Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata yang membahayakan

Peribahasa

Uir-uir minta getah.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu yang membahayakan diri sendiri; perempuan yang memikat hati lelaki. uir-uir = sebangsa belalang atau jengkerik yang biasa berbunyi di dalam rimba.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pengunaan bahasa yang betul: Saya ingin meminta nasihat untuk ayat di bawah: "Berkemungkinan membahayakan kepada kulit" atau "Berkemungkinan membahayakan kulit"Ayat yang betul ialah "...membahayakan kulit'. Perkataan 'membahayakan' ialah kata kerja transitif iaitu kata kerja yang mesti diikuti objek iaitu kulit.Tatabahasa24.01.2014
Yang berikut mana satu adalah betul? Sebab? 1. Senarai borang-borang yang digunakan... 2. Senarai borang yang digunakan...Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, senarai bermaksud beberapa nama (orang, benda dan lain-lain) yang ditulis atau dicap berturut-turut; daftar: ~ nama pengarang. ~ hitam senarai nama orang (syarikat dan lain-lain) yang disyaki melakukan sesuatu yang salah atau yang membahayakan. ~ semak senarai yang di dalamnya terkandung barang-barang yang diperlukan, perkara yang perlu dilakukan, hal yang perlu diberi pertimbangan dsb, yang digunakan untuk disemak supaya semuanya telah ada, telah dilakukan dsb.


Daripada takrifan tersebut, frasa yang betul ialah senarai borang yang digunakan...
Tatabahasa19.11.2014
Dalam peruntukan di bawah ini perkataan “contaminate” dan “taint” dipadankan dengan “mencemari” dan “merosakkan” masing-masing. Kami bercadang untuk menukar padanan tersebut kepada “mengkontaminasikan” dan “mencemarkan”. Adakah cadangan padanan ini bersesuaian? “36A. (1) The reduced iron powder specified in paragraph 36(2)(c) shall be enclosed in a sachet in such a manner that the oxygen absorber will not contaminate, taint or migrate into the food. (1) Serbuk besi yang diturunkan yang dinyatakan dalam perenggan 36(2)(c) hendaklah dibungkus dalam paket mengikut cara yang penyerap oksigen itu tidak mencemari, merosakkan atau masuk ke dalam makanan.”.

Mengikut Daftar Istiah Bahasa Melayu, padanan "contamine" dalam bahasa Melayu ialah "pengkontaminasi" yang bermaksud menjadikan sesuatu tidak selamat digunakan kerana dicemar oleh bahan yang membahayakan, manakala perkataan "taint" pula membawa maksud "cemar", "dicemari", "tercemar" dan "kotoran".

Berdasarkan pertanyaan tersebut, cadangan ayat yang sesuai ialah "Serbuk besi yang dikurangkan seperti yang dinyatakan dalam perenggan 36(2)(c) hendaklah dibungkus dalam uncang mengikut cara yang betul supaya penyerap oksigen itu tidak mencemari, merosakkan atau masuk ke dalam makanan.”.

Istilah28.05.2021
Saya ingin memohon khidmat nasihat bagi perkataan "premorbid" dan "baseline attributes". Apakah terjemahan yang sesuai. Adakah "pramorbid" dan 'sifat dasar atau sifat asas atau perkataan yang lebih sesuai? Ayat yang ingin digukan seperti : In the proposed model, premorbid or baseline attributes can be protective or harmful. "Dalam model yang dicadangkan, pramorbid dan sifat asas/dasar dapat melindungi atau membahayakan" Terima kasih.Padanan perkataan bahasa Melayu untuk “premorbid” dan “baseline attributes” ialah pramorbid dan sifat asas.  Walau bagaimanapun, padanan perkataan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat. Istilah18.01.2021
Saya keliru mengenai perkataan ini: Penyusuan ibu atau penyusuan bayi? Yang mahu merujuk kepada penyusuan badan seorang ibunya kepada bayi. Atau adakah tepat juga jika menggunakan penyusuan susu ibu atau penyusuan badan? Terima kasih.Frasa yang betul ialah "Penyusuan Bayi" kerana penyusuan bermaksud hal/perbuatan menyusu, sepertu pemendekan tempoh penyusuan bayi boleh membahayakan kesihatannya.Tatabahasa17.07.2012
Slm, Mohon pihak tuan/puan check ayat di bawah : a) Height measurement = pengukuran ketinggian b)Si Beruang telah menjadi tinggi. Rakan-rakan tidak lagi ketawakannya. c)Kenderaan yang manakah perlu membuka lampu? Tandakan (/) pada gambar yang betul. d) Bahaya untuk kanak-kanak menunggang basikal pada waktu malam. e)Cola boleh diminum oleh manusia dan juga digunakan untuk menghapuskan kotoran. (cola boleh digunakan?) f) ice cube =ais batu tqa) Height measurement - pengukuran ketinggian
b) Si Beruang telah menjadi tinggi. Rakan-rakan tidak lagi mengetawakannya.
c) Kenderaan yang manakah perlu membuka lampu? Tandakan (/) pada gambar yang betul.
d) ...membahayakan kanak-kanak yang menunggang basikal pada waktu malam.
e) Cola boleh diminum oleh manusia dan digunakan juga untuk menghapuskan kotoran.
f) ice cube - ais/air batu 
Tatabahasa18.09.2015
Salam sejahtera, Bolehkah tuan/puan memberikan penjelasan sama ada perkataan "ia" boleh digunakan sebagai kata ganti nama untuk merujuk subjek selain manusia dan binatang, tumbuh-tumbuhan, undang-undang, fenomena semulajadi dan sebagainya? Saya faham bahawa perkataan "ia" boleh digunakan untuk merujuk manusia dan tidak boleh digunakan untuk binatang, tetapi bagaimana pula dengan ayat seperti berikut: "Wabak denggi semakin menular di Malaysia. Ia membahayakan nyawa banyak penduduk" ? Adakah telah berlaku pertukaran dalam tatabahasa penggunaan perkataan "ia" kebelakangan ini, kerana sewaktu saya mengambil peperiksaan (tahun 2001) guru-guru bahasa sebulat suara menegaskan bahawa perkataan "ia" hanya boleh digunakan untuk merujuk manusia? Sekian, terima kasih dan selamat maju jaya.Salam sejahtera,

Untuk makluman, 'Ia'merupakan kata ganti nama diri ketiga atau kependekan bagi kata 'dia' dan 'ia' boleh merujuk benda yang dibicarakan tetapi bukan binatang. Untuk lebih jelas, sila rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4, halaman 556.
Tatabahasa30.09.2015

Kembali ke atas