Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ya.kin] | يقين

Definisi : betul-betul percaya (tentang kebenaran, kemampuan, dll sesuatu atau seseorang), tidak ragu-ragu (syak-syak) lagi, pasti benar: dia masih tetap ~ bahawa jalan yg ditempuhnya bukanlah jalan yg salah; mengetahui dgn ~ akan arah kiblat; kami ~ dia akan berjaya dlm pertandingan itu; berkata dgn ~ berkata dgn sungguh-sungguh; meyakini 1. yakin (akan), mempercayai benarbenar (akan): setelah ~ bahawa tidak ada orang yg mengintip, barulah dia membuka peti itu; dia ~ kesanggupannya melawan musuh; 2. = meyakin-yakini menyelidikidsb supaya yakin; 3. menaruh keyakinan pd; meyakinkan 1. menyaksikan sendiri supaya yakin, mengesahkan sendiri, menentukan: dia hendak ~ sendiri apakah adiknya ada terlibat dlm perkara itu; 2. menyebabkan yakin, menjadikan yakin: mereka tidak membawa apa-apa senjata utk ~ orang Mekah bahawa kedatangan mereka bukanlah kerana hendak berperang; 3. dgn bersungguh-sungguh (membuat sesuatu), tidak main-main, serius: pelukisan masyarakat dlm kesusasteraan yg bercorak sejarah kurang ~ kerana diselingi dongeng- dongeng daerah; 4. menimbulkan keyakinan: hujah yg ~; keyakinan perihal yakin, kepercayaan yg sungguh-sungguh, kepastian, kesungguhan, ketentuan: kita akan menjalankan semula kewajiban kita dgn penuh ~ bahawa Allah akan menjayakan cita-cita kita; berkeyakinan mempunyai keyakinan, mempercayai benar-benar: ia ~ bahawa ayah dan ibunya selamat; ~ dlm apa jua bidang; ketidakyakinan perihal (sikap, pendirian, dsb) tidak yakin: ~ terhadap kemampuan bahasa Melayu wujud dlm masyarakat yg mendapat pendidikan Inggeris. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ya.kin] | يقين

Definisi : percaya benar; tidak syak lagi: Saya ~ akan kejujuran orang itu. Saya ~ bahawa usaha kita akan berhasil akhirnya. berkata dgn ~ berkata dgn sungguh-sungguh. meyakini percaya benar-benar akan sesuatu: Kami belum dpt ~ kisah yg engkau ceritakan itu. meyakinkan 1 melihat dgn mata kepala sendiri supaya yakin; menyaksikan: Ia hendak ~ sama ada perkara itu benar-benar berlaku atau tidak. 2 menyebabkan atau menjadikan yakin: Keterangan drpd ketiga-tiga orang saksi ~ tuan hakim bahawa yg dituduh itu tidak bersalah. keyakinan kepercayaan yg sungguh-sungguh; kesungguhan: Dia menjalankan tugasnya dgn penuh ~. berkeyakinan mempunyai keyakinan; benar-benar percaya: Ia ~ bahawa perempuan itu sudah bersuami. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata yakin


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya yakin "akan", "pada", "kepada" atau "terhadap" kebolehannya? Jika "yakin" diberikan imbuhan menjadi "berkeyakinan", adakah ayat ini masih gramatis? Jika ya, apa bezanya?Ayat yang betul:

1. Saya yakin akan kebolehannya
2. Jika "yakin" diberikan imbuhan seperti berkeyakinan, ayat tersebut menjadi tidak gramtis.
Tatabahasa14.10.2017
Saya yakin "akan", "pada", "kepada" atau "terhadap" dia? Jika "yakin" diberikan imbuhan menjadi "berkeyakinan", adakah ayat ini masih gramatis? Jika ya, apa bezanya?

Ayat yang betul:
i. Saya yakin akan dia
ii. Saya berkeyakinan terhadap dia.

1. Kata sendi nama akan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Contohnya: Wanita itu amat rindu akan anaknya.
2. Kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu.
3. Kata sendi nama 'terhadap' digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda.
4. Kata sendi nama 'kepada' digunakan dihadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan.

Untuk lebih jelas, mohon rujuk buku Tatabahasa Dewan

Tatabahasa14.10.2017
Saya "yakin" atau "berkeyakinan" bahawa dia akan berjaya? Jika "bahawa" digugurkan, adakah ayat ini gramatis? Bolehkah "bahawa" ditukar menjadi "yang"?1. Ayat yang betul ialah "Saya berkeyakinan bahawa dia akan Berjaya". Jika perkataan bahawa digugurkan, ayat tersebut menjadi tidak gramatis.

2. Perkataan "bahawa" dalam ayat tersebut tidak boleh digantikan dengan perkataan "yang" kerana "yang" merupakan kata hubung relatif yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain. Contoh: Saya membeli baju "yang" berwarna merah.
Tatabahasa14.10.2017
Frasa yang mana betul. Yakin dengan kekuasaan Allah atau yakin akan kekuasaan AllahKedua-dua frasa tersebut adalah betul.Tatabahasa22.08.2022
Adakah ayat berikut gramatis? 1. Saya yakin dia akan berjaya. (tanpa tanda koma) 2. Saya yakin, dia akan berjaya. (ada tanda koma) Jika ya, apa bezanya?Tidak perlu tanda koma dalam ayat tanya tersebut. Jeda (berhenti sebentar) hanya wujud dalam sebutan, tidak pada tulisan.Tatabahasa14.10.2017
1)Adakah betul penggunaan ayat seperti berikut.. Air mata terbit daripada matanya setelah dimaraji oleh gurunya? 2) Saya yakin saya dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. atau Saya yakin saya boleh mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Ayat yang betul dari segi tatabahasa adalah seperti yang berikut:

(1) Air matanya mengalir setelah dimarahi oleh gurunya. (Tidak perlu dinyatakan punca air mata kerana air mata sememangnya berpunca daripada mata dan lewah).

(2) Saya yakin saya dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. (Kata "dapat" merupakan kata bantu ragam yang menyatakan ragam perasaan  dan keupayaannya, manakala kata "boleh" juga merupakan kata bantu tetapi keadaan keupayaannya yang diizinkan, misalnya;  Shisa boleh menyertai peraduaan itu.)

Tatabahasa25.02.2009
1.Ayat yang manakah betul : a. Kedua-dua ahli pengakap itu sedang menanak nasi. b. Dua ahli pengakap itu sedang menanak nasi. 2.Apakah perkataan berlawan bagi "bimbang". Tenang atau yakin. 3.Ayat manakah yang betul. a. Kita hendaklah patuh pada undang-undang. b. Kita hendaklah patuh kepada undang-undang. Sekian, terima kasih.

Saudara,

1. Ayat yang betul ialah "kedua-dua ahli pengakap itu sedang menanak nasi. 2.   Makna perkataan bimbang ialah 1 (berasa) tidak tetap hati atau ragu-ragu: Dia masih ~ ttg kejujuran orang muda itu. 2 (berasa) gelisah atau tidak sedap hati kerana memikirkan sesuatu; (berasa) takut akan berlakunya sesuatu: Oleh sebab Muhammad masih juga ~ ttg wahyu yg diterimanya, maka Khadijah memujuknya. berbimbang berasa bimbang. membimbangkan menyebabkan menjadi bimbang; mengkhuatirkan: Kelakuan anaknya itu sungguh-sungguh ~ hatinya. kebimbangan keadaan atau rasa bimbang; keraguan; kecemasan. Berdasarkan makna "bimbang", maka kata lawannya yang sesuai ialah yakin.

Makna yakin ialah betul-betul percaya (tentang kebenaran, kemampuan, dll sesuatu atau seseorang), tidak ragu-ragu (syak-syak) lagi, pasti benar: dia masih tetap ~ bahawa jalan yg ditempuhnya bukanlah jalan yg salah; mengetahui dgn ~ akan arah kiblat; kami ~ dia akan berjaya dlm pertandingan itu; berkata dgn ~ berkata dgn sungguh-sungguh; meyakini 1. yakin (akan), mempercayai benarbenar (akan): setelah ~ bahawa tidak ada orang yg mengintip, barulah dia membuka peti itu; dia ~ kesanggupannya melawan musuh; 2. = meyakin-yakini menyelidikidsb supaya yakin; 3. menaruh keyakinan pd; meyakinkan 1. menyaksikan sendiri supaya yakin, mengesahkan sendiri, menentukan: dia hendak ~ sendiri apakah adiknya ada terlibat dlm perkara itu; 2. menyebabkan yakin, menjadikan yakin: mereka tidak membawa apa-apa senjata utk ~ orang Mekah bahawa kedatangan mereka bukanlah kerana hendak berperang; 3. dgn bersungguh-sungguh (membuat sesuatu), tidak main-main, serius: pelukisan masyarakat dlm kesusasteraan yg bercorak sejarah kurang ~ kerana diselingi dongeng- dongeng daerah; 4. menimbulkan keyakinan: hujah yg ~; keyakinan perihal yakin, kepercayaan yg sungguh-sungguh, kepastian, kesungguhan, ketentuan: kita akan menjalankan semula kewajiban kita dgn penuh ~ bahawa Allah akan menjayakan cita-cita kita; berkeyakinan mempunyai keyakinan, mempercayai benar-benar: ia ~ bahawa ayah dan ibunya selamat; ~ dlm apa jua bidang; ketidakyakinan perihal (sikap, pendirian, dsb) tidak yakin: ~ terhadap kemampuan bahasa Melayu wujud dlm masyarakat yg mendapat pendidikan Inggeris.

Tatabahasa23.10.2010
saya ingin kepastian bagi jawapan berikut. 1) Beliau yakin bahawa projek kitar semula ini akan mendapat sambutan 2) Saya berharap agar ibu kamu selamat menjalani pembedahan itu. saya nak tahu yang mana subjek dan predikat bagi setiap ayat di atas. terima kasih1) Beliau (subjek) + yakin bahawa projek kitar semula ini akan mendapat sambutan (predikat).
2) Saya  (subjek) + berharap agar ibu kamu selamat menjalani pembedahan itu (predikat). 
Tatabahasa22.05.2015
Salam sejahtera tuan. 1. Puan Rosmah yakin benar bahawa anaknya tidak bersalah. Adakah ayat ini betul? 2 a) Perjalanan bas ke Kuala Lumpur sudah ( ditunda / tertunda) selama sejam kerana terdapat masalah teknikal. 2 b) Perlawanan hoki itu (tertunda / ditunda ) lagi akibat hujan lebat. 3. Yang berikut ialah senarai nama murid atau Berikut ialah senarai nama murid betul? 4. Setelah tiga jam, barulah dia menyedari bahawa begnya hilang di stesen bas. Adakah ayat ini betul? Sekian, terima kasih.

Ayat yang betul:

1. Puan Rosmah yakin bahawa anaknya tidak bersalah – perkataan yakin sudah membawa maksud betul-betul percaya.
2. Dalam ayat nombor 2 (a) dan 2 (b), kedua-dua perkataan betul.
3. Yang berikut ialah senarai nama murid.
4. Ayat nombor 4, betul.

Tatabahasa05.09.2021
Adakah ayat ini ada bermasalah? Pihak kami menjangkakan kerja-kerja penebangan ini akan dilakukan selama sebulan,namun kita yakin akan dapat diselesaikan awal.Cadangan ayat yang betul ialah  Pihak kami menjangkakan kerja-kerja penebangan ini akan dilakukan selama sebulan dan kami yakin akan dapat menyelesaikan kerja ini dengan lebih awal.Tatabahasa09.07.2021
1234567

Kembali ke atas