Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
mula
Kata Terbitan : mula-mula, semula, bermula, memulakan, memulai, permulaan, pemula,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
acellular cementumsimentum tanpa selPerubatanPergigianSimentum yang mula sekali terbentuk, tidak bersel dan menutupi akar gigi dari temuan simento-enamel hingga ke pertengahan akar. Sinonim : simentum primer.
anchor crownpalang sauhPelayaranTiadaBahagian lengkung terbawah sauh yang mula sekali mencecah dasar laut apabila sauh dilepaskan.
proerythroblastproeritroblasPerubatanTiadaSel berbentuk bulat atau bujur, bernukleus besar dan mempunyai lingkaran sitoplasma yang nipis, dan yang mula sekali menunjukkan pembezaan ke arah pembentukan eritrosit.
opening menumenu pembukaanPentadbiran PerniagaanTiadaSenarai opsyen dalam program pemprosesan kata, iaitu Wordstar yang mula-mula sekali dipaparkan.
primary particularbutir-butir awalanSejarahTiadaButir-butir yang mula-mula sekali diterima dalam rakaman data atau rekod sebelum dicatatkan sebagai tulisan yang lengkap.
Sumatra diseasepenyakit SumatraBiologiPatologiPenyakit pada pokok cengkeh (Syzygium aromaticum) yang disebabkan oleh bakteria, yang dikenal pasti buat sementara waktu sebagai Pseudomonas syzygi. Penyakit ini mula-mula sekali ditemui di Sumatra. Gejalanya beragam, tetapi yang utama ialah layu, dan mati yang mula-mula nampak dari bahagian atas pohon dan berkembang ke bawah hingga ke seluruh pohon. Perkembangan penyakit dari pohon ke pohon berlaku dengan cepat dalam kawasan yang luas kerana ia ditularkan oleh serangga.
Burgundy mixturecampuran BurgundyBiologiPatologiFungisid tak organik dan berspektrum luas. Ia dibuat melalui ubahsuai campuran bordeaux, iaitu dengan mencampurkan larutan hablur soda basuh (natrium karbonat) dengan terusi (kupruk sulfat). Nama tersebut diberikan sempena nama tempat yang mula-mula sekali fungisid ini dibuat iaitu di Burgundy, Perancis.
League of NationsLiga Bangsa-BangsaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPertubuhan antarabangsa yang ditubuhkan pada tahun 1920 selepas tamatnya Perang Dunia Pertama, bertujuan untuk mencapai keamanan dan keselamatan antarabangsa bagi menghindari terjadinya peperangan. Liga Bangsa-Bangsa ialah pertubuhan antarabangsa yang mula-mula sekali ditubuhkan. Ia diasaskan atas konsep keselamatan bersama. Liga Bangsa-Bangsa telah dibubarkan pada tahun 1946 selepas gagal menghalang Perang Dunia Kedua daripada meletus dan digantikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
durable resistanceketahanan awetBiologiPatologiKetahanan yang berkesan dalam tempoh yang lama (turun-temurun). Istilah inimula-mula sekali dikemukakan oleh Robinson pada tahun 1981. Perumah yang mempunyai sifat ketahanan awet tidak semestinya dikawal oleh banyak gen (ketahanan ras tak khusus).
prothallusprotalusBiologiHistologi dan Sitologi1. Hifa liken pada peringkat mula pertumbuhan. 2. Gametofit haploid kecil, seperti pada pteridofit dan gimnosperma, yang mempunyai anteridium atau arkegonium, atau kedua-duanya sekali yang berasal daripada suatu spora.
12

Kembali ke atas