Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata yang tertinggi


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pekali peloporleading coefficientPekali yang tertinggi dalam suatu ungkapan polinomial dan dalam satu pemboleh ubah. Contohnya, dalam persamaan 4x² + 5x − 1, pekali pelopor ialah 4.Menengah Atas
polinomial kubikcubic polynomialPolinomial yang kuasa tertinggi pemboleh ubahnya ialah 3. Contohnya, x3- 1, 4a3 - 100a2 + a - 6, dan m3n + mn.Menengah Atas
modmodeNilai yang mempunyai kekerapan tertinggi bagi suatu set data. Contohnya, mod bagi 1, 2, 4, 4, 3, 5 ialah 4.Menengah Atas
puncakapexTitik tertinggi sesuatu objek yang diukur dari bahagian tapaknya. Puncak ialah salah satu daripada bucu. Lihat ContohSekolah Rendah
hubungan tak linearnon-linear relationHubungan antara y dengan x yang tidak membentuk garis lurus (linear). Kuasa tertinggi pemboleh ubah tidak boleh sama dengan 1. Lihat ContohMenengah Atas
persamaan linearlinear equationPersamaan yang terdiri daripada ungkapan linear. Bentuk am persamaan linear ialah ax + by + c = 0, dengan a≠ 0 dan b≠ 0. Kuasa tertinggi pemboleh ubah ialah 1.Menengah Atas
fungsi kuadratikquadratic functionFungsi yang berbentuk f (x) = ax2 + bx + c, dengan a, b, c ialah pemalar dan a ≠ 0. Kuasa tertinggi pemboleh ubah ialah 2 dan hanya mempunyai satu pemboleh ubah. Lihat rajahMenengah Atas
persamaan kuadratikquadratic equationPersamaan yang boleh ditulis dalam bentuk am, ax² + bx + c = 0 dengan a, b dan c ialah pemalar dan a ≠ 0. Persamaan ini perlu mempunyai satu pemboleh ubah dan kuasa tertinggi pemboleh ubah itu ialah 2.Menengah Atas
fungsi kubikcubic functionFungsi yang berbentuk f (x) = ax3 + bx2 + cx + d, dengan a, b, c, d ialah pemalar dan a ≠ 0. Kuasa tertinggi pemboleh ubah ialah 3 dan hanya mempunyai satu pemboleh ubah. Lihat rajahMenengah Atas

Kembali ke atas