Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ya.kin] | يقين

Definisi : betul-betul percaya (tentang kebenaran, kemampuan, dll sesuatu atau seseorang), tidak ragu-ragu (syak-syak) lagi, pasti benar: dia masih tetap ~ bahawa jalan yg ditempuhnya bukanlah jalan yg salah; mengetahui dgn ~ akan arah kiblat; kami ~ dia akan berjaya dlm pertandingan itu; berkata dgn ~ berkata dgn sungguh-sungguh; meyakini 1. yakin (akan), mempercayai benarbenar (akan): setelah ~ bahawa tidak ada orang yg mengintip, barulah dia membuka peti itu; dia ~ kesanggupannya melawan musuh; 2. = meyakin-yakini menyelidikidsb supaya yakin; 3. menaruh keyakinan pd; meyakinkan 1. menyaksikan sendiri supaya yakin, mengesahkan sendiri, menentukan: dia hendak ~ sendiri apakah adiknya ada terlibat dlm perkara itu; 2. menyebabkan yakin, menjadikan yakin: mereka tidak membawa apa-apa senjata utk ~ orang Mekah bahawa kedatangan mereka bukanlah kerana hendak berperang; 3. dgn bersungguh-sungguh (membuat sesuatu), tidak main-main, serius: pelukisan masyarakat dlm kesusasteraan yg bercorak sejarah kurang ~ kerana diselingi dongeng- dongeng daerah; 4. menimbulkan keyakinan: hujah yg ~; keyakinan perihal yakin, kepercayaan yg sungguh-sungguh, kepastian, kesungguhan, ketentuan: kita akan menjalankan semula kewajiban kita dgn penuh ~ bahawa Allah akan menjayakan cita-cita kita; berkeyakinan mempunyai keyakinan, mempercayai benar-benar: ia ~ bahawa ayah dan ibunya selamat; ~ dlm apa jua bidang; ketidakyakinan perihal (sikap, pendirian, dsb) tidak yakin: ~ terhadap kemampuan bahasa Melayu wujud dlm masyarakat yg mendapat pendidikan Inggeris. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ya.kin] | يقين

Definisi : percaya benar; tidak syak lagi: Saya ~ akan kejujuran orang itu. Saya ~ bahawa usaha kita akan berhasil akhirnya. berkata dgn ~ berkata dgn sungguh-sungguh. meyakini percaya benar-benar akan sesuatu: Kami belum dpt ~ kisah yg engkau ceritakan itu. meyakinkan 1 melihat dgn mata kepala sendiri supaya yakin; menyaksikan: Ia hendak ~ sama ada perkara itu benar-benar berlaku atau tidak. 2 menyebabkan atau menjadikan yakin: Keterangan drpd ketiga-tiga orang saksi ~ tuan hakim bahawa yg dituduh itu tidak bersalah. keyakinan kepercayaan yg sungguh-sungguh; kesungguhan: Dia menjalankan tugasnya dgn penuh ~. berkeyakinan mempunyai keyakinan; benar-benar percaya: Ia ~ bahawa perempuan itu sudah bersuami. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata yakin


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
affective assessmentpentaksiran afektifPendidikanTiadaPentaksiran perasaan dan nilai lebih daripada kefahaman seperti suka atau tidak suka dan yakin atau tidak yakin.
confidence limitshad yakinHidrologiTiadaNilai berangka yang menyatakan sempadan selang yakin di kedua sisi sesuatu lengkung yang dicocokkan. (Chow)
confidentyakinPendidikanTiadaTiada
diffidenttak yakin diriPendidikanTiadaTiada
clean creditkredit yakinEkonomiTiadaTiada
clean creditkredit yakinEkonomiTiadaTiada
confidence bandsjalur yakinHidrologiTiadaIstilah statistik yang menyatakan jalur di dalam lengkung kawal.
DIY (do it yourself)Dibuat Individu dengan Yakin (DIY)UmumTiadaKaedah memasang sendiri peralatan seperti perabot, jentera mudah atau barangan dalam paket.
supervisory beliefkepercayaan seliaanUmumTiadaPerihal yakin pada kebolehan seseorang untuk memantau sikap, prestasi dan kebolehan orang bawahan.
believerpenganutSejarahTiadaOrang yang percaya atau yakin akan sesuatu ajaran, aliran, atau agama.
123

Kembali ke atas