nyata. kewujudan keadaan atau hal wujudnya sesuatu. perwujudan perihal berwujud. pewujudan perbuatan atau hal mewujudkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wujud (kata kerja,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan ada, sedia ada, hadir, boleh didapati, boleh diperolehi, boleh dipegang, boleh dilihat, nyata, benar-benar, sungguh-sungguh, sesungguhnya;,
Kata Terbitan : berwujud, terwujud, kewujudan,


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
abjad. Contohnya, abjad Roman Z menjadi A dan sebaliknya B menjadi Y. agen ancaman (Ig. threat agent; Br. agen ancaman; Id. agen ancaman) Kaedah yang digunakan untuk mengeksploitasikan kegoyahan yang wujud dalam suatu sistem maklumat, mengganggu kelancaran pengendaliannya atau merosakkan integriti prasarana yang menyimpan sistem maklumat berkenaan. Contohnya, virus manusia atau bencana alam. agihan terpercaya (Ig. trusted distribution; Br. agihan dipercaya SATAN); Id. alat administrator sekuritas untuk penganalisaan jaringan) Perisian pengimbas keselamatan rangkaian yang dibina untuk memudahkan pemantauan rangkaian oleh pentadbir sistem komputer. Perisian ini boleh mengenali beberapa masalah keselamatan yang wujud dan melaporkannya kepada pentadbir sistem. Perisian ini akan menerangkan kesan dan bahaya bagi setiap masalah yang ditemui dan memastikan masalah ahli godam alat pentadbir keselamatan untuk menganalisis Kamus Teknologi Maklumat

Kembali ke atas