Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[yang] | يڠ

Definisi : 1. (Lin) kata penghubung utk menyatakan bahawa kata keterangan berikutnya dipentingkan atau menunjukkan kelainan: rumah ~ besar itu; orang ~ sakit itu; 2. (Lin) kata penghubung utk menyatakan bahawa katakata (ayat) berikutnya ialah penjelasan utk kata-kata sebelumnya: banyak orang ~ ingin bersalam dengannya; 3. kata yg digunakan sbg kata penyerta, kata yg menentukan kata benda, kata sandang: ~ penting bagi kita ialah mengenai dasar; ~ kaya sama kaya; 4. sl adapun akan: ~ hutang tuan hamba sekati emas itu halallah dunia akhirat; 5. bp kata peng-hubung utk menyatakan isi atau huraiankata (ayat) sebelumnya, bahawa: mengertilah cikgu itu ~ pandangan itu bermaksud meminta nasihat; Y~ Amat Arif rujukan kehormat utk Ketua Hakim Negara (dlm situasi formal, spt di mahkamah dsb); Y~ Amat Berbahagia rujukan kehormat yg digunakan utk mereka yg bergelar Tun dan Toh Puan; Y~ Amat Berhormat rujukan kehormat yg digunakan utk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar; Y~ Amat Mulia rujukan kehormat yg digunakan utk Undang (luak di Negeri Sembilan); Y~ Arif rujukan kehormat yg digunakan utk Hakim (pd situasi yg formal spt di mahkamah dsb); Y~ Berbahagia rujukan kehormat yg digunakan utk mereka yg bergelar Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Datuk Paduka, Datin Paduka, Dato’, Datuk dan Datin (yg bukan wakil rakyat); Y~ Berhormat rujukan kehormat yg digunakan utk Menteri, Timbalan Menteri, Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan Negeri, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara, dan Ahli Dewan Undangan Negeri; Y~ Berhormat Mulia rujukan kehormat yg digunakan utk Menteri, Timbalan Menteri, Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan Negeri, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan Undangan Negeri yg berketurunan raja; Y~ Dipertua orang yg dilantik menjadi ketua sesuatu persatuan (perkumpulan dll); Y~ Dipertua Negeri gelaran utk ketua negeri bagi Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak; Y~ Dipertuan gelaran utk raja yg memerintah, sultan, tuanku; Y~ di-Pertuan Agong gelaran utk Ketua Negara Malaysia; Y~ Maha Kuasa Tuhan, Allah; Y~ Maha Mulia rujukan kehormat utk sultan atau raja yg memerintah; Y~ Mulia rujukan kehormat utk mereka yg bergelar Tengku, Raja, Syed, Engku (Ungku) dan Datu; Y~ Teramat Mulia rujukan kehormat utk keluarga diraja yg terdekat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[yang] | يڠ

Definisi : = yang-yang dewa; beryang-yang membaca mantera memanggil dewa-dewa, memuja dewa-dewa: maka tuan puteri pun mengambil gaharu cendana janggi dibakarnya sambil ~; Tuanku Malim Deman pun berangkatlah bersiram di dlm taman itu ~ mengamalkan sekalian ilmu hikmat; kayangan tempat kediaman segala dewa, keinderaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[yang] | يڠ

Definisi : 1 kata utk mengasingkan sesuatu supaya jelas kelainannya: Telur ~ kecil di atas meja itu telur burung. 2 kata utk menentukan sesuatu sbg benda: ~ tinggi itu bangunan Parlimen. 3 kata yg menghubungkan benda dgn penerangnya: Rumah ~ baru dibelinya itu rumah batu. ~ Dipertua orang yg dilantik menjadi ketua sesuatu perkumpulan (persatuan dll). ~ Dipertuan gelaran utk raja yg memerintah. ~ Maha Kuasa Tuhan; Allah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[yang] | يڠ

Definisi : , = yang-yang dewa. beryang-yang memuja dewa-dewa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata yang

Puisi
 

Tanam ubi digali ubi,
     Gali ubi di tepi telaga;
Sudah banyak saya berbudi,
     Budi yang mana yang tuan suka?


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Gajah memamah aris,
     baik diikat kera kecil yang memakan buah kayu.

Bermaksud :

Daripada mengharapkan sesuatu yang besar yang tak mungkin didapati, lebih baik terima saja yang sedikit yang sudah ada di dalam tangan. aris = getah kayu yang sudah beku.

 

Lihat selanjutnya...(1000)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
main canalterusan utamaGeografiTiadaTerusan yang merupakan sistem pengaliran yang utama yang menghubungkan sistem-sistem pengaliran yang lain di dalam sesebuah sistem pengairan atau sistem pengangkutan dalaman.
mesetamesetaGeografiTiadaPenara yang luas, yang mempunyai permukaan yang tak selanjar dan terhakis membentuk ciri fizikal utama sesebuah kawasan.
nucleated settlementpetempatan berpusatGeografiTiadaIstilah bagi sebuah petempatan luar bandar yang menunjukkan morfologi yang padat yang mengandungi unit kediaman dan ladang.
sheet erosionhakisan kepingan; hakisan bambangGeografiTiadaProses hakisan yang berlaku di permukaan tanah yang rata yang disebabkan oleh titisan hujan dan larian permukaan yang perlahan.
prismatic compasskompas prismaGeografiTiadaKompas tangan yang gunakan oleh juruukur, yang mempunyai prisma yang memungkinkan kompas dibaca sambil melihat objek.
maritime climateiklim kelautanGeografiTiadaIklim yang terdapat pada beberapa zon sederhana bumi yang di bawah pengaruh laut, dan dengan musim sejuk yang sederhana, musim panas yang tidak terlalu panas dan taburan hujan tahunan yang sama rata.
animal starchkanji haiwanFizikTiadaPolisakarida yang terdiri daripada rantaian glukosa yang bercabang yang merupakan karbohidrat simpanan pada haiwan.
moist tree savannasavana pokok lembapGeografiTiadaKawasan savana yang terdapat pokok yang dilitupi dengan lumut yang mungkin berkait dengan iklim tempatan kawasan tersebut.
macchiamacchiaGeografiTiadaIstilah orang Scotland bagi pasir pantai yang mengandungi serpihan kulit kerang yang banyak, yang terdapat di pinggir laut Scotland.
evolutionevolusi; pembebasan; pengeluaranFizikTiadaEvolusi: Proses perkembangan atau perubahan beransur-ansur yang berterusan yang menghasilkan perubahan keadaan , unsur atau bentuk di dalam alam ini dari yang kecil hingga menjadi besar seterusnya menjadi kompleks.
12345678910...

Kembali ke atas