Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ya.tim] | يتيم

Definisi : 1. anak yg kematian ibu atau bapanya; 2. = ~ piatu anak yg kematian kedua-dua ibu bapanya; keyatiman keadaan yatim (kematian ibu atau bapa). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ya.tim] | يتيم

Definisi : , = anak ~ 1 anak yg kematian bapa. 2 = anak ~ piatu anak yg kematian ibu dan bapa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata yatim

Puisi
 

Daun pandan mati layu,
     Boleh ganti bunga kelapa;
Abang kata yatim piatu,
     Boleh cari ibu dan bapa.


Lihat selanjutnya...(6)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTerang bulan awan beralih, Anak yatim berkayuh perahu; Lahir kupandang nampak kekasih, Dalam hati siapa tahu.
Kurik Kundi Merah SagaDaun pandan mati layu, Boleh ganti bunga kelapa; Abang kata yatim piatu, Boleh cari ibu dan bapa.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Cina pandai berbaju, Sudah berbaju berkancing pula; Alangkah hina yatim piatu, Sudah piatu miskin pula.
Kurik Kundi Merah SagaMak Minah duduk di pintu, Duduk di pintu merejut renda; Merana hamba yatim piatu, Tiada ayah tiada berbonda.
Kurik Kundi Merah SagaMari diikat akar selawar, Daun pandan si mati layu; Adik kata abang yang tawar, Abang dagang yatim piatu.
Kurik Kundi Merah SagaMakan sirih berpinang tiada, Pinang ada di Bukit Batu; Tengok ke kiri ke kanan tiada, Inilah saya yatim piatu.

Kembali ke atas