apakah maksud ruji? | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, ruji merupakan makanan harian yang utama seperti beras dan lain-lain. | Tatabahasa | 10.01.2013 |
apakah maksud induk? | Induk bermasud ibu, emak, yang utama dan yang besar. | Makna | 21.12.2012 |
MAKSUD PERKATAAN REMAJA, TAMPUK KEPIMPINAN NEGARA | Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, remaja bermaksud mulai dewasa,sudah akal baligh,sudah cukup umur untuk berkahwin. Tampuk antaranya bermaksud yang tertinggi, (pimpinan sesuatu dll.,yang utama,yang pokok,pucuk. Kepimpinan bermaksud kupayaan memimpin. Remaja Tampuk Kepimpinan Negara bermaksud remaja mempunyai keupayaan untuk menjadi pemimpin dalam negara. | Makna | 27.07.2007 |
Apa itu debat perdana?Apakah pertandingan-pertandingan debat antara IPT yang dikategorikan sebagai Debat Perdana? | Perdana ialah sesuatu yang utama. Debat Perdana boleh dianggap sebagai debat yang utama. Tidak ada kriteria khusus untuk menamakan sesuatu itu sebagai perdana atau sebaliknya. Namun bersesuaian dengan maksud perdana, debat yang dipertandingkan itu hendaklah memiliki ciri-ciri keutamaannya seperti pertandingan debat paling besar yang dianjurkan oleh penganjur dan melibatkan peserta yang berketerampilan. | Tatabahasa | 17.12.2014 |
Apa beza halangan, cabaran dan masalah? ciri yang utama yang membezakan 3 perkataan tersebut? adakah masalah = sesuatu yang telah berlaku atau sedang berlaku? adakah cabaran = sesuatu yang akan berlaku? adakah halangan = sama seperti cabaran? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud halangan ialah aral, gangguan, rintangan atau tegahan, manakala cabaran menurut Kamus Pelajar Edisis Kedua ialah ajakan untuk berlawan, tantangan atau sesuatu yang mencabar dan maksud masalah ialah sesuatu yang mesti diselesaikan. | Makna | 27.01.2017 |
apakah definisi bagi bahasa kebangsaan,faktor,fungsi dan bahasa melayu. | Saudara, Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang utama bagi sesbuah negara yang berdaulat. Bahasa ini menjadi lambang perpaduan negara dan biasanya dikaitkan dengan gerakan kebangsaan yang menyeluruh bagi satu-satu negara. Untuk maklumat lanjut, saudara perlu membuat kajian dan penyelidikan di perpustakaan. | Makna | 16.09.2009 |
bagaimana untuk mengenal pasti kesalahan ejaan dari sudut keselarasan vokal | Dalam sistem ejaan Rumi, terdapat 18 pola keselarasan vokal yang utama. Saudara boleh merujuk buku Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu (halaman 10-14) yang disusun oleh Encik Ismail Dahaman yang boleh dijadikan panduan. | Tatabahasa | 20.02.2009 |
Apakah beza antara rumah ibu/bhg yg paling besar dalam sesebuah rumah dengan ibu rumah? Boleh tunjukkan melalui gambar? Tq | Mengikut Kamus Dewan, rumah ibu atau rumah induk ialah bahagian rumah yg terbesar atau yang utama, manakala dalam istilah sosiologi rumah ibu atau core house ialah struktur rumah yang terdiri daripada bangunan asas sahaja. Pemilik boleh melengkapkan atau menyiapkan rumah secara keseluruhannya apabila mampu. Tiada data berkaitan ibu rumah dalam data DBP. | Istilah | 23.09.2014 |
Saya ingin mengutarakan 2 soalan. 1. Sekiranya ada cadangan untuk Kedai Buku DBP yang utama ( flagship bookstore ), dapatkah ia disatukan dengan perpustakaan DBP? 2. Dapatkah Kedai Buku DBP menjual buku bahasa Inggeris sebagaimana yang dilakukan oleh Popular Bookstore dan Kinokuniya Bookstore? Terima Kasih | 1. Untuk makluman saudara, Kedai Buku DBP diuruskan sepenuhnya oleh Koperasi DBP manakala Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) pula merupakan salah satu bahagian dalam DBP. Kedai Buku dan PDM merupakan dua entiti yang berbeza. 2. Keutamaan hanya pada buku-buku yang diterbitkan dalam bahasa Melayu sahaja. | Lain-lain | 02.03.2009 |
Pihak DBP yang dihormati, kuih ialah ejaan baharu bagi kueh. bolehkah saya mendapatkan penjelasan mengapakah ejaannya tidak seperti sebutannya iaitu 'kueh'? Terima kasih DBP | Ejaan kuih dieja mengikut sistem ejaan Rumi sekarang. Dalam sistem ejaan Rumi sekarang, terdapat 18 pola keselarasan huruf vokal yang utama seperti yang berikut: 1. a-a (asah, balak) 2.a-i (alih, balik) 3. a-u (asuh, datuk) 4. e pepet - a (emas,kelam) 5.e pepet -i (lebih, betik) 6. e pepet - u (telur, tempuh) 7. e taling - a (elak, dewan) 8. e taling - e taling (leceh, gelek) 9. e taling - o (esok, telor) 10. i - a (ingat, kilang) 11. i - i (intip, sisih) 12. i - u (riuh, tidur) 13. O - a (otak, borang) 14. O - e taling (oleh, boleh) 15. O - o (obor, borong) 16. u - a (ubat, tumpang) 17. u - i (usik, kuih) 18. u - u (untuk, tunduk) Maklumat lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, penyusun Encik Ismail Dahaman. | Ejaan | 21.05.2010 |