Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hakiki
Bahasa Asal :Arab
Kata Terbitan : kehakikian,
Rujuk :hak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam... Apakah terjemahan bagi perkataan/ terma 'tugas hakiki' dalam Bahasa Inggeris? Saya buat carian perkataan hakiki akan tetapi tidak menjumpai makna yang sesuai. Terima kasih.Wa alaikum salam,
Pihak DBP tidak menjalankan perkhidmatan penterjemahan perkataan bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, pihak kami boleh memberi cadangan terjemahan perkataan bagi tugas hakiki dalam bahasa Inggeris ialah main responsibility.
Lain-lain28.11.2017
Apakah tujuk yang sesuai untuk pegawai SPRM beri ceramah kepada peserta kursus Induksi?Kursus induksi terbahagi kepada dua, iaitu umum (berkaitan dengan peraturan organisasi) dan khusus (berkaitan dengan  tugas hakiki yang dilaksanakan di pejabat). Pemilihan tajuk untuk memberi ceramah kepada peserta kursus induksi bergantung pada fokus dan keperluan di jabatan/organisasi tuan.Lain-lain05.05.2010
Assalamu'alaikum. Saya ingin meminta kerjasama untuk mengalih bahasa seperti di bawah: 1. Meanwhile all our rights are reserved 2. Covering Senior General Manager (beliau memangku dan membuat dua tugas serentak di samping tugas hakiki beliau)Cadangan terjemahan adalah seperti yang berikut: 

1. Sementara itu, semua hak cipta adalah terpelihara

2. Memangku Pengurus Besar Kanan
Lain-lain10.07.2020
Tuan, Saya ingin tahu adakah pihak DBP melakukan kerja-kerja penterjemahan buku/dokumen dari B. Inggeris ke B. Melayu? Jika ada bagaimanakah caranya supaya saya dapat turut serta melakukan kerja-kerja tersebut? Sekian, terima kasih. Yang benar, MOHD RAFIQ NORSHAM BSc(Hon) UKM, MSc UPMDBP tidak melakukan kerja terjemahan sebagai tugas hakiki. Sila berhubung dengan Institut Terjemahan Negara Malaysia atau Persatuan Penterjemah Malaysia.Lain-lain12.04.2010
telework (perlu terjemahan) wassalam, terima kasih kerana membantu.Untuk makluman, dalam pangkalan data DBP, tidak terdapat terjemahan langsung bagi perkataan “Telework”. Akan tetapi, jika dilihat daripada konsep, "Telework" merupakan sinonim bagi telekerja, yang merujuk kepada satu aturan kerja atau cara bekerja, di mana seorang pekerja membuat kerja di luar tapak, atau berlainan daripada tugas hakiki.Penyemakan dan penterjemahan12.11.2015
Salam sejahtera. Saya ingin mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak tuan/puan tentang beberapa padanan terjemahan berikut: 1. Plain line drawing - "Lukisan garis langsung" atau "Lukisan langsung"? 2. Great truth - "Kebenaran besar" atau "Kebenaran hakiki"? 3. Musical tunes - "Nada muzik" atau 'Tala muzik"? 4. Tajuk Buku yang berbentuk "commentary", contohnya "Zuo's Commentary", bolehkah dterjemahkan sebagai "Ulasan Zuo" ataupun "Hikayat Zuo" seperti yang diterjemah oleh sesetengah pihak? Sekian, terima kasih.Dalam pangkalan data kami, tidak ada padanan terjemahan khusus bahasa Melayu bagi rangkai kata Plain line drawing, Great truth, Musical tunes dan Zuo’s Commentary. Sungguhpun begitu, cadangan padanan terjemahan yang boleh digunakan mengikut konteks ayat yang sesuai adalah seperti yang berikut:

1.    Plain Line Drawing- Lukisan garis biasa

2.    Great Truth- Kebenaran mutlak

3.    Musical tunes- Tala muzik

4.    Zuo’s Commentary- Sudut Pandangan Zuo

Istilah04.01.2021
Salam, Bolehkah saya menghantar dokumen (cth: *.doc) untuk semakan ejaan dan bahasa oleh DBP. Dokumen ini adalah Akta dan juga Pekeliling jabatan saya. Selain pertanyaan di sini, di manakah tempat/laman lain DBP untuk buat semakan ejaan dan bahasa? Sekian. Mohd Yusri bin Mohd Noor Seksyen Perundangan Kadaster Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia.Kami tidak menyediakan perkhidmatan semakan dokumen kecuali untuk sekadar dua atau tiga halaman. Walau bagaimanpun kami boleh membantu mengikut kesesuaian masa dengan syarat tempoh yang diberikan tidak mengganggu tugas hakiki kami di pejabat. Sila hubungi kami melalui e-mel aishah3@dbp.gov.my untuk perbincangan lanjut.Lain-lain19.07.2012

Kembali ke atas