Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata yang paling baik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
jika kita menggunakan singkatan nama seperti bin dan binti, encik dan puan, perlukah meletakkan titik selepas perkataan tersebut? 
Yang paling baik ialah menulis penuh ejaan tersebut, bagaimanapun jika ada keperluan untuk menggunakan singkatan tidak salah. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan singkatan untuk bin dan binti ialah b. dan bt., manakala En. dan Pn. sebagaimana Encik boleh disingkatkan kepada En., begitu juga Puan boleh disingkatkan kepada Pn.
Ejaan19.08.2017
Jalur Gemilang selalu berkibar di sekolah/udara/angkasa.Adakah jawapan ini betul?Jawapan yang paling baik antara tiga pilihan jawapan diberi ialah "di sekolah", namun ayat yang gramatis ialah "Jalur Gemilang selalu berkibar ditiup angin di hadapan sekolah".Tatabahasa05.07.2011
ape maksud pengoptimuman (optimization)???

Saudara,

Perkataan ini bermaksud pelarasan unsur-unsur dalam sistem atau pemprosesan untuk mendapat hasil yang paling baik. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk makna yang lebih lanjut.

Makna08.01.2010
Mohon semakan bagi 3 cadangan tajuk syarahan program bicara seni kami - "Penghayatan Sejrah Dalam Pembinaan Jati Diri Bangsa" - "Penghayatan Sejarah Dalam Membina Jati Diri Bangsa" - "Penghayatan Sejarah : Pembinaan Jati Diri Bangsa"Antara ketiga-tiga tajuk tersebut, tajuk yang paling baik ialah "Penghayatan Sejarah Dalam Pembinaan Jati Diri Bangsa.Tatabahasa14.05.2014
Salam sejahtera. Adakah cungkil bakat dan peluang keemasan ialah simpulan bahasa?Waalaikumussalam,
Peluang keemasan merupakan simpulan bahasa yang bermaksud peluang yang paling baik manakala cungkil bakat merupakan istilah umum yang bermaksud usaha untuk mencari bakat baru seperti menjadi pelakon atau penyanyi.
Sastera20.06.2019
bagaimana cara untuk tahu sesuatu ejaan itu betul... adakah dengan cara menggunakan pola keselarasan vokal??Pola keselarasan vokal ialah salah satu rumus tatabahasa yang boleh dijadikan panduan untuk mengeja dengan tepat. Cara yang paling baik ialah sentiasa merujuk kamus.Ejaan26.05.2011
Dalam senarai nama individu/pegawai, penggunaan singkatan Encik/Puan adalah En./Pn. Persoalannya, adakah betul jika dalam senarai nama penggunaan singkatan Encik 'En.' sahaja dibenarkan manakala Puan haruslah ditaip penuh Puan tanpa singkatan 'Pn.' Mohon penjelasan kerana ada beberapa pegawai di sini mengatakan sedemikian selepas mendengar ceramah penulisan daripda wakil DBP. Sekian.Yang paling baik ialah menulis penuh ejaan tersebut, bagaimanapun jika ada keperluan untuk menggunakan singkatan tulislah En. dan Pn. sebagaimana Encik boleh disingkatkan kepada En., begitu juga Puan boleh disingkatkan kepada Pn.Tatabahasa15.11.2016
Salam sejahtera, Apakah kesalahan ayat-ayat di bawah ini? 1. Rakyat berterima kasih atas perkenan tuanku mencemar duli ke perasmian taman perumahan ini. 2. Nelayan-nelayan melonggokkan ikan-ikan mengikut jenis sebelum menjualnya kepada peraih-peraih yang membuat tawaran yang paling baik. 3. Selain daripada sesak nafas, perokok tegar juga boleh menghidap sakit kerongkong. Terima kasih.1. Rakyat berterima kasih atas perkenan Tuanku mencemar duli ke perasmian taman perumahan ini.

2. Nelayan-nelayan melonggokkan ikan mengikut jenis sebelum menjual ikan tersebut kepada peraih-peraih yang membuat tawaran paling baik.

3. Selain daripada sesak nafas, perokok tegar juga akan mengalami sakit kerongkong.
Tatabahasa23.07.2013
1. kesedaran mengamalkan makanan sihat memang telah ada tetapi belum memuaskan, kebanyakkannya hanya mula menjaga atau mengubah tabiat makan bila telah menghidap penyakit walaupun ramai tahu mencegah adalah ubat yang paling baik sekali. 2. di zaman ini, adalah sangat sukar sekali untuk seseorang itu merealisasikan sesuatu maklumat. apa yang di klasifikasikan sulit dan rahsia, boleh menjadi pengetahuan umum dan mudah sekali menyebar ke pelusuk dunia. cuma hanya dalam sekelip mata sahaja. 3. adalah menjadi tanggung-jawab syarikat otomatif mempastikan keadaan kenderaan sentiasa berada ditahap terbaik sekali. sebelum dibenarkan bergerak di jalanraya dimana ini wajar menjadi pra-syarat utama sebelum kereta tersebut terjual. 4. akibat penceraian menyebabkan anak-anak akan menjadi liar atau sebaliknya menjadi pendiam dan pendendam, sebagai akibat perbuatan bapa yang kerap melepaskan ketik puas hati kepada anak-anak dengan memukul, menumbuk dan menendang dengan tujuan untuk menghilangkan fikiran terhadap kes penceraan itu. 5. mereka perlu mengenal pasti halangan-halangan yang mungkin mereka menghadapi supaya pencapaian yang mereka perolehi itu lebih baik.Sila jelaskan soalan saudara.Lain-lain08.12.2011
1. Salam. Bagaimana cara bagi menentukan penggunaan di dalam dan dalam? 2. Mengapakah 'dalam kalangan' diguna-pakai? 3. Pun - kedudukannya rapat atau jarak - ataupun / atau pun 4. Adakah bahan terbitan seperti 'pamphlet' untuk dirujuk bersangkutan dengan tatabahasa terkini bahasa Melayu. Terima Kasih.

Puan Norhayati,

Kita menggunakan dalam kalangan kerana di hanya merujuk tempat dan masa. Manakala ataupun dieja sebagai satu perkataan. Bahan rujukan yang paling baik ialah buku tatabahasa Dewan. Mengenai bahan rujukan lain ia memang boleh didapati di bahagian Promosi dan Pengiktirafan di Dewan Bahasa dan Pustaka

Tatabahasa16.08.2010
12345678

Kembali ke atas