Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata yang tertinggi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya ayat yang mana adalah betul. Peratusan yang tertinggi bagi pekerja asing dari Indonesia ialah 74 peratus. Atau Peratusan yang tertinggi bagi pekerja asing dari Indonesia adalah sebanyak 74 peratus. Terima kasih.Ayat yang betul dari segi tatabahasa ialah Peratusan yang tertinggi bagi pekerja asing dari Indonesia ialah 74 peratus atau Peratusan yang tertinggi bagi pekerja asing dari Indonesia sebanyak 74 peratus. Namun, ayat ini tidak difahami dari segi maknanya.Tatabahasa17.05.2014
1. ______ orang berkumpul di balai raya. A. Ramai B. Banyak 2. Gunung Kinabalu ______ gunung yang tertinggi di Malaysia. A. ialah B. adalah1. Banyak orang berkumpul di balai raya.
2. Gunung Kinabalu ialah gunung yang tertinggi di Malaysia

Untuk makluman kedua-dua "ramai orang" dan "banyak orang" adalah betul. Lazimnya ramai orang merujuk kepada suasana seperti Ramai orang membeli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada musim raya, dan banyak orang merujuk kepada bilangan seperti Banyak orang tidak setuju dengan keputusan tersebut.
Tatabahasa09.05.2012
Bagaimana membezakan "antara...dengan" dan "antara...dan"? Yang mana betul: 1)Perbezaan antara kes yang tertinggi dan terendah 2)Perbezaan antara kes yang tertinggi dengan terendah Saya rujuk khidmat nasihat dbp yang ditanya oleh orang lain, jawapan yang dibagi :'antara 1 dan 200' merupakan penggunaan yang tepat.Berdasarkan contoh yang diberikan, ayat yang betul ialah  2)Perbezaan antara kes yang tertinggi dengan terendah.  Perkataan "antara...dengan" biasanya menunjukkan perbandingan.Tatabahasa18.03.2015
Saya ly safeey sedang belajer Bahasa melayu dasaa , Universiti fatoni ingin bertanya : apakah makna FALASAFAH Terima kasihFalsafah bermaksud pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain.Makna03.11.2015
betul atau salah 1.dia murid yang paling tinggi di dalam kelasnya. 2.dia murid yang tertinggi sekali di dalam kelasnya

1.dia murid yang paling tinggi di dalam kelasnya. - betul

2.dia murid yang tertinggi sekali di dalam kelasnya. -Salah. Kata 'tertinggi' mendukung maksud darjah penghabisan dan tidak boleh diikuti dengan kata penguat 'sekali'

Lain-lain20.06.2009
1. Kakak____rumah dengan menannam pokok bunga kertas. A. perindahi kawasan halaman B. memperindah kawasan laman C. mengindahkan kawasan halaman 2. Rumah banglo ____akibat kejadian tanah runtuh. 3. Kumpulan pelajar itu ____ gunung yang tertinggi A. terdaki B. mendaki C. berdaiki D. didaki1. Kakak memperindah kawasan laman rumah dengan menannam pokok bunga kertas. 
2. Rumah banglo ranap/musnah akibat kejadian tanah runtuh.
3. Kumpulan pelajar itu mendaki gunung yang tertinggi.
Tatabahasa21.03.2012
Apakah definisi dan konsep tatabahasa wacana dalam penulisan karangan?
Dari segi hierarki tatabahasa, wacana terletak pada hierarki yang tertinggi selepas ayat, iaitu perkataan  - frasa – klausa- ayat – wacana. Agar wujud kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana, penanda wacana digunakan. Dalam bahasa Melayu, sekurang-kurangnya lima jenis penanda wacana, iaitu penanda penghubung, penanda rujukan, penanda penggantian, penanda leksikal dan penanda elipsis atau pengguguran.
Tatabahasa12.03.2014
Adakah penggunaan Ianya penting dalam konteks ayat berikut betul? "Ianya penting untuk syarikat-syarikat yang mengeluarkan dan membangunkan peranti perubatan menggunakan prinsip etika dan sosial dan kualiti piawaian yang tertinggi dalam pengeluaran peranti untuk meminimumkan risiko keselamatan dan kos perubatan kepada pesakit"Perkataan "ianya" tidak boleh digunakan kerana kata "ia" dan 'nya" merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak boleh disekalikan/digabungkan penggunaannya.  Ayat tersebut boleh dibetulkan menjadi, "Ia penting untuk syarikat-syarikat yang mengeluarkan dan membangunkan peranti perubatan menggunakan prinsip etika dan sosial dan kualiti piawaian yang tertinggi dalam pengeluaran peranti untuk meminimumkan risiko keselamatan dan kos perubatan kepada pesakit"Tatabahasa30.04.2019
salam, yang betul? 1. Menar KLCC merupakan bangunan yang - tertinggi sekali atau paling tinggi sekali di Malaysia.Kedua-duanya salah. Yang betul ialah paling tinggi atau teringgi.Tatabahasa27.07.2010
MAKSUD PERKATAAN REMAJA, TAMPUK KEPIMPINAN NEGARAMengikut Kamus Dewan Edisi 4, remaja bermaksud mulai dewasa,sudah akal baligh,sudah cukup umur untuk berkahwin. Tampuk antaranya bermaksud yang tertinggi, (pimpinan sesuatu dll.,yang utama,yang pokok,pucuk. Kepimpinan bermaksud kupayaan memimpin. Remaja Tampuk Kepimpinan Negara bermaksud remaja mempunyai keupayaan untuk menjadi pemimpin dalam negara.Makna27.07.2007
12345678

Kembali ke atas