Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
residuebakiKimiaTiadaBahan yang tertinggal setelah berlakunya sesuatu proses. Misalnya, baki yang tertinggal di dalam kelalang setelah berlakunya proses penyulingan, dan baki yang tertinggal di dalam ceper penyejat setelah berlakunya proses penyejatan.
tartarKejuruteraanPetroleum1) Sisa yang berwarna antara hitam dengan coklat tua dan berkelikatan sangat tinggi, yang tertinggal selepas penyulingan bahan-bahan organik seperti kayu, gambut, batu arang dan lain-lain dijalankan. 2) Sisa yang berwarna hitam, pekat lagi likat, yang tertinggal selepas proses penyulingan petroleum. Istilah tar kadangkala dipakai untuk merujuk kepada bahan seperti ini tetapi sebenarnya pemakaian ini adalah tidak tepat.
lacunaekosongKesusasteraanTiadaBahagian yang tertinggal dalam sesebuah karya bertulis.
serumserumPerubatanTiadaCecair kuning yang tertinggal selepas darah membeku.
wartketuatBiologiMikologiStruktur khusus yang tertinggal di permukaan stip cendawan selepas kelubung universal pecah.
acylasilKimiaTiada1. Radikal asid yang tertinggal apabila kumpulan asid hidroksil dipisahkan daripada formula asid organik. 2. Radikal organik dengan formula umum R-CO.
gas oilminyak gasKimiaTiadaMinyak yang tertinggal selepas petrol dan kerosena disuling keluar daripada minyak mentah.
atomic wastesisa radioaktifKejuruteraanTiadaBahan yang tertinggal daripada aktiviti reaktor nuklear, perindustrian, perubatan, dan sebagainya.
residual pollutionpencemaran bakiKejuruteraanTiadaPencemaran yang tertinggal atau masih ketara walaupun langkah-langkah olahan telah diambil untuk mengawal sumber utama pencemaran, contohnya bau busuk dari kilang getah.
retained placentaplasenta terlekatKejururawatanTiadaUri yang tertinggal dalam uterus selepas 30 minit peringkat akhir pelahiran kedua.
12345678910...

Kembali ke atas