Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[yo.gia] | يوݢيا

Definisi : berpatutan, padan, layak; seyogia sepatutnya, selayaknya, semestinya: jikalau tuan hendak belayar, ~nya hamba dibawa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[yo.gia] | يوݢيا

Definisi : patut; layak. seyogia sepatutnya; selayaknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
yogia (adjektif)
Bersinonim dengan patut, padan, layak, sesuai, pantas, baik, wajar;,
Kata Terbitan : seyogia,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Salam sejahtera, Mohon penjelasan frasa "Seyogia diingatkan" yang sering digunakan dalam surat rasmi. Terima kasihPerkataan seyogia berasal daripada perkataan yogiaYogia bermaksud berpatutan,padan,layak. Seyogia bermaksud sepatutnya,selayaknya,semestinya. Perkataan tersebut boleh digunakan mengikut konteks ayat yang sesuai.Tatabahasa04.02.2013
Assalamualaikum/Salam Sejahtera Tuan/Puan. Mohon penerangan maksud perkataan 'SAYUGIA' beserta penerangan atau contoh ayat yang sesuai. Terima kasih.Perkataan seyogia berasal daripada perkataan yogiaYogia bermaksud berpatutan,padan,layak. seyogia bermaksud sepatutnya,selayaknya,semestinya. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1812. Makna26.08.2015
apakah maksud sebenar perkataan "sayugia". Perkataan ini sering digunakan dalam penulisan surat seperti "sayugia diingatkan..." Dari manakah asal perkataan ini?Perkataan seyogia berasal daripada perkataan yogiaYogia bermaksud berpatutan,padan,layak. seyogia bermaksud sepatutnya,selayaknya,semestinya. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1812. Makna23.02.2009
'Sayugia' maksud dan adakah ayat ini masih digunakan? Terima kasih di atas bantuan yang diberikan.

Ejaan yang tepat ialah seyogia bermaksud sepatutnya, selayaknya, semestinya.

Perkataan seyogia berasal daripada perkataan yogiaYogia bermaksud berpatutan,padan,layak. seyogia bermaksud sepatutnya,selayaknya,semestinya. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1812. 

Makna30.05.2017
Saya mempunyai beberapa soalan di sini. 1) Saya ingin kepastian penggunaan perkataan DARI dan DARIPADA secara betul. 2) Saya juga ingin kepastian makna dan kesesuaian perkataan itu digunakan contoh seperti perkataan sayugia, waima dan natijah. Terima kasih di atas ulasan pihak tuan.

1. Kata sendi nama DARI digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yg menyatakan arah, tempat atau masa. Contoh: Saya datang DARI kampung, Keadaannya semakin tenat DARI sehari ke sehari. Kata sendi nama DARIPADA pula hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yg. menyatakan punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda dan unsur abstrak, sumber atau asal kejadian sesuatu benda, sebahagian daripada semua dan perbezaan atau perbandingan. Contoh, Ali menerima surat DARIPADA ibunya, benang berasal DARIPADA kapas, sebahagian DARIPADA pelajar sekolah itu sudah pulang ke kampung, Ali lebih tinggi DARIPADA Ahmad.

2. Ejaan yang betul ialah seyogia, daripada  perkataan yogia. Seyogia membawa makna sepatutnya, selayaknya, semestinya. Contoh ayat: jikalau tuan hendak belayar, seyogianya hamba dibawa. Waima berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud  sama ada, walaupun. Contoh ayat: apa pun yg dibuat manusia, ~ dgn perang meledakkan dunia dan isinya, manusia tidak akan berjaya membunuh kebenaran dan keutamaan. Natijah:  keputusan (dr sesuatu), kesudahan, kesimpulan, akibat. Contoh ayat: kadang-kadang apa yg kita benci dan tidak suka itu baik ~nya; ~ drpd perkembangan ekonomi kolonial spt itu amat buruk padahnya kpd masyarakat Melayu.

Tatabahasa30.11.2010

Kembali ke atas