Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[yu.ran] | يورن

Definisi : wang yg dibayar tiap-tiap bulan atau pd waktu-waktu yg ditetapkan (kpd persatuan, kesatuan, sekolah, dll): ahli persatuannya banyak yg tidak membayar ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[yu.ran] | يورن

Definisi : wang yg dibayarkan pd waktu tertentu kpd persatuan, sekolah dll: Setiap bulan ahli-ahli dikenakan ~ sebanyak dua ringgit. ~ bulanan yuran yg mesti dibayar pd tiap-tiap bulan. ~ masuk yuran yg dikenakan kerana memasuki sesuatu persatuan dll. ~ tahunan yuran yg dikenakan pd tiap-tiap tahun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
yuran (kata nama)
Bersinonim dengan bayaran, wang pakatan, cagaran, wang sokongan, caruman, ripai, kontribusi.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BIASISWA

Biasiswa ialah sejumlah bantuan berbentuk

wang atau yuran yang diberikan percuma kepada

pelajar berasaskan pencapaian, kebolehan,

atau keperluan kewangan. Biasiswa biasanya

disifatkan sebagai penghormatan terhadap

pengiktirafan pencapaian akademik yang ulung,

juga sebagai bantuan kewangan kepada mereka

yang memerlukannya. Pada umumnya biasiswa

diberikan sebagai satu cara memilih dan melatih

mereka yang berkeupayaan agar menjadi aset

berguna kepada masyarakat dan negara.

UMUM 
PERSATUAN MELAYU SELANGOR

PERSATUAN MELAYU SELANGOR, persatuan negeri.  Persatuan ini ditubuhkan pada 5 Jun 1938 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.  Mesyuarat penubuhannya telah dihadiri oleh lebih kurang 400 orang dan sebanyak $108.00 telah dikumpulkan sebagai yuran daripada 108 orang ahli walaupun persatuan ini belum terdiri daripada golongan pentadbir berdarah bangsawan dan golongan wartawan.  Presidennya ialah Tengku Ismail bin Tengku Muhammad Yasin, Raja Bon ialah Raja Yahya (naib presiden), Ramli bin Mohd. Tahir (setiausaha) dan Mahmud Haji Abdul Rahman (bendahari).  Ahli Jawatankuasa yang penting ialah Raja Yaakub bin Raja Alang, Mohd Yunus Hamidi, Abdul Rahim Kajai dan Osman Kalam.  Keanggotaan ahli jawatankuasa persatuan ini memperlihatkan kesedaran kebangsaan yang menyeluruh di kalangan orang Melayu Selangor.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan

Kembali ke atas